RM15.00
Description
Anak-anak adalah kain-kain putih yang akan dicorakkan oleh ibubapa mereka sendiri. Ibubapa yang bertanggungjawab akan bertindak memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak mereka. Ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang hebat dan bermanfaat untuk masyarakat. Kejayaan dalam mendidik anak-anak bukanlah datang secara tiba-tiba, sebaliknya adalah ilmu dan keadah yang digunakan dalam mendidik anak-anak mereka.
Antara kaedah yang berkesan dalam mendidik anak-anak adalah usrah. Ia merupakan elemen yang sangat penting dalam pendidikan anak.
Suasana hari ini sangat mencabar sehingga merencatkan pendidikan anak-anak. Pelaksanaan usrah merupakan satu usaha yang berkesan untuk menangkis segala cabaran dalam kehidupan anak-anak.
Para ulama juga memberi peringatan dan teguran buat mereka yang mengabaikan pendidikan anak-anak antaranya Ibn Qayyim Al-Jauziyyah. Kata beliau :
“Siapa yang sengaja tidak mengajarkan apa yang bermanfaat bagi anaknya dan meninggalkannya begitu sahaja, ia telah melakukan suatu kejahatan yang sangat besar.
Ibn Qayyim Al-Jauziyyah
Alhamdulillah, dengan kursus ringkas yang disediakan oleh Azmi Bahari ini, ia dapat membantu dalam mendidik anak-anak dengan didikan Islam secara serius.
Apa yang anda akan belajar?
- Konsep tarbiah yang perlu kita faham
- Rujukan yang sesuai digukan untuk mendidik anak
- Konsep usrah step by step
- Penekanan asas dalam tarbiah
Senarai modul
- Pengenalan
- Konsep Tarbiah
- Rujukan
- Konsep Usrah
- Format Usrah
- Penekanan Usrah 1
- Penekanan Usrah 2
Kursus ini sesuai untuk siapa?
Apa yang anda akan terima setelah menyertai kursus ini?
1 Jam 32 minit
8 Video
Slide Pembentangan
Boleh akses di mana-mana gadget
Biodata ringkas penyampai :
Nama : Azmi Bahari
Merupakan trainer dan motivator untuk remaja, sekolah rendah, menengah dan IPT. Founder EduServe Training & Supply (ESETS). Certified Trainer untuk FIRST Framework (LXF) dan LXC (USA).