Siapa yang makan sambil tengok phone, gadget atau makan sambil buat benda lain, tolong berhenti. Sebab ada teguran dari Allah yang perlu kita ambil perhatian. Di dalam ayat 24, surah ‘Abasa, Allah swt berfirman : فَلْيَنْظُرِ الْاِنْسَانُ اِلٰى طَعَامِهٖٓ ‘Maka manusia itu, hendaklah memerhatikan makanannya.’ Lafaz نظرِ bukan sahaja bermaksud ‘melihat’ tapi renungkan dengan mendalam dan memikirkan tentangnya. (Mu’jam al-Wasith).