Loading...

Israel Mahu Dakwa Imam Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Israel bakal memfailkan dakwaan terhadap imam di Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri yang dikatakan menghasut, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Kehakiman Israel memaklumkan, Sabri akan dituduh kerana menghasut ‘keganasan’ selepas mengucapkan takziah kepada keluarga rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel.

Malah, kementerian itu turut berkata, keputusan tersebut telah diluluskan oleh Peguam Negara Israel, Gali Baharav-Miara.

Dalam pada itu, peguam bela untuk imam Masjid Al-Aqsa, Khaled Zabarqa menyalahkan tekanan daripada kumpulan sayap kanan Israel atas tindakan Tel Aviv memfailkan tuduhan terhadapnya.

“Ini adalah penganiayaan politik, agama dan intelektual yang dilakukan oleh kumpulan sayap kanan yang melampau untuk menyebarkan huru-hara,” katanya.

Sabri ditahan beberapa kali oleh tentera Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki selama beberapa bulan.

Imam berusia 85 tahun itu adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin.

Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

SUMBER :

1. Sinar Harian

Jom Support Kami.

Dana yang anda support akan dimanfaatkan untuk kos selenggara web, editing video, utiliti, penterjemah & penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • Be the first to comment

Facebook
Telegram
Threads
X
WhatsApp