Tadabbur Al-Quran Bersama Sheikh ‘Arefe

RM49.90

Category:

Description

Hari menjelang hari, kita rasa makin jauh dengan agama. Berapa ramai yang telah membazirkan sisa kehidupan mereka kerana hidup dalam keadaan tidak pernah memahami mesej yang disampaikan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Berapa ramai yang membaca Al-Quran hanya sekadar membacanya tanpa memahami mesej yang Allah sampaikan daripada ayat yang dibaca tersebut!

Bayangkan, ketika kita membaca sesuatu promosi yang mengatakan : “Jika anda beli satu ketul ayam KFC hari ini, anda berpeluang dapat PERCUMA 100 bekas Coleslaw!”

Anda pasti akan bertindak membelinya kerana anda memahami mesej tersebut.

Bayangkan jika anda tidak faham mesej promosi tersebut, anda rasa anda boleh bertindak? Anda rasa anda akan kerugian?

Jika anda tidak faham, pasti anda tidak merasakan apa-apa. Tetapi jika anda faham, anda pasti rasa kerugiannya.

Jadi, kursus yang dibawakan ini sangat ringkas, padat dan mudah untuk anda memahami intipati Surah-Surah pilihan di dalam Al-Quran yang mempunyai mesej yang agung.

Apa yang anda akan belajar?

  • Tadabbur Surah-surah pilihan dalam Al-Quran.
  • Nasihat dan pedoman serta bekalan untuk kita bertemu Allah kelak.
  • Mengukuhkan keimanan kepada perkara ghaib.

Apa yang anda akan terima setelah menyertai kursus ini?

  • 20+ Video (akan ditambah lagi secara PERCUMA)
  • 4 Surah (akan ditambah lagi surah-surah lain)
  • Terjemahan sarikata Bahasa Melayu
  • Tonton di mana jua

Modul Kursus

Tadabbur Surah An-Naba’
Episod 1 : Kenapa Kursus Ini Sangat Penting?
Episod 2 : Hari Kiamat Yang Menggerunkan Pasti Terjadi Juga
Episod 3 : Betapa Hebat & Telitinya Ciptaan Allah S.W.T
Episod 4 : Keindahan Dunia vs Ketakutan Kiamat
Episod 5 : Huru-Hara Kiamat & Bahaya Api Neraka
Episod 6 : Penyesalan Ahli Neraka vs Keseronokan Ahli Syurga
Episod 7 : Merungkai Kehidupan Di Alam Akhirat

Tadabbur Surah An-Naziát
Episod 8 : Para Malaikat & Tugas-tugas Mereka
Episod 9 : Betapa Dahsyatnya Hari Kiamat
Episod 10 : Teguran Allah S.W.T Kepada Orang Yang Tidak Takut Hari Kiamat
Episod 11 : Mukjizat Nabi Musa a.s Yang Diperlekehkan Firaun Serta Akibat Keangkuhan Firaun
Episod 12 : Hebatnya ciptaan Allah S.W.T Tetapi Semuanya Bakal Hancur
Episod 13 : Pengakhiran Pencinta Dunia & Pencinta Akhirat

Tadabbur Surah ‘Abasa
Episod 14 : Kenapa Nabi Muhammad s.a.w Bermasam Muka?
Episod 15 : Teguran Allah S.W.T Kepada Nabi Muhammad s.a.w & Pengajaran Yang Bermakna Untuk Kita
Episod 16 : Permulaan dan Pengakhiran Manusia
Episod 17 : Nikmat Allah S.W.T dan Pengakhiran Manusia

Tadabbur Surah At-Takwir
Episod 18 : Keadaan Makhluk Yang Menggemparkan Pada Hari Kiamat Kelak
Episod 19 : Akibat Buruk Yang Bakal Menimpa Ahli Maksiat
Episod 20 : Inilah Tanda Betapa Agungnya Al-Quran

Tadabbur Surah Al-Infitor
Episod 21 : Apabila Langit Terbelah

Tadabbur Surah Al-Muthaffifin
Episod 22 : Celakalah orang-orang yang curang
Episod 23 : Melihat Allah S.W.T di Syurga
Episod 24 : Orang Mukmin Mentertawakan Orang Kafir Pula di Akhirat

Kursus ini sesuai untuk siapa?

  • Anda yang jarang dengar kuliah tafsir
  • Anda yang tidak mampu membaca tafsir Al-Quran
  • Anda yang ingin belajar tafsir secara santai dan mudah difahami

Apa yang anda akan terima setelah menyertai kursus ini?

  • 20+ Video (akan ditambah lagi secara PERCUMA)
  • 4 Surah (akan ditambah lagi surah-surah lain)
  • Terjemahan sarikata Bahasa Melayu
  • Tonton di mana jua
  • Nota Ringkasan Tafsir (PDF)

Biodata ringkas penyampai :

Nama : Mohammed Arefe
Beliau merupakan seorang pendakwah bebas dari Arab Saudi. Merupakan penulis buku terkenal iaitu ”Pengakhiran Alam” yang telah dicetak lebih 520,000 naskhah dan telah diterjemah kepada pelbagai bahasa.

© 2022 kunanta.net