PERHATIAN : Kepada yang risau dan ragu-ragu untuk laksanakan ibadah Qurban & Aqiqah secara online.

QURBAN & AQIQAH BERSAMA KUN ANTA

Ibadah Buat Kita, Kegembiraan Buat Mereka.

Zahirkan ketaatan kepada Allah SWT dengan pengorbanan harta. Di sini, semuanya akan diuruskan untuk anda dengan sebaiknya.

Ibadah Qurban & Aqiqah merupakan amalan yang sangat dituntut di dalam Islam, namun ramai yang mula meninggalkannya atas sebab-sebab berikut :

Adakah anda termasuk dalam golongan di atas?

Jika ya jangan risau, rupanya ibadah Qurban dan Aqiqah bersama Kun Anta sangat mudah!


Ini kerana, team kami yang berada Madinah berurusan terus dengan tuan ladang kambing di sana.

KEKUATAN KAMI

Apa Kelebihan Jika Sertai Kami?

Pakej Telus & Berpatutan

Harga bagi seekor kambing hanyalah RM450.

Caj tersebut adalah harga yang telah dipersetujui oleh kami bersama tuan ladang kambing di Arab Saudi, tanpa ada caj tambahan/ tersembunyi dari pihak Kun Anta.

Jaminan Pemilihan Kambing

Ladang kambing kami telah menjalankan proses tapisan kambing.

Hanya yang sihat dan cukup syarat sahaja akan terpilih sebagai haiwan sembelihan.

Beribadah Sambil Berinfaq

Setiap penyertaan akan menyumbang kepada projek terjemahan dan dakwah media Kun Anta.

 

Dana ini akan disalurkan sebagai pendidikan kepada masyarakat.

Tempat Sembelihan Berautoriti

Kambing kami akan disembelih di Maslakh Hukumah iaitu tempat sembelihan rasmi yang diiktiraf dan dipantau oleh kerajaan Saudi.

Ia tertakluk penuh kepada garis panduan penyembelihan ternakan Qurban dan Aqiqah.

Pengagihan Daging Secara Bersistem & Berkualiti

Pengagihan daging kepada fakir miskin akan diurus dengan cekap oleh Syarikat Adahi, iaitu salah satu syarikat pengurusan daging terbesar di Arab Saudi.

Sijil & Hadiah Istimewa

Setiap peserta akan mendapat sijil dan hadiah istimewa bernilai RM50 daripada pihak Kun Anta atas kepercayaan anda kepada kami.

PENGHARGAAN

Hadiah Istimewa

Ibadah Qurban

AKAN DIPOS

- Sijil

- Fridge Magnet Qurban KA

- Printed Poster Ekslusif

 

AKAN DIEMEL (Hadiah Digital)

- 30 Episod HD : Filem Animasi Nabi Ibrahim 1 (Updated Version)

-Semua peserta Qurban akan diberi akses penuh (tonton & download) kepada filem bermula 15 Julai 2021.

Ibadah Aqiqah

AKAN DIPOS

- Sijil

- Fridge Magnet Aqiqah KA

- Printed Poster Ekslusif

 

AKAN DIEMEL (Hadiah Digital)

- 15 Video HD : Anakku Bijak B. Arab + eNota Rujukan

Khas Buat Peserta Qurban 1442H

Ibadah Qurban adalah simbolik kepada ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah SWT yang sanggup menyembelih anaknya yang sangat dicintai.

Kisah yang ajaib ini, telah diterbitkan oleh satu Syarikat Penerbitan Mesir dalam bentuk filem animasi yang begitu canggih dan cantik.

Kini anda boleh saksikan semuanya, 30 Episod HD Filem Animasi Nabi Ibrahim dengan terjemahan sarikata B. Melayu yang pertama di Malaysia.

Hanya di Kun Anta!

PILIHAN RAMAI

Istimewa Makkah

Alhamdulillah, telah ramai yang kami bantu untuk sempurnakan ibadah Qurban dan Aqiqah di dalam Maslakh Hukumah.

Konsep patuh syariah, bersih dan sistematik menjadikan ia pusat sembelihan yang diyakini.

Program Ibadah Qurban Kun Anta

Program Ibadah Aqiqah Kun Anta

Play Video

Video bukti sembelihan

*Hanya Aqiqah sahaja
(Video penuh tanpa dipotong)

HIKMAH YANG DILUPAKAN

Tahukah Anda?

Musim qurban juga dikenali sebagai “Hari Nikmat” untuk keluarga fakir miskin. Bagi mereka, menjamah daging adalah suatu kemewahan yang hanya dinikmati ketika musim Qurban.

Daging anda akan diedarkan kepada fakir miskin yang menetap di Makkah (pendatang asing yang berhijrah untuk sara hidup) dan dihantar ke 27 negara yang terdapat fakir miskin. 

Ibadah Qurban bukan sekadar menyembelih haiwan dan mengagihkan kepada yang memerlukan, tetapi juga membawa mesej penting kepada umat Islam tentang keprihatinan.

GERAK KERJA

Proses Daftar

Kini Lebih Mudah!

  • Pengesahan Pendaftaran

    Daftar nama peserta dan baca akad yang disediakan. Status pendaftaran akan dihantar melalui emel/SMS.

  • Sijil & Hadiah Istimewa

    Sijil dan hadiah akan dihantar secara berperingkat mulai 15 Julai 2021.

  • Update Status

    Maklumat tarikh dan status penyembelihan akan dimaklumkan melalui emel/ SMS/ Whatsapp.

  • Hubungi Kami

    Sebarang pertanyaan tentang pendaftaran atau perubahan info, sila hubungi kami di Kun Anta Official.

HARGA KAMI

RM450 / Kambing

Tiada Caj Tersembunyi!

*Harga yang dinyatakan telah termasuk semua kos pengurusan

TANYA KAMI

FAQ

Hanya ladang kambing tertentu sahaja yang dapat melaksanakan penyembelihan di dalam Maslakh Hukumah, dan alhamdulillah salah satunya ialah ladang kambing kami.

 

Para peserta tidak perlu berasa ragu-ragu lagi dengan pengurusan mereka, kerana ia tertakluk dengan garis panduan penyembelihan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Makkah telah terkenal dengan sistem pengurusan yang sangat cekap dan efisyen.

 

Bagaimana ibadah Haji dan Umrah dapat diuruskan dengan baik, maka begitu jugalah ibadah Qurban juga akan diurus dengan baik.

Ibadah Qurban di tempat sendiri adalah yang terbaik.

 

Namun, melaksanakannya di luar negara adalah harus dan sah.

 

Sumber :

Al-Bayan Siri 2 (m/s 33)

Menurut pandangan muktamad dalam Mazhab Syafie, tidak boleh menggabungkan niat Qurban dan Aqiqah dalam satu masa.

 

Kedua-duanya adalah ibadah sunat yang membawa maksud tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.

Rujukan :

Irsyad al-Fatwa Haji & Korban Siri 40

Jumhur Mazhad Syafie berpegang bahawa mesti adanya wasiat dari si mati untuk melaksanakan Qurban buat dirinya.

 

Namun, hukum sembelihan adalah sah walaupun tidak diwasiatkan oleh si mati kerana ianya seperti sedekah.

 

Rujukan :

Irsyad al-Fatwa Haji & Korban Siri 6

Selesai sahaja proses melapah, daging-daging akan terus dibungkus dan dihantar ke bahagian pembekuan.

 

Kemudian lori-lori yang dilengkapi dengan sistem pembekuan akan mengedarkan daging-daging ini kepada 27 negara yang terdapat fakir miskin, tanpa menjejaskan kualiti daging.

Jangan risau kerana pihak pengurusan sembelihan kami telah diberi kebenaran untuk beroperasi sepanjang PKP dan mereka mempunyai SOP yang tersendiri di sana.

 

Mereka akan beroperasi sama seperti tahun sebelum ini, walaupun sepanjang PKP.

Ianya mustahil untuk merakam penyembelihan bagi setiap ekor kambing, kerana ribuan ekor kambing disembelih dalam tempoh 4 hari sahaja.

Oleh itu, video khusus sebut nama penyembelihan hanya diberi untuk ibadah Aqiqah sahaja.

TERIMA KASIH

Percayakan Kami

Ibadah Qurban yang dilakukan dengan penuh ketaatan, ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar serta berlipat ganda dari Allah SWT. 

Ini berdasarkan hadis nabi yang bermaksud :

“Pada setiap helai bulunya itu, kita akan memperoleh satu kebaikan.” – (HR Ahmad & Ibnu Majah)

Pendaftaran Qurban akan ditutup dalam tempoh :

Hari
Jam
Minit
Saat

SERTAI SEKARANG!

Mudah 100% daftar online dan ia sah di sisi syarak.

Jangan bertangguh lagi. Alangkah ruginya jika perlu tunggu lagi setahun andai terlepas peluang pada kali ini.

Ibadah Buat Kita, Kegembiraan Buat Mereka.

Shopping cart
There are no products in the cart!
Continue shopping
×

Klik logo di bawah untuk wassap kami segera.

× Bantuan?