Bulan Ramadan adalah peluang terbaik untuk mula tadabbur Al-Quran.
Dalam video ini, Dr. Nayef bin Nahar berkongsi tips yang praktikal untuk menjadikan bacaan Al-Quran pada Ramadan lebih bermakna. Antara intipati penting adalah:
- Belajar sekurang-kurangnya 10 perkataan baharu setiap Ramadan.
- Fahami tema dan manfaat setiap surah dengan cara sendiri.
- dan banyak lagi
Tadabbur al-Quran bukan untuk seronok-seronok atau untuk menambah ilmu semata. Bahkan ia merupakan satu tuntutan Allah sebagaimana firman-Nya:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Maksudnya : “Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?” (Surah Muhammad : 24)
Tadabbur juga boleh dipelajari dengan santai seperti yang diterangkan dalam buku Tadabbur & Aplikasi Surah Al-Kahf yang menerangkan banyak ibrah penting antaranya melalui 4 kisah utama dalam surah Al-Kahf.
Selain itu, Surah ini juga memberikan peringatan tentang bahaya Dajjal yang tidak boleh diambil ringan kerana ia berkaitan dengan pegangan akidah kita umat di akhir zaman.
Boleh dapatkan di bawah :

































