Isteri Dr Fadi : “Setiap kali aku memiliki sesuatu, pasti yang lainnya akan hilang pergi”

Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya.

Ketika aku berkahwin pada tahun 2006 dan apabila Tuhanku merezekikan dan memuliakanku untuk menjadi peneman setia kepada landasan dakwah Fadi, aku teringat bahawa ketika itu aku telah hidup dengan bahagia, baik, dan mulia sekali di sebuah rumah yang ditemani oleh suami tercinta yang sentiasa menjaga perasaanku dan mengambil berat terhadap masa depanku. Akan tetapi aku hanya menghadapi satu kesempitan dalam hidupku iaitu lambatnya untuk aku mendapat anak.

Aku tidak putus berdoa kepada Allah siang dan malam agar mengurniakanku zuriat yang baik dan soleh supaya ianya menjadi penyejuk mata kami di dunia dan akhirat.

Berapa banyak aku telah berdoa :

“Tuhanku janganlah Engkau biarkanku keseorangan kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi”

Berapa banyak aku telah berdoa :

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”

Berapa banyak juga aku telah berdoa :

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh”

Aku berada dalam keadaan sebegini selama 4 tahun setengah, sehinggalah aku berpindah ke Malaysia pada tahun 2011 dan di sanalah Tuhanku telah mengkabulkan doaku dan aku dikurniakan 3 orang cahaya mata ketika menetap di Malaysia. Sungguh, mereka memang benar-benar menjadi perhiasan kehidupan dunia. Mereka seolah-olah mencipta perisa baru dalam kehidupan kami dan mereka menjadikannya warna yang cukup istimewa.


Tetapi, masih ada lagi sesuatu yang tidak sempurna, iaitu jauhnya kehidupanku dengan ahli keluargaku serta perpisahanku dengan tanah airku. Berapa banyak aku telah berdoa dan berdoa serta aku mengharap agar Allah menghimpunkanku bersama dengan mereka.

Lalu Allah memperkenankan doaku selepas 7 tahun dan Dia menghimpunkanku dan orang-orang yang aku cintai. Aku pun pulang ke tanah airku, akan tetapi di sini, aku telah kehilangan sesuatu yang sangat penting iaitu suamiku yang istimewa dan yang sentiasa dirindui yang telah memenuhkan kehidupanku dengan cinta dan kebaikan. Maka aku lantas berdoa kepada Allah Taala supaya mencampakkan kepadaku kesabaran, mengikat hatiku, dan agar Dia menghimpunkanku dengan roh hatiku di dalam Firdaus yang tertinggi.


Peristiwa ini ianya seakan-akan seperti perubahan yang aku rasai dalam kehidupanku yang telah diajarkan Tuhanku bahawa hidup sebagai seorang mukmin ini selamanya tidak akan lengkap kerana ia adalah medan untuk diuji.

Jika aku memiliki segalanya, aku akan terlupa kenikmatan untuk berlindung kepadaNya serta merayu kepada kemuliaanNya. Tetapi, setiap kali aku memiliki sesuatu, mesti yang lainnya akan hilang pergi, dan apa yang hilang tersebut, Tuhanku akan menggantikannya dengan yang lain.

Tuhanku telah mengajarku nikmat penggantungan kepada kelebihan kehebatanNya.

Tuhanku telah mengajarku bahawa nikmat kehidupan itu tiada apa-apa.

Tuhanku telah mengajarku bahawa kehidupan sebenarnya ialah kehidupan akhirat.

Tuhanku telah mengajarku tentang redha dengan Qada dan Qadar.

Ya Allah, teguhkanlah hatiku.

Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya.

Terjemahan : Kun Anta

Kisah Nabi Musa : Episod 26

Ketika Firaun sedang mabuk arak merayakan kegembiraan kerana tidak lagi ditimpa serangan, tiba-tiba katak yang sangat banyak dengan bunyi yang membingitkan telinga melompat ke istananya.

Firaun dan kuncu-kuncunya tidak dapat tidur berminggu-minggu kerana bunyi katak yang sangat kuat menggangu mereka.

Cuba anda bayangkan katak menyerang rumah anda begitu. Ini dah bukan tahap geli dah, memang takut la kan.

Nefertari kemudiannya menghasut Firaun supaya membunuh nabi Musa dengan segera.

Dalam episod ini juga, kita dapat lihat bagaimanakah peristiwa sungai Nil bertukar menjadi darah.

Sambungan

Kisah Nabi Musa : Episod 25

Kutu penghisap darah pula menyerang istana Firaun kerana sikap degil dan keras kepalanya.

Anehnya, Asiah yang berada di istana yang sama tidak pula diserang kutu penghisap darah itu.

Manakala nabi Musa dan nabi Harun mempunyai kesabaran yang sangat tinggi demi menyampaikan dakwah, kalau kita dapat belajar sabar seperti baginda berdua kan bagus.

Menteri Firaun mengadap nabi Musa buat kali ketiga pula untuk meminta baginda berdoa supaya azab serangan kutu penghisap darah ditarik balik.

Seperti biasa, mereka berjanji akan beriman dan melepaskan hamba abdi jika azab itu ditarik kembali.

Malangnya, mereka bukan sahaja melanggar janji bahkan menuduh nabi Musa membuat kezaliman kepada mereka.

Sambungan

Kisah Nabi Musa : Episod 24

[Serangan belalang kepada tanaman penduduk Mesir menyebabkan negara itu lumpuh]

Firaun buntu untuk menyelesaikan masalah itu, lalu menteri yang sama memberikan pandangan kepada Firaun untuk menyelesaikan masalah itu.

Keras kepala betul Firaun dan kuncu-kuncunya. Setelah mereka ditimpa banjir besar dan serangan belalang tetapi sikapnya tetap tidak berubah.

Janji mereka kepada nabi Musa dicapati, bukan ditepati.

Sambungan

Kisah Nabi Musa : Episod 23

Salah seorang menteri Firaun memberikan cadangan yang “bernas” untuk menyelesaikan masalah banjir yang Allah timpakan ke atas mereka selama beberapa minggu

Dalam episod ini juga, Allah telah memerintahkan tentera kecil-Nya untuk menyerang Firaun dan kuncu-kuncunya kerana telah membuat janji palsu kepada nabi Musa.

Saksikan!!! Siapakah tentera kecil yang telah dihantar itu???

Sambungan

Kisah Nabi Musa : Episod 22

‘’Wahai kaum, pada hari ini, kerajaan di muka bumi ini adalah milik kamu, siapakah pula yang akan menolong kamu dari azab Allah jika ia datang secara tiba-tiba?’’

Ujar seorang pembesar yang beriman kepada pembesar-pembesar Firaun yang lain.

Namun, mereka tetap berkeras hati untuk menerima kebenaran.

Disebabkan Firaun dan pembesarnya tidak mahu beriman juga, akhirnya Allah menghantar satu bala kepada mereka.

Saksikan apakah bala tersebut.

Sambungan

Kisah Nabi Musa : Episod 21

Episod kali ini memaparkan ‘seekor’ makhluk yang bernama Qarun.

Qarun adalah antara makhluk yang paling angkuh dan sombong serta tidak sedar bahawa semua harta yang dimilikinya adalah bersifat sementara.

Dalam episod ini juga memaparkan betapa kuatnya fitnah seorang gadis yang dilakukan ke atas nabi Musa. Namun, fitnah itu diakhiri dengan dia beriman kepada Allah dan dakwah nabi Musa.

Sambungan

Kisah Nabi Musa : Episod 20

Setelah Firaun dimalukan di hadapan hamba-hamba Bani Israrel, dia berhasrat untuk membalas dendam ke atas nabi Musa.

Lalu Firaun mengundang ahli sihir yang terhebat untuk menentang mukjizat nabi Musa tersebut.

Maka berlakulah kisah yang sangat menakjubkan iaitu kisah nabi Musa dan ahli-ahli sihir.

Setelah ahli sihir dikalahkan oleh nabi Musa, mereka sedar bahawa ini adalah mesej daripada Allah agar mereka beriman kepadaNya.

Lalu mereka terus beriman kepada Allah Yang Satu.

Sambungan

Kisah Nabi Musa : Episod 19

Maka bermulalah penyerahan mukjizat kepada nabi Musa untuk berhadapan dengan Firaun.

Ketika ini jugalah nabi Musa dilantik oleh Allah untuk menjadi rasul untuk berdakwah kepada hamba yang paling angkuh dalam dunia iaitu Firaun. Lalu baginda dan nabi Harun menuju masuk ke istana untuk bersemuka dengan Firaun. Baginda hanya meminta supaya hamba-hamba Bani Israel dibebaskan dari cengkaman Firaun sahaja kerana mereka adalah hamba Allah.

Namun, saksikanlah apa yang dilakukan Firaun.

Sambungan

Kisah Nabi Musa : Episod 18

Kisah nabi Musa membantu dua orang anak gadis nabi Syuaib memberi minum kepada haiwan ternakan.

Empat pengajaran yang terdapat dalam video ini:

Yang pertama, ketabahan nabi Musa menempuh perjalanan seorang diri selama 8 hari dari Mesir ke Madyan. Perjalanan yang sangat jauh melebihi 600KM.

Yang kedua, membantu orang dalam kesusahan tanpa mengharapkan pembalasan seperti nabi Musa membantu dua anak gadis nabi Syuaib.

Yang ketiga, menghormati wanita seperti nabi Musa yang meminta anak nabi Syuaib berjalan di belakang kerana terdedah betisnya ditiup angin ketika gadis itu berjalan dihadapan baginda.

Yang keempat, cara memilih pekerja iaitu nabi Syuaib memilih nabi Musa sebagai pekerjanya kerana dua faktor, kuat dan amanah.

Setelah nabi Musa berkahwin dengan anak gadis nabi Shu’aib dan dikurniakan dua orang cahaya mata, baginda ingin pulang ke tanah Mesir yang sangat dirindui.

Ketika perjalanan pulang, maka berlakulah peristiwa yang sangat agung iaitu, baginda bertemu dengan Allah.

Sambungan