Loading...

Seorang pekerja pengawal keselamatan atau sekuriti sebuah masjid di Sungai Buloh telah menarik perhatian warganet disebabkan beliau memiliki banyak koleksi buku yang menarik.

Perkara tersebut membuktikan bahawa minat membaca tidak hanya terbatas pada latar belakang pendidikan atau pekerjaan sahaja.

Meskipun pengawal tersebut bukan seorang ustaz, imam masjid, pensyarah, cikgu, pegawai, atau eksekutif, namun, buku-buku yang dimilikinya adalah dari penerbit-penerbit ternama seperti Patriots Publishing, Srikandi, PTS, The Biblio Press, Nuha, Karangkraf dan pelbagai buku agama dan umum. Beberapa ensiklopedia hadis dan tafsir yang berjilid – jilid juga turut menjadi bacaannya

Antara koleksi yang dimiliki

Pengawal keselamatan ini berusia 32 tahun dan mempunyai lulusan STAM, beliau telah menjadi pengawal keselamatan di masjid tersebut selama 12 tahun.

Meskipun hanya memiliki lulusan STAM, semangat dan kecintaannya dalam membaca telah menginspirasi orang ramai. Katanya, sejak dari sekolah lagi, beliau telah mempunyai kesedaran akan pentingnya membaca dan beliau masih lagi terus membaca sehingga kini.

Dengan melakukan tiga pekerjaan sekaligus serta tinggal di penempatan yang disediakan oleh masjid, dia mampu membeli buku-buku yang beliau inginkan.

Sebagai seorang pengawal, beliau mengakui banyak waktu lapang yang dimiliki. Tambahan pula, beliau lebih mengutamakan membaca daripada terlibat dengan media sosial. Beliau juga memaklumkan bahawa kesemua aplikasi media sosial yang pernah didaftarkannya telah dipadamkan dan hanya aplikasi WhatsApp sahaja dimanfaatkan untuk beliau mendapatkan tajuk buku yang dikongsikan oleh mana-mana individu di WhatsApp.

Koleksi buku sahaja telah menunjukkan keseriusannya dalam meluaskan pengetahuan dan minatnya.

Kisah pengawal keselamatan ini boleh menjadi inspirasi kepada orang ramai bahawa semangat membaca bukannya bergantung pada latar belakang pendidikan atau pekerjaan, tetapi pada kecintaan dan kesungguhan seseorang.

SUMBER

FB Kamarul Faizal

Arab Saudi nampaknya bersiap sedia untuk berubah dalam industri pelancongan dengan baru-baru ini negara itu membenarkan pengedaran minuman beralkohol dan berbikini di bandar megafuturistik baharu bernama Neom.

Ini adalah usaha Arab Saudi untuk menarik pelancong asing dan menyokong kehadiran usahawan antarabangsa.

Neom, yang terletak di pulau Laut Merah Sindalah, akan menjadi wilayah kepada pusat peranginan pantai yang dirancang untuk dibuka pada 2023.

Langkah itu adalah sebahagian daripada transformasi besar yang dijalankan di bawah pimpinan Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS).

Dengan membuka pintu kepada minuman beralkohol dan fesyen kontroversi seperti bikini, Saudi berharap dapat menarik perhatian pelancong global dan menyokong ekosistem ekonomi yang berkembang pesat di rantau ini.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), resort Neom bakal menawarkan kemudahan seperti bar wain premium, bar koktel dan champagne serta bar pencuci mulut.

Sementara itu, resort itu juga memasarkan gambaran yang menunjukkan adegan wanita berbikini dan lelaki tidak berbaju, menggariskan hasrat resort itu untuk menjadi destinasi ultra-mewah yang mampu menarik orang berpengaruh di dunia.

Andrew McEvoy, Ketua Pelancongan Neom, menyatakan bahawa satu peraturan akan diselaraskan bagi menarik warga asing bekerja dan tinggal di sana.

Bagaimanapun, wakil Neom dan kerajaan Saudi belum memberikan pengesahan rasmi berhubung perubahan ini.

Isu minuman beralkohol sebelum ini menjadi topik kontroversi di Arab Saudi, dan pada bulan Mei tahun lalu, Saudi menafikan sebarang perubahan ketara dalam dasar mereka.

Puteri Haifa binti Mohammed al-Saud, Pembantu Menteri Pelancongan, mengesahkan bahawa Neom akan kekal tertakluk kepada kedaulatan Arab Saudi, tetapi akan mempunyai undang-undang ekonomi khas.

Pada masa ini, orang ramai dan pemain industri sedang menunggu pengesahan rasmi berhubung perubahan dasar ini, manakala spekulasi mengenai kesannya terhadap imej dan budaya Arab Saudi terus hangat diperkatakan.

SUMBER
1. The Vocket

Baru-baru ini Arab Saudi bercadang untuk membuka kedai minuman beralkohol pertama di Riyadh, namun meletakkan syarat yang ketat bahawa kedai arak itu hanya untuk diplomat asing yang terpilih dalam kalangan bukan Islam.

Larangan undang-undang telah dikenakan ke atas penjualan arak sejak tahun 1952, selepas salah seorang anak Raja Abdul Aziz menembak seorang diplomat British ketika dalam keadaan mabuk.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung rancangan untuk membuka kedai arak ini.

Namun, Saudi melalui Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC), mengesahkan bahawa kerajaan telah melaksanakan sistem baharu mengenai import alkohol.

“Proses baharu ini akan terus menyediakan dan memastikan semua diplomat kedutaan bukan Islam mempunyai akses kepada produk ini dalam kuota tertentu,” kata CIC dalam satu kenyataan kepada Reuters.

Kenyataan itu tidak membincangkan rancangan untuk menyimpan minuman beralkohol tetapi berkata rangka kerja baharu itu menghormati konvensyen diplomatik antarabangsa.

Jika dibuka secara rasmi, kedai ini akan mencatat sejarah sebagai kedai arak pertama di Saudi selepas 70 tahun.

Sebagai sebuah negara yang melaksanakan undang-undang Islam, Saudi mempunyai undang-undang ketat yang melarang pengedaran dan pengambilan minuman beralkohol.

Undang-undang ini juga terpakai kepada warga asing yang tinggal di negara tersebut.

Langkah ini diambil selari dengan rancangan Saudi untuk menjadikan kerajaan Islam di negara itu lebih terbuka.

SUMBER

  1. BBC
  2. The Vocket

Perdana Menteri India, Narendra Modi, menyertai upacara pembukaan kuil besar untuk dewa “Rama,” yang amat popular di kalangan umat Hindu, di bandar Ayodhya, India.

Kuil ini baru siap dibina di tapak masjid hak milik umat Islam iaitu Masjid Babri di India. Masjid tersebut sudah lama wujud sejak abad ke-16 lagi dan ia dirobohkan oleh kumpulan Hindu pada tahun 1992. Perbuatan tersebut mencetuskan rusuhan di seluruh negara sehingga mengakibatkan kematian kira-kira dua ribu orang ketika itu.

Walau bagaimanapun, beberapa tokoh agama Hindu dan sebahagian besar pembangkang menjauhkan diri daripada perkara ini, mereka menyangka bahawa Modi memanfaatkannya untuk keuntungan politik.

Sumber : Aljazeera

KOTA TINGGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong usaha selebriti, Alif Satar yang menggerakkan #GengSubuhMacamJumaat dengan memperluaskannya di tiga masjid utama di bawah pentadbirannya bermula minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, tiga masjid berkenaan adalah Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Masjid Negara sebelum diperluaskan ke masjid lain.

Kempen tersebut diteruskan di peringkat Persekutuan susulan kejayaannya yang dimulakan selebriti tersebut ditambah pula dengan kejayaan Program Semarak Subuh dianjurkan kerajaan negeri Johor.

Kita akan menyokong. Tagline dia subuh macam Jumaat kita akan kekalkan dan akan berikan sokongan kepada beliau sama juga Datuk Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) dan (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor) Mohd  Fared Mohd  Khalid dan menyokong usaha-usaha ini di peringkat negeri serta sudah tentu di peringkat Persekutuan.

“Kita akan gerak ke tiga buah masjid ini untuk menyokong sebab masjid yang saudara Alif buat pun di Bukit Damansara juga adalah masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

“Kita akan adakan bermula 27 Januari ini, insya-Allah akan berterusan dan akan bergerak di masjid yang akan kita tentukan nanti. Kita akan bekerjasama untuk kebaikan kepada sesiapa sahaja yang mengajak kepada kebaikan, sebab itu saya harapkan golongan muda dan belia macam Alif Satar dengan pangkat yang dia ada sebagai selebriti mampu membawa anak-anak muda ini (ke masjid),” katanya selepas menyempurnakan Misi Bantuan Pasca Banjir Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Kampung Sungai Telor. 

Terdahulu, Mohd. Na’im diminta mengulas mengenai sama ada kejayaan menghimpunkan lebih 12,000 jemaah pada Program Semarak Subuh dan kempen #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru kelmarin akan diteruskan di peringkat Persekutuan.

Program Semarak Subuh yang merupakan inisiatif Onn Hafiz, mula dilaksanakan 5 Januari lalu dengan pelaksanaan di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri  ( DUN) Johor dengan peruntukan berjumlah RM560,000, membabitkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh Johor.

Sementara itu, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang dimulakan Alif sejak Disember juga mula menjadi ikutan ramai dan turut digerakkan pempengaruh lain di seluruh negara.

Dalam pada itu, Mohd. Na’im yang berada di negeri ini untuk misi pasca banjir berkata, sebanyak RM1,546,162.25 nilai keseluruhan sumbangan daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diagih-agihkan dalam program selama dua hari itu. – UTUSAN

Walaupun usaha negara tersebut baru bermula, pergerakan ke arah menggunakan teknologi AI untuk mengeluarkan fatwa sudah berlaku di beberapa kota seperti Qom.

Menurut laporan, pemimpin institusi agama di bandar tersebut berkongsi pandangan mereka tentang cara meningkatkan pengajian Islam bagi ulama dan mempercepat interaksi mereka dengan masyarakat melalui AI.

Minat ini sejajar dengan pandangan Ayatollah Ali Khamenei yang ingin negara itu menjadi setidak-tidaknya di antara 10 negara terbaik dunia dalam penggunaan teknologi AI.

Sumber : BBC

Apa pandangan kalian?

“Sampai baca al-Fatihah pun tak boleh, berzikir pun jadi lupa termasuk memandu kereta. Kalau solat, isteri saya perlu duduk di sebelah ajar pergerakan satu persatu. Sedangkan, semasa zaman muda saya pernah khatam al-Quran”, ujar warga emas bernama Sukri.

Allahuakbar! Oleh kerana itu Allah berfirman :

‎وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya..” (Surah al-Isra’ : 82)

Majlis konvokesyen yang dilaksanakan saban tahun di universiti awam dan swasta memperlihatkan semakin ramai graduan yang berstatus orang kurang upaya (OKU) tidak hanya berjaya menamatkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang, tetapi mendapat keputusan cemerlang.

Dalam setiap kejayaan itu ia disulami dengan keperitan yang terpaksa dihadapi lebih-lebih lagi dengan status yang ‘dibawa’.

Namun, kecekalan dan usaha yang tidak pernah terhenti dalam menimba ilmu serta mengharungi hidup membuktikan bahawa sesiapa pun boleh berjaya.

Selama 15 tahun menjalani kehidupan normal, kemalangan jalan yang mengakibatkan kaki terpaksa dipotong pada bahagian paha cukup perit untuk diterima.

Lebih-lebih lagi bagi seorang yang bukan saja aktif dalam sukan, tetapi juga adalah wakil sekolah dalam bola sepak.

Keadaan itu membuatkan hidup graduan Sarjana Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mior Mohd Firdaus Mior Mohd Fadzli, 27, berada di titik paling bawah dalam hidupnya. 

“Sebagai wakil sekolah dalam sukan bola sepak, kehilangan sebelah kaki cukup memeritkan.

“Dalam tempoh setahun setengah, saya tidak bersemangat. Namun, sudah lumrah manusia. Semangat dalam kehidupan itu datang dan pergi dan itu juga yang saya alami.

“Selepas mendapat kaki palsu iaitu kira-kira lima bulan sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya kembali ke sekolah,” katanya.

Menggunakan kaki palsu untuk bergerak tidak seindah yang dilihat kerana kadangkala ia menyakitkan.

Dengan keadaan sekolah yang ketika itu memerlukan Mior Mohd Firdaus menaiki anak tangga untuk sampai ke sekolah, ia menguji beliau.

Namun, Mior Mohd Firdaus bersyukur kerana keluarga dan rakan-rakan sering memberi semangat dan akhirnya dia berjaya menghabiskan pelajaran di peringkat SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Berpegang kepada prinsip hidup ‘cuba saja kerana hidup ini tidak lama’ dan ‘usah peduli kata orang yang penting kita buat apa yang disukai walaupun berstatus OKU’ ia tidak menghalang Mior Mohd Firdaus menjalani kehidupan seperti orang normal sepanjang pengajian.

“Walaupun berkaki palsu, saya seorang yang aktif. Pelbagai aktiviti yang saya lakukan bersama rakan-rakan sehingga ada kala saya terlupa dengan keadaan diri.

“Rakan-rakan juga sentiasa prihatin dengan keadaan saya, tetapi mereka tidak pernah meminggirkan saya.

“Saya juga bersyukur kerana UPM menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan buat pelajar OKU, sekali gus memudahkan kami menuntut ilmu,” katanya.

Berputus asa itu adalah perkara normal dalam kehidupan pelajar dan Mior Mohd Firdaus juga tidak terlepas dengan situasi itu.

Namun, keadaan itu boleh diatasi dengan baik, sekali gus membuahkan hasil yang tidak disangka.

“Ketika belajar di peringkat ijazah sarjana muda, saya punya rakan-rakan di sekeliling yang sama-sama mengharungi kepayahan dalam pengajian.

“Jadi, segala halangan dan cabaran dapat dilalui bersama terutama dalam pelajaran. Tetapi, ketika di peringkat sarjana, semuanya atas usaha sendiri, sekali gus menuntut kecekalan hati dan usaha sendiri.

“Alhamdulillah, saya boleh mengharunginya dan berjaya menghabiskan pengajian,” katanya.

Dalam kehidupan yang semakin mencabar ini, Mior Mohd Firdaus tidak menafikan ramai golongan muda yang berasakan kehidupan ini sukar.

Namun, katanya, jangan dengar sangat apa kata orang dan buat apa yang dirasakan betul.

“Jangan selalu membandingkan diri dengan orang lain kerana ia akan membuatkan kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada,” katanya.

Kekurangan diri juga tidak pernah menghalang graduan Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga OKU fizikal iaitu kerdil, Mas Nur Jannah Maskop, 25, untuk terus berjaya.

Sebagai insan yang mempunyai kekurangan, menghadapi pelbagai rintangan dan ujian dalam kehidupan sememangnya sangat mencabar.

“Sejak kecil, saya sering diejek. Saja juga malu untuk berkawan dengan orang baru kerana ‘judgmental’ mereka kuat.

“Sehingga ada satu ketika saya menyalahkan diri dan tertanya kenapa Allah ciptakan diri saya pendek. Tak normal macam orang lain,” katanya.

Selain itu, menurut Mas Nur Jannah, kata-kata dusta orang sekeliling, pemilihan dalam membuat keputusan, penggunaan teknologi maklumat (IT) tidak dapat dikuasai dengan baik dan kehilangan insan tersayang (ibu) buat selamanya antara peristiwa yang pernah membuatkan Mas Nur Jannah mahu berputus asa dalam hidup.

“Namun, saya terus bangkit berjuang kerana kasih sayang orang terdekat terutama adik-beradik dan kata-kata nasihat dari luar yang ditemui tanpa sengaja menjadi motivasi kepada diri.

“Saya juga terus melangkah ke hadapan kerana saya mempunyai nilai dan harapan yang perlu dibawa serta dikongsikan bersama orang lain,” katanya.

Menurut anak ke-13 daripada 14 beradik ini, kata-kata dan air mata ibu yang jatuh kerana gembira melihat kemajuan anaknya semakin dewasa dan berdikari menjadi wahana utama kenapa dia perlu berubah, memilih jalan sendiri dan menjadi diri sendiri untuk mengejar kejayaan di dunia serta akhirat.

Berpegang kepada prinsip ‘gunakan akal waras dan hati bersih serta iman dalam melakukan sesuatu perkara’ dan ungkapan azimat ‘kekurangan yang ada pada diri adalah kelebihan yang perlu diguna dan dikuasai’ juga ibarat peneman Mas Nur Jannah dalam mengharungi segala cabaran yang dihadapi.

Oleh itu, kepada anak muda di luar sana, nasihat Mas Nur Jannah, bermimpi sehingga ‘menciptanya’. Teruskan dengan angan-angan, hasilkan dengan tindakan.

“Jadi apa pun selagi ia baik untuk diri, keluarga, agama dan negara.

“Jika ada rasa putus asa, tidak mengapa. Tukarkan rasa itu kepada semangat untuk menghadapi ujian ini. Percayalah, anda tidak keseorangan kerana ada orang yang masih bersamamu,” kata Mas Nur Jannah yang kini bekerja sebagai pembantu guru.

Sementara itu, bagi Amiruddin Abdullah, 26, pula, dunianya menjadi gelap secara tiba-tiba apabila disahkan mengalami masalah saraf di kedua-dua mata sejak berusia setahun bukan penghalangnya berjaya dalam bidang diceburi.

Menurut pelajar jurusan Sejarah dan Tamadun Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanus

iaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini kekurangan itu juga tidak menghalangnya untuk aktif dengan aktiviti kokurikulum dan menjadi menjadi ahli jawatankuasa dalam beberapa persatuan yang disertai.

“Sejak kecil, saya sudah dididik untuk menerima kekurangan yang dimiliki, sekali gus membantu saya untuk lebih berdikari serta menyesuaikan diri dengan mudah dan mampu berjaya seperti individu normal lain,” katanya.

Ditanya bagaimana menjalani rutin harian sebagai mahasiswa, Amiruddin berkata, dia memanfaatkan kemudahan teknologi yang banyak membantunya dalam pelajaran.

“Sebelum kuliah bermula, saya meminta nota lebih awal daripada pensyarah untuk saya mendengar melalui perisian khas pembaca skrin selain merakam menggunakan perakam suara. Jika ada sebarang kemusykilan, saya terus rujuk pensyarah. Pensyarah di sini sentiasa bersedia membantu.

“Kemudahan yang disediakan di UIAM juga banyak membantu pergerakan saya di sini.

“Saya akui bukan pelajar yang mempunyai daya ingatan yang kuat. Oleh itu, saya sentiasa buat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan,” katanya.

Menurutnya, sejak kecil, ibu bapanya banyak berkorban memastikan segala keperluannya sebagai OKU dipenuhi dengan mengutamakan pelajaran.

“Saya masih ingat, ketika di sekolah rendah, ibu bapa berusaha mencari sekolah khas untuk saya belajar bersama rakan yang senasib. Lebih mengharukan apabila mengetahui ada sekolah bersesuaian yang agak jauh dari rumah mereka sanggup berkorban berpindah dari Gemas dan menyewa di Seremban, Negeri Sembilan supaya lebih mudah berulang-alik.

“Pengorbanan ibu bapa ini mendorong saya belajar bersungguh-sungguh untuk membalas kepercayaan yang diberikan selama ini.

“Justeru, kepada ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, terima mereka dengan hati terbuka dan berusaha memastikan keperluan dipenuhi. Jangan pernah berputus asa dan tidak anggap anak kurang upaya adalah penamat segala-galanya.

“Bagi OKU, jangan anggap kekurangan diri itu melemahkan diri dan cuba sesuaikan diri kerana orang normal juga mempunyai cabaran tersendiri.

“Kita juga mempunyai hak seperti orang normal lain. Dalam hal ini, orang yang normal boleh membantu dengan tidak menggunakan kemudahan yang disediakan supaya OKU juga dapat menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Sumber : Harian Metro

“Secara tak langsung, dapat bina habit baru 1 keluarga untuk datang masjid mulakan dengan solat berjemaah.” Itulah kenyataan yang telah diungkapkan oleh pengerusi MADAD.

Di dalam media sosial Facebook, beliau telah memaklumkan bahawa Masjid MADAD akan menyediakan van sekolah khas untuk memudahkan urusan ibubapa yang menghantar anak ke sekolah.

Kata beliau :

“pagi ni buat makluman utk kita usahakan van sekolah khas dari masjid, maksudnya mak ayah dtg solat dgn anak then kita yang akan hantarkan anak2 depa p sekolah. apa salahnya kita manfaatkan duit masjid utk kegunaan anak2 tempatan atau khariah kan. 

scara tak lansung meringankan beban mereka dan memudahkan urusan nk berkejar ke tempat kerja dan sekolah anak. 

ambil data dahulu utk tengok fasa pertama ni mungkin kita mulakan utk beberapa sekolah terlebih dahulu, ikut kemampuan yg boleh. 

secara tak lansung bina habit baru 1 keluarga utk mai masjid mulakan dgn solat berjemaah. 

untuk hari ke 188 kempen GengSubuhMacamJumaat alhamdulillah semakin meriah jemaah yang hadir, saf perempuan smpai melimpah2 keatas ruang masjid. berbaki 64 hari sebelum ramadhan ni kita usahakan ramai2 utk wajibkan diri ajak jiran2 dan adik beradik lain utk subuh berjemaah juga ya. tanggngjawab bersama ni . 

takmaw sembang kari dah, kita buat sama2 inshaAllah jadi. lillahi taala.”