Select Your Favourite
Category And Start Learning.

Rasa Tertekan Dengan Lanjutan PKP ? Cuba 8 Cara ini.

10/4/2020, ramai yang menanti pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia ke-8, tepat jam 4 petang. Semua menanti dengan penuh perasaan gemuruh, gelisah dan penuh pengharapan.

Saya yakin disebalik pengumuman semalam, tak kurang ramai yang sedih dan tertekan dengan keputusan tersebut. PKP dilanjutkan. Ada keluarga saling terpisah, sudah hampir sebulan tidak bertemu, ada keluarga termenung setiap hari memikirkan di mana lagi nak mencari duit untuk membeli barang keperluan.

Ada majikan mula terkesan memikirkan syarikat yang selama ini dibangunkan mungkin perlu dikecilkan atau menanti masa untuk ditutup. Artikel ini ingin berkongsi 8 cara yang mungkin anda boleh lakukan saat rasa tertekan.

Ingat rasa tertekan pada asalnya ia suatu yang normal sebagai suatu fitrah yang dijadikan Tuhan, tetapi terlampau tertekan membawa kepada masalah kesihatan mental yang amat dahsyat.

#1 Ambil Masa untuk Fahami Perasaan Anda

Untuk anda fahami perasaan anda, perlukan masa untuk muhasabah diri, lihat kenapa kita rasa tertekan, terima hakikat bahawa kita manusia yang amat lemah tiada daya dan kuasa melainkan keizinan Tuhan. Ambil sedikit masa duduk menyendiri daripada orang sekeliling.

#2 Tangguhkan Dahulu Aktiviti-Aktiviti Rutin

Sebelum PKP, anda biasa dengan perkara-perkara rutin yang dilakukan, keluar ke pejabat, berjumpa rakan sekerja atau apa-apa yang menjadi rutin anda. Kerana aktiviti semasa PKP amatlah berbeza dengan waktu-waktu biasa.

#3 Fokus dan Konsentrasi pada Perkara Yang Boleh Anda Kawal

Biarkan dahulu perkara yang anda tak boleh kawal, fokus dan mulakan dengan aktiviti yang anda boleh kawal dan lakukan terutama yang berdekatan dengan anda. Jangan fikirkan tentang kerja rakan sekerja anda. Jangan fikirkan tentang pelanggan yang tidak keep in touch dengan anda atau kerja yang tertinggal di pejabat.

Photo by bongkarn thanyakij from Pexels

#4 Fokus kepada Perkara-Perkara Positif Sahaja

Mungkin di persekitaran anda terdapat mereka yang toksik yang sentiasa menjadikan semua perkara negatif, usah fikir tentang negatif. Tukarkan cara pandang sesuatu perkara menjadi positif. Membaca berita-berita yang positif kurangkan membaca komen-komen negatif yang boleh mempengaruhi kesihatan mental.

#5 Stay Connected (Teruskan Berkomunikasi)

Walaunpun anda terpisah daripada keluarga, jiran, rakan sekerja atau pelanggan, teruskan berkomunikasi dengan mereka, teruskan membina hubungan bertanya khabar. Berkomunikasi melalui platform maya membantu mengurangkan rasa tertekan.

#6 Menghitung Nikmat-Nikmat yang dimiliki

Cara yang penting dalam menjaga kesihatan mental anda ialah menghitung nikmat-nikmat yang dikurnakan tuhan, rezeki makanan yang masih ada untuk makan, kehidupan yang masih diteruskan. Dan melihat mereka yang tidak mempunyai nikmat-nikmat seperti yang anda miliki sekarang mengurangkan rasa tertekan dan menjadikan jiwa dan minda anda mensyukuri keadaan yang anda hadapi sekarang ini.

#7 Sentiasa Kemaskini dengan Sumber-Sumber yang Kukuh

Sumber-sumber kukuh merujuk kepada bantuan-bantuan yang diumumkan oleh pihak lain seperti kerajaan, NGO atau mana-mana pihak. Perkara ini dapat membantu mengurangkan beban anda. Sekiranya anda tidak mengemaskini maklumat-maklumat ini, anda merasakan bahawa tiada pihak yang mengambil berat tentang anda. Pasti anda tertekan.

Selain itu, sumber-sumber kukuh juga boleh dirujuk kepada berita-berita yang sahih, jangan membaca sumber-sumber berita tidak benar yang menjerumuskan diri anda kepada rasa panik dan tidak senang duduk.

#8 Sentiasa Mencari Nasihat-Nasihat berkaitan Kesihatan Mental

Membaca berkaitan kesihatan mental dan cara menjaga mental membantu anda mengurangkan rasa tertekan. Banyak maklumat berkaitan penjagaan mental membantu anda untuk merawat dan mengelakkan kemurungan.

Isu berkaitan penyakit kesihatan mental ini suatu yang real dan benar-benar wujud. Jangan mengambil mudah dengan kesihatan mental. Saya mempunyai kawan yang dahulu seorang periang dan peramah tetapi kini tidak mampu mengurus diri, tidak tahu bagaimana untuk mandi dan sebagainya akibat daripada kemurungan. Malah sesetengah orang mengganggap mereka dirasuk oleh jin dan sebagainya.

Semoga PKP ini menjadi suatu latihan kepada diri untuk meningkat diri ke arah yang lebih baik.

Setiap selepas kesusahan pasti selepasnya suatu kesenangan ~ Photo by Frans Van Heerden from Pexels

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.