Surat Terbuka Buat Marina Mahathir dan LGBT yang Perit untuk Ditelan

marina

Baru-baru ini Marina Mahathir telah mengeluarkan satu kenyataan yang beliau menyokong LGBT di Malaysia. Jelas beliau, golongan ini hanya menuntut hak yang asasi seperti hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.

Mereka tidak menuntut hak tambahan yang jelas melanggar undang-undang. Jelas beliau lagi mereka menuntut hak sebagai rakyat malaysia yang lain dapat, kerana hak tersebut dinafikan untuk mereka.

Seorang Doktor perubatan, Nur Ilyani telah memberi respon berkaitan kenyataan Marina. Respon tersebut tidak digemari oleh penyokong-penyokong LGBT sehingga mereka membuat report kepada Facebook untuk memadam posting tersebut. Posting tersebut telah berjaya dipadam oleh Facebook.

Admin terpanggil untuk berkongsi semula surat terbuka beliau untuk Marina Mahathir, semoga Marina sedar akan kesilapannya atau beliau mendapat maklumat yang salah serta ralat berkaitan perjuangan LGBT. Apabila surat terbuka tersebut dipadam, admin rungsing lebih ramai yang terpengaruh dengan hujah cetek Marina Mahathir.

Tulis Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi:

Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir,

  1. Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.
  2. Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?
  3. Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?
  4. Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluraga CIk? (Buat masa sekarang penganut LGBT tidak dibernakan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?
  5. Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup sonsang.
  6. Akan tetapi, jika kalian mula mempromosikan gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan & ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.
  7. Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran & perbuatan songsang ini. Na’uzubillah.
  8. Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!

Nur Ilyani Mohamed Nawawi

Pasir Mas

6/8/2018

#NormalisasiDosa #NoLGBTQ

38600119_2200045190028743_6055115236875173888_n

Sebarkan surat terbuka ini kepada golongan LGBT dan penyokong-penyokongnya, ada beberapa soalan yang dikemukan oleh Dr. Ilyani yang mereka perlu jujur dalam menjawab.

Manusia ini adalah sebaik-baik penciptaan, tetapi apabila ia telah tertipu dengan nafsu serakah maka ia boleh menjadi sehina-hina makhluk malah lebih hina daripada makhluk yang selama ini dipandang hina.

Al-Quran jelas mengkhabarkan akan hal ini dalam surah At-Tin:4-5.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”

Kun Anta serius dalam membawa agenda keharmonian masyarakat, segala bentuk yang mengancam keamanan serta keharmonian masyarakat yang majmuk adalah menjadi perjuangan kami. Jelas sekali pergerakan LGBT merupakan virus yang akan meranapkan rumah masyarakat yang telah sedia dibina.

Sekiranya anda mepunyai sebarang penulis atau ingin menyatakan sesuatu pandangan bagi memastikan keberlangsungan harmoni dalam masyarakat, boleh kongsi kepada kami di email kunantabro@gmail.com untuk kami siarkan dalam laman web ini.

Sekian, terima kasih.

Zaman sekarang, kita sudah tiada masa lagi untuk mendengar luahan anak kita

Tanpa disedari kadangkala kemahiran mendengar kita semakin kurang.

Semasa anak-anak kita baru lahir, kita tak sabar-sabar menanti kalimah keluar dari mulutnya. Berminggu-minggu dan bulan kita menanti. Kita terhibur bila dapat mendengar satu atau dua patah kata yang keluar dari mulutnya. 

Bila anak kita semakin membesar kita rasa terhibur dengan kepetahannya berkata-kata. Sanggup kita habiskan masa kita mendengar walau tak semuanya kita faham. Kita ketawa bila anak kita ketawa bahkan kadangkala ketawa kita lebih besar. Bila anak kita sedih, begitu cepat kita memujuk.

Semakin membesar… anak kita boleh bercakap dengan fasih NAMUN kita kekurangan masa untuk mendengar semuanya. Sekali sekala anak kita bergurau tapi tak semuanya menghiburkan hati kita untuk kita gelak ketawa bersamanya. Terasa ada jurang bahasa dan dunia antara kita dan anak kita. Lebih parah sambil mendengar kita membelek HP di tangan.

Tanpa disedari masa berlalu pantas, kita dan anak remaja kita berada di dua dunia yang berbeza. Dia pun tidak perlu menceritakan kepada kita segalanya kerana dia tahu tak semua kita akan faham atau perlu faham. Tapi kawan-kawannya sedia mendengar dan berkongsi perasaan. Sekali sekala kita bersama terasa canggung.

Bahkan anak-anak rasa lebih selesa bersama teman-teman yang sehati sejiwa dan sama laras bahasanya.

Begitulah cepatnya masa berlalu. Sehingga tak terasa perubahan yang berlaku.

Namun tidak ada kata LEWAT dalam mendidik anak. Kita masih boleh memperbaiki hubungan ini. Kita ada Allah untuk kita minta ampun jika kita rasa ada dosa yang terselit dalam hubungan yang gersang ini. Tak salah jika kita minta maaf kepada anak kita kalau sekiranya kita mengabaikan mereka.

Pokoknya mendidik anak adalah AMANAH yang akan Allah TANYA nanti. Kita seharusnya sentiasa membimbing mereka kepada ketaatan.

Jika kita tulus ingin memperbaiki yang rosak, menghubungkan yang putus… Allah akan sentiasa mendengar DOA kita.

Bagi yang sejak awal memelihara amanah ini saya ucapkan tahniah, bagi yang kadangkala TERLUPA TERLALAI ayuh kita mulakan sekarang.

Penulis : Azmi Bahari

Jom belajar ilmu pendidikan keluarga islami di Telegram beliau. Klik je link di bawah ni :

Channel Telegram Rumahtangga Islami

Sumber gambar : cugetliber.ro

Jarang kita mempunyai keluarga seperti ini

Ini merupakan kisah-kisah cinta di rumah al-Banna yang sepatutnya menjadi teladan kepada kita dalam membentu keluarga yang sakinah.

 
Sebagai ibu bapa, memperoleh keluarga yang berjaya adalah satu impian. Berjaya bukan bermakna cemerlang kerjaya semata-mata tetapi akhlak yang dimiliki. Untuk memperolehi keluarga yang baik mesti bermula daripada ketua keluarga. Kerana mereka adalah contoh kepada anak-anak.

Penulisan kali ini akan memfokuskan seorang tokoh bernama Hassan al-Banna. Kisah ini diceritakan sendiri oleh anaknya bernama Wafa, Raja’ dan Saiful Islam. Al-Banna merupakan tokoh dakwah yang sibuk. Dicelah keaktifannya, pendidikan keluarga sangat diambilberat.

Untuk berjaya dalam mendidik keluarga, bukan sekadar mencuba sendiri. Perlu mendengar pengalaman golongan veteran, membaca dan sebagainya. Semoga kisah-kisah ini menginspirasikan kita.

Menemani Anak-anak Semasa Bermain

Menemani anak bermain akan menjauhi sikap kasar. Tumbesaran sikap akan menjadi baik kerana dibawah pemantauan. Perkara ini dilakukan oleh al-Banna. Beliau akan bermain dengan anak-anak semasa musim panans, berjalan ke rumah nenek, menikmati kebun hijau dan taman-taman yang indah.

Saiful Islam dan Komik

Saiful Islam meminati pembacaan seperti komik. Menariknya al-Banna tidak seperti ibubapa yang lain. Pasti dimarahi anaknya jika tidak membaca bahan yang dianggap tidak bermanfaat. Al-Banna mengguna mekanisme dialog bersama Saiful Islam.

Ayahnya memberikan buku yang dirasakan lebih baik daripada komik seperti buku Umar b Abd Aziz. Kajian sirah mendapati nabi Muhammad juga melakukan perkara yang sama apabila seorang lelaki ingin meminta izin untuk melakukan zina. Setelah berdialog, lelaki tersebut sangat anti kepada zina.

Sedarkan Peranan Anak Perempuan

Perempuan merupakan merupakan elemen penting dalam mempersiapkan pejuang yang membangkitkan umat. Al-Banna sangat memelihara pendidikan anak perempuan agar menjadikan kebangkitan untuk kaum perempuan. Anaknya merupakan graduan dalam bidang Pendidikan Kewanitaan.

Ayah, Temanku Belajar dan Berdiskusi

Al-Banna akan bertanya khabar tentang pelajaran sekolah anaknya. Sebagai seorang ayah, beliau akan membantu anaknya menjawab soalan yang didapat diselesaikan anaknya. Malah, al-Banna menjemput kawannya menerangkan sejumlah pelajaran yang kurang difahami.

Membawa Bekal ke Sekolah

Al-Banna sangat teliti dengan perkembangan anaknya. Dicelah kesibukan dakwah beliau akan berusaha menghantar sarapan pagi kepada anaknya ke sekolah.

Kisah diatas sangat bermanfaat untuk diperhalusi dan diamalkan. Jika seorang anak merasa bahawa dirinya adalah nombor satu dalam hati orang tuanya, itu adalah petanda kejayaan dalam mendidik anak-anak.


Makan Bersama Keluarga

Dicelah kesibukan berdakwah, al-Banna akan berusaha meluangkan masa makan bersama keluarga. Jika ada tetamu ingin datang, al-Banna akan meminta mereka(tetamu) datang ke rumah agar waktu sarapan pagi mesti bersama keluarga.

Ayah Menghantar Perisik

Orang yang mementingkan diri tidak sesuai dinamakan manusiakan. Pendidik yang berjaya mampu melahirkan anaknya menjadi seorang yang bermanfaat kepada manusia.  Al-Banna serius mendidik anaknya. Mereka dibiasakan dengan infaq.

Pernah satu ketika, al-Banna memberikan sepuluh ma’aadin untuk diinfaqkan pada hari Jumaat. Turut disertakan adalah seorang perisik (kawan ayahnya) untuk menyiasat penggunaan wang anaknya. Ternyata hati al-Banna lega dengan pemberian wangnya tersebut apabila tahu digunakan dengan baik.

Mempunyai Rekod Catatan Peribadi Anaknya
Al-Banna menyediakan fail peribadi anak-anaknya bagi mencatitkan prestasi mereka. Prestasi tersebut bukan sekadar akademik tetapi sejarah kelahiran, jadual pemberian ubat, surat keterangan doktor, tahap kesihatan dan sebagainya.

Anak-Anak Memiliki Rak Buku

Pendidikan merupakan faktor kejayaan individu. Al-Banna akan memberikan perpustakaan khusus untuk mereka dan memberikan wang bulanan untuk buku yang mereka cenderung membaca.

Selamat Beramal

[Soal Jawab Kekeluargaan] Ayah tidak bersetuju saya berkahwin dengan Lelaki Pilihan

SOALAN:

Assalammualaikum Kun Anta,

Saya hendak bertanya. saya berumur 28 tahun dan hendak mendirikan rumahtangga, inshallah dengan izin allah, Tetapi ayah saya enggan menjadi wali dan enggan menerima pilihan saya kerana pilihan saya orang Turkish islam dan saya orang malaysia, mohon nasihat. Terima kasih.

Siti 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam Siti Nur,

Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukan oleh saudari. Semoga Allah SWT memudahkan urusan saudari dalam membangunkan rumahtangga yang dianjurkan oleh Islam dan Sunnah terbesar dalam Islam.

Ada beberapa perkara yang kami cuba bantu:

1. Keresahan ayah saudari antara yang perlu dipertimbangkan

Pada pandangan kami setakat apa yang dimaklumkan oleh saudari, mungkin ayah saudari enggan menerima pilihan saudari kerana dia bukan warganegara Malaysia dan seorang warganegara Turki. 

Pasti dalam kepala seorang ayah, anak yang sudah dia tatang dari kecil sehingga umur 28 tahun bagai menatang minyak yang penuh, akan meninggalkannya, tiada wajah putri kesayangannya selepas ini untuk ditatap. Benua lautan menjadi pemisah antara kasih seorang ayah dan anak perempuan yang dia sayangi. 

Malah dalam pemikirannya, apakah selepas ini akan ada pertemuan lagi dengan anak perempuannya dan lain-lain hal yang mungkun membuatkan seorang ayah rungsing. Itulah hakikat seorang ayah terutama pada anak perempuan.

Jadi, keresahan ini antara perkara normal seorang ayah yang saudari perlu pertimbangkan dalam membuat keputusan dan mengambil sebarang tindakan.

2. Jaminan daripada bakal suami 

Apa tindakan yang sepatutnya diambil bagi mengurangkan resah gelisah seorang ayah? Saudari kena banyak berbincang dengan bakal suami, bagaimana kehidupan saudari selepas berumahtangga.

Hasil perbincangan saudari dan bakal suami, dapatkan jaminan daripada bakal suami, yang akan membuatkan keresahan si ayah hilang dan paling kurang mengecil.

Contohnya jaminan seperti si suami akan tinggal di Malaysia dan mendapat status penduduk tetap di Malaysia, atau sekiranya saudari kena ikut bakal suami pulang ke Turki, jaminan bahawa berapa kerap saudari sekeluarga akan pulang ke Malaysia atau menjemput ayah dan keluarga saudari ke negara Turki. 

Ini hanyalah contoh, suadari boleh berbincang dengan bakal suami apa-apa perkara yang saudari dan bakal suami boleh tawarkan kepada si ayah sebagai suatu jaminan sehingga menampakkan perkahwinan saudari tidak sekali-kali memisahkan saudari dengan keluarga.

InsyaAllah ayah saudari akan tenang walaupun anak perempuannya ada di perantauan. Ada sahaja mereka yang tinggal dalam Malaysia kadang-kadang jarak rumah anak dengan ayah tidak lah jauh, tetapi setahun belum tentu datang melawat ayah dan bonda di kampung halaman. Isunya di sini bukanlah jarak tempat yang memisahkan tetapi kemahuan daripada seorang anak.

3. Bakal suami ambil hati bakal mertua

Selain itu, bakal suami kena ambil bahagian dalam memastikan keberlangsungan perancangan pasangan bagi mendirikan rumahtangga yang berjaya. Bakal suami bukan akan berkahwin dengan saudari sahaja tetapi keluarga saudari juga. Ayah saudari akan menjadi ayahnya, bonda saudari juga akan menjadi bondanya juga, begitu juga sebaliknya.

Justeru, bakal suami saudari perlu ambil hati bakal ayah mertuanya. Bawa bakal suami untuk berkenalan dengan ayah, sekiranya bakal suami berusaha belajar bahasa melayu itu juga sedikit sebanyak akan mengambil hati keluarga.

Bagaimana mengambil hati, tidak semestinya kena beri harta tetapi sejauh mana bakal suami berusaha menawan hati ayah saudari. Kadang-kadang bersembang sahaja sudah dapat menawan hati seorang ayah sekiranya perbincangan menjurus kepada minat si ayah.

Untuk hal ini, saudari yang perlu banyak membantu bakal suami untuk mengambil hati ayah saudari, kerana saudari yang lebih mengenali ayah saudari, apa yang dia suka, apa yang dia benci dan tidak suka dan segala-galanya berkaitan ayah saudari.

Daripada situ, saudari cadangkan kepada bakal suami bagaimana mengambil hati ayah saudari.

4. Perkahwinan menghubungkan bukan memutuskan

Sebagai pesanan kepada saudari dan bakal suami, perkahwinan perlu dilihat sebagai suatu yang saling menghubungkan antara satu sama lain, menghubungkan keluarga saudari dengan bakal suami.

Jadi perlu tanamkan dalam jiwa saudari dan ayah saudari bahawa perkahwinan ini tidak sekali-kali memutuskan hubungan saudari tetapi mengeratkan lagi hubungan ini. 

Janganlah buat suatu tindakan yang akan memutuskan perhubungan saudari dan ayah saudari. Seperti kahwin tanpa pengetahuan si ayah dan lain-lain lagi.

5. Banyakkan berdoa kepada Pemilik Cinta dan Hati

Ini hal yang paling penting dan utama, yang saudari kena buat dan tekankan selain mengambil asbab. Iaitu berdoa. Panjatkanlah doa pada yang memiliki seluruh kekuasaan dan keupayaan, Allah Azza Wa Jalla.

Doalah di waktu-waktu mustajab, ketika bangun qiamulail saat orang lain masih dibual mimpi, saat melakukan solat istikharah saudari memohonlah kepada Allah agar urusan ini dpermudahkan dan hati ayah saudari dilapangkan.

DIA yang memiliki cinta dan menumbuhkan cinta pada setiap hati manusia, saat Allah menuntukan jodoh seseorang itu Allah akan memudahkan urusan ini, urusan yang paling DIA cintai dan anjurkan dalam Islam.

Doa tiada siapa yang mampu menandingi kuasa Allah, admin sendiri pernah diuji dengan perkara seperti ini, tetapi apabila kita panjatkan doa siang dan malam, sedikit demi sedikit Allah mudahkan semua urusan pada jalan yang kita sendiri tidak jangkakan.

6. Dapatkan wali Hakim

Sekiranya, ayah saudari masih enggan untuk menjadi wali sedangkan saudari sudah bertekad, jangan bertindak di luar lunas syariat dan undang-undang.

Bawa berbincang dengan ayah saudari, dan dalam Enekmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 sebagai contoh ada peruntukan di bawah seksyen 13 bahawa perkahwinan mestilah dengan persetujuan wali sebelum sesuatu perkahwinan itu dijalankan.

Dalam seksyen itu juga menyatakan bahawa anak perempuan itu boleh memohon Wali Raja untuk mengakadnikahkannya apabila ayah enggan menjadi wali. Dan sekiranya wali enggan memberi persetujuan tanpa sebab yang mencukupi, wali raja akan menjadi wali bagi perempuan ini.

Ayah saudari akan diminta hadir memberi penjelasan kenapa dia enggan menjadi wali, adakah dia mempunyai sebab-sebab yang munasabah atau pun tidak dan hakim syarie akan membuat keputusan atas hal ini. 

7. Elakkan daripada kahwin lari

Perkara ini antara perkara yang saudari kena elakkan. Kahwin lari bukanlah jalan yang selamat untuk saudari meneruskan hasrat saudari. Kahwin lari akan menimbulkan lebih banyak masalah terutama apabila mahu membuat pengesahan perkahwinan dan akan menjadi masalah sekiranya tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Malah secara etika juga ia memberi kesan, perkara ini akan membawa imej yang buruk kepada keluarga saudari terutama ayah saudari malah ada kes yang ayah perempuan masih tidak mahu mengaku bahawa lelaki yang berkahwin dengan anak perempuannya adalah suami kepada anak perempuan.

Ia mengeruhkan lagi keadaan dan suasana yang sedia kala keruh. 

Akhir kata, banyakkan berdoa dan letakkanlah setinggi pengharapan kepada Allah Azza wa Jalla. Semoga Allah memudahkan urusan saudarai dalam membina mahligai rumahtangga. Kami sentiasa mendoakan Allah SWT membuka jalan kemudahan buat saudari. AMIN.

Menuntut Harta Sepencarian Apabila Suami Berpoligami

Sebelum mengulas lebih lanjut adalah lebih diterangkan dahulu maksud harta sepencarian, kerana ramai yang masih tidak tahu apa itu harta sepencarian. Malah dalam kitab-kitab fekah klasik tiada istilah ini tetapi hasil budaya serta pandangan para alim ulamak yang kontemporari, harta sepencarian antara perkara yang baik dan bagus yang ada dalam budaya masyarakat Islam Malaysia.

Apakah itu harta sepencarian?
Apa-apa aset yang telah diperolehi oleh suatu pasangan dalam masa tempoh perkahwinan dengan usaha mereka bersama. Harta yang boleh dipohon ialah apa-apa aset yang diperoleh demgan usaha bersama semasa tempoh perkahwinan itu dan ia tidaklah termasuk harta yang diperolehi melalui pusaka, hadiah, wasiat dan sebagainya.

Contohnya, sebelum bernikah mereka tidak mempunyai syarikat, tetapi selepas pernikahan, satu syarikat berjaya ditubuhkan, sekiranya pihak-pihak ada sumbangan dalam pembentukan syarikat walaupun kecil, ia tetap dikira sebagai harta sepencarian. Malah sumbangan secara tidak lansung seperti memberi semangat saat menghadapi masalah dan lain-lain lagi tetap akan dikira harta sepencarian oleh Tuan Hakim.

Pasangan berhak apabila Meninggal Dunia atau Perceraian.

Harta sepencarian biasanya akan dituntuk apabila pasangannya meninggal dunia, maka sebelum harta si mati diagihkan untuk pembahagian faraid, sejumlah harta mesti dikeluarkan sebagai harta sepencarian sekiranya ada untuk diserahkan kepada si isteri sebagai contoh yang masih hidup, ia menunjukkan sumbangan beliau terhadap harta tersebut semasa tempoh perkahwinan.

Pasangan itu juga boleh menuntut harta sepencarian apabila berlaku penceraian. Perceraian dan meninggal dunia kedua-dua ini menunjukkan terputusnya hubungan antara pasangan di dunia ini, dan usaha-usaha mereka dalam tempoh perkahwinan sehingga memiliki aset adalah dihargai walaupun aset-aset tersebut bukan atas nama mereka. Oleh itu, Undang-undang Keluarga Islam memperakui hak mereka yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Apabila suami memohon Poligami, Si Iseri ada Hak menuntut Harta Sepencarian

Subseksyen 23 (10) (b) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri yang baharu telah membuat satu pembaharuan iaitu isteri boleh memohon pembahagian harta sepencarian apabila suami hendak berpoligami.

Hal ini bermakna, dengan pindaan yang baharu ini akan membenarkan tuntutan harta sepencarian untuk dipohon dan diperintahkan sebelum pemberian kebenaran poligami oleh mahkamah.

Banyak yang berlaku sebelum ini, suami melakukan suatu yang tidak jujur dengan menghapuskan serta melupuskan harta tersebut selepas berpoligami. Malah akan merumitkan keadaan apabila harta tersebut mula dituntut oleh isteri yang lain sedangkan ia diperolehi hasil keringat orang lain.

Wanita cakna Hak Mereka!

Rujukan: Hak-hak Wanita menurut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia oleh Abdul Walid Abu Hassan

Mendidik Anak-anak Mengurus Emosi 

Sebahagian dari pendidikan anak-anak ialah mengajar mereka untuk mengurus emosi.

Kita perlu mendidik anak-anak untuk berlapang dada, mudah memaafkan, menanam rasa simpati serta meluruskan tindakan mereka ketika berdepan dengan tekanan dan masalah hidup.

Semua ini perlu tercermin pada kehidupan ibu ayah sebelum ia mampu difahami dan dihayati oleh anak-anak.

Membentuk Emosi Melalui Ibadah

Di sinilah letak pentingnya penghayatan ibadah. Sebahagian besar tujuan ibadah adalah untuk mendidik jiwa atau emosi kita.

Dalam solat kita mentakzimkan (membesarkan) Allah. Dengan sujud dan rukuk kita kita merendahkan diri, menghayati mahsyar dalam qiam kita atau mengulangi ikrar kehambaan kita dalam doa iftitah dapat menyuburkan jiwa kita dengan sifat tawadhu dan menanam kepekaan  terhadap kebesaran Allah.

Begitu juga puasa yang melatih kita untuk berlapar, menjiwai orang lain yang kelaparan serta mensyukuri nikmat berbuka… semua ini akan melahirkan jiwa yang peka dan sensitif (peka).

Begitu juga dengan ibadah lain semuanya merupakan madrasah atau kurikulum tarbiyyah yang membentuk keperibadian kita.

Dan sebenarnya…. pendidikan anak-anak bukan sekadar menyampaikan ilmu, memberi penjelasan apa yang betul dan apa yang salah tapi juga bagaimana kita (ibu bapa) menjadikan diri kita sebagai cerminan mereka.

Bagaimana Cara Menegur Pasangan Anda

Tadi ada yang tanya kepada saya bagaimana nak menegur suami.

Jawapannya hampir sama; samada isteri menegur suami atau suami menegur isteri walaupun jika ingin diperhalusi ada banyak juga perbezaannya.

Apa-apa pun perkara pertama adalah untuk memahami konsep teguran; Teguran bukan melepaskan kemarahan yang terpendam dengan suara yang keras dan tegas. Bukan juga meluahkan rasa tidak puashati yang diiringi air muka yang sinis dan kurang menyenangkan.

Menegur Dalam Rumahtangga

Dalam rumahtangga TEGURAN adalah cetusan sifat/perasaan RAHMAH atau kasihan belas terhadap pasangannya iaitu perasaan takut jika ada kemudharatan atau kesusahan yang menimpa pasangannya di dunia dan terutamanya di akhirat. RAHMAH ini umpama putik yang keluar selepas mekar berkembangannya MAWADDAH (Cinta Kasih) sehingga RAHMAH ini tidak akan mudah menjadi rosak hanya kerana perkara-perkara yang kecil atau remeh.

Perasaan rahmah ini menyebabkan kita sabar menanti saat yang paling sesuai, menyusun ayat yang paling baik untuk memberi teguran kepada pasangan kita demi kebaikan dia dan rumahtangga kita. Perasaan rahmat ini juga menjadi benteng sehingga jiwa tidak dikuasai kemarahan, kebencian apalagi dendam kesumat. Tentunya saat yang paling sesuai untuk memberi TEGURAN adalah saat yang paling mesra atau romantis, bukan saat yang paling tegang dan kelam kabut

Ibnu Qayyim berpesan… jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf; bukan sebaliknya. Apa guna teguran kasar yang berbalas dengan kekasaran juga atau kemarahan yang ditingkahi kemarahan? Apa kebaikannya teguran kita kalau sekadar melukakan hati atau menghina?  Adakah disebalik semua itu akan datang kebaikan?

Dengan sifat rahmah ini kadangkala DIAM pun menjadi teguran. Kalau pun kita berkata-kata maka natijah atau hasilnya adalah kebaikan bukan sebaliknya. Dan disebalik semua itu, yang akan mengubah hati manusia, yang memberi hidayah adalah Allah SWT. Jadi teguran yang baik akan sentiasa diiringi doa kepada Pemilik atau Penggenggam hati

Kredit penulisan: Cg. Azmi Bahari

Cara Membentuk Kualiti Masa Bersama Keluarga

Dalam beberapa ceramah atau seminar selalu ada yang bertanya… bagaimana dengan situasi kerja yang banyak hingga sedikit saja masa dengan keluarga?
Ini adalah satu realiti yang sedang kita hadapi. Dalam kegawatan ekonomi dan tekanan hidup menyebabkan banyak masa kita habis pada kerjaya atau usaha2 menambah wang saku.

Bagi saya berapa banyak masa untuk keluarga itu perkara yang kedua. Bahkan Allah yang menyempitkan dan melapangkan masa kita. Tidak ada yang dapat menghalang kekuasaan Allah SWT.

Jadi yang paling penting adalah kualiti masa.

Adakah kita meluangkan masa kerana Allah atau sekadar tuntutan fitrah sebagai suami, isteri, ibu atau ayah.

BAGAIMANA MEMBENTUK KUALITI MASA

Niat yang betul sudah membezakan kualiti masa kita. Bila kita berbuat sesuatu kerana Allah SWT di sana ada pertolongan Allah SWT.

Tak cukup dengan niat kita juga perlu hargai mereka. Jangan balik dalam keadaan keletihan. Baliklah dengan senyuman, bersedia mendengar, memberi perhatian yang baik dan sebagainya.

Jangan pula jadikan gadget sebagai penghalang. Kalau perlu off kan HP off kan saja.

Saya set kan whatsapp, telegram dll dengan bunyi yang tertentu. Kalau mesej individu bunyinya lain, kalau group bunyinya lain. Jadi kalau bunyi menggambarkan mesej individu  kita boleh ‘curi2’ baca mungkin ada yang urgent. Kalau bunyi mesej group biarkan dulu tentu kurang pentingnya.

Sebab itu saya ‘tak layan’ panggilan mesyuarat urgent tetapi melalui group whatsapp. Kalau penting tentu akan dihantar secara individu. Jadi kalau whatsapp group saya hanya buka bila2 free.

Jangan biarkan gadget mengikat dan mengawal urusan harian kita. Kita ada matlamat dan perancangan kita sendiri sebagai hamba Allah, anak, suami/ isteri, ayah/ibu dan sebagainya. Cukuplah gadget sebagai alat kita bukan sebaliknya

Kredit penulisan: Cg. Azmi Bahari

Selesai Lafaz Sakinah Dilafaz, Ada yang Berusaha untuk Memutuskan Ikatan Perkahwinan

Setiap kali terbinanya rumahtangga yang sah maka Syaithan lah yang paling kecewa kerana sudah tertutupnya salah satu pintu zina.

Adakah kita rasa syaithan akan membiarkan rumahtangga berjalan mengikut kehendak Allah SWT?

Bahkan syaithan tidak akan pernah berputus asa. Dengan ‘pengalamannya’ ribuan tahun ia akan menggunakan pelbagai tipudaya yang sangat licik.

Disamping menampakkan kelemahan pasangan kita dan menonjolkan kecantikan orang lain selain pasangan kita…. syaithan juga akan menjadikan perasaan CINTA DAN KASIH kita sebagai umpan kebencian dan permusuhan.

Dengan perasaan CINTA & KASIH syaithan akan menyemarakkan rasa CURIGA, PRASANGKA, CEMBURU dan sebagainya yang kemudiannya menelurkan KEMARAHAN, KEBENCIAN bahkan DENDAM.

Apabila perasaan2 ini mula subur dan menguasai jiwa dan perasaan kita maka bermulalah episod yang mencemaskan dalam rumahtangga kita.

Bahasa mula kasar, komunikasinya terasa hambar bahkan hati akan dihiris2 dengan sindiran dan tuduhan sehingga hilangnya kebahagiaan yang kita citakan sebelum ini.

Tentu sukar meneliti dan memahami KEMARAHAN, KEBENCIAN & DENDAM yang lahir dari CINTA KASIH kerana kita tidak pernah menyangka adanya buah2 yang busuk dari pohon dengan bunga2an yang indah dan harum…. bagaikan sarang perompak disebelah balai polis. Mungkin tak pernah disangka begitu sehingga polis akan mencari keseluruh pelusuk negeri tetapi bukan jiran sebelahnya.

Jadi akan mencari, merenungi  punca keretakan rumahtangga kita dengan melihat faktor2 lain selain CINTA & KASIH kita…. sehingga buah2 busuk dan beracun itu sewenang2nya merosakkan hati kita tanpa gangguan.

Sebenarnya untuk membangunkan rumahtangga kita dan hidup bahagia bersama hingga ke syurga tidak cukup dengan hanya CINTA & KASIH tapi kita perlukan ilmu dan perkongsian pengalaman untuk kita mampu memahami permasalahan rumahtangga dari setiap sudut sehingga terhalanngnya kita dari tipudaya syaithan.

Kredit penulisan: Cg. Azmi Bahari

Terimalah pasanganmu seadanya

Menerima Seadanya

Antara detik-detik awal terbinanya rumahtangga sakinah (bahagia) adalah menerima pasangan hidup kita seadanya.

Setiap kita ada mazmumah (kelemahan) masing-masing. Begitu juga dengan pasangan kita. Seharusnya kita bersikap lapang dada dan mudah memaafkan pasangan kita apabila kita melihat kelemahan yang ada padanya.

Jika hati kita terasa sukar untuk memaafkan dan berlapang dada…maka hadapkan diri kita kepada Allah dan bermunajatlah kepadaNya…ya Allah saksikanlah aku memaafkan dan berlapang dada kepadanya agar Engkau melembutkan hatinya untuk berlapang dada dengan kelemahan yang ada pada diri ku.

Sedarlah salah satu cara syaithan merawat kesedihannya melihat seorang mukmin mendirikan rumahtangga hingga tertutupnya salah satu pintu besar untuk syaithan menipu daya manusia ialah dengan menampakkan kelemahan pasangan kita dan menampakkan kelebihan pasangan lain atau orang lain.

Sentiasalah berwaspada dengan tipu daya syaithan yang begitu membenci perkahwinan yang sah.

Kredit penulisan: Cg. Azmi Bahari