Penerangan
Himpunan sebahagian fakta penting tentang al-Quran yang patut diketahui oleh setiap Muslim. Walaupun topik-topiknya disaring daripada beberapa kitab tentang Ulum al-Quran, namun pengisisan, huraian dan gaya bahasanya telah dipermudahkan bagi menyantuni al-Quran di semua peringkat pembaca.
Hasilnya, kita dapat menambah ilmu, mengukuhkan keimanan dan menjadi benteng jika berhadapan dengan tohmahan mahupun keraguan terhadap kitab wahyu ini.
Antara fakta yang menarik:
- Nama-nama Lain al-Quran
- Cara Ayat al-Quran Disusun
- Adakah Semua Ayat al-Quran Ada Asbab al-Nuzul?
- Bagaimana al-Quran Mula Ditulis pada Zaman Rasulullah SAW?
- Kenapa al-Quran Diturunkan Beransur-ansur Selama 23 Tahun?
- Bagaimana Maklumat Palsu Ada dalam Ilmu Tafsir?
- Kaedah Tafsir yang Haram Dilakukan
- Israiliyyat dalam Kitab Tafsir?

























