Select Your Favourite
Category And Start Learning.

Lelaki Kalau Niat Nak Kahwin, Perhatikan 4 Perkara Ini

4 perkara ini sering diabaikan oleh kebanyakan orang lelaki. Ramai yang tidak menjaga 4 perkara ini akan berakhir dengan perpisahan, pertengkaran dengan pasangan, rumah tangga jadi serabut dan banyak lagi. Apa 4 perkara yang mesti orang lelaki ambil berat?

1. Solat

Kalau selama ini solat hanya ikut kemahuan samada nak solat ataupun tidak, sekarang perlu ubah untuk solat juga walaupun rasa berat, malas atau tidak suka. Percayalah, jika belum matang untuk jaga solat dari sekarang, janganlah fikir untuk berkahwin kerana berapa banyak rumah tangga di luar sana yang tidak menjaga solat mengalami pelbagai masalah. Jika suami tidak solat, bagaimana anak-anak dan isteri akan mengambil berat tentang solat?

2. Kerja

Ya, wanita yang baik tidak memandang soal kerja bakal suaminya. Tetapi perlu lihat juga adakah kita mahu berkahwin tanpa ada kerja? Jangan berkahwin untuk cari kerja, tetapi bekerjalah supaya dapat berkahwin. Apa jenis kerja pun tidak kisah asalkan sumber pendapatan adalah halal. Jika pekerjaan yang ada sekarang tidak boleh buat simpanan, maka tambahlah pendapatan yang lain. Itu adalah ukuran yang paling mudah. Jika kita sudah berusaha membuat simpanan dengan berjimat dan sebagainya, tetapi masih belum berjaya ada simpanan, itu bermakna pendapatan kita cuma cukup untuk diri kita sahaja. Boleh tambahkan pendapatan lagi.

3. Belajar mengemas

Apabila anda berumah tangga nanti, rumah anda bukan rumah isteri anda sahaja. Ingat, isteri juga penat seperti suami bahkan mungkin isteri lebih penat lagi jika isteri adalah seorang suri rumah yang mempunyai anak kecil. Suri rumah sangat banyak kerjanya. Sangatlah buruk perangai suami apabila pulang dari bekerja terus menganggap isteri tidak berbuat apa-apa di rumah hanya kerana melihat isteri ‘asyik berehat’. Jadi, belajarlah masak, iron baju, basuh pinggan, sidai baju dan sebagainya sebelum anda berkahwin.

4. Jaga pergaulan

Ramai suami yang tidak sedar bahawa isteri mereka merupakan sebaik-baik wanita yang perlu ada di dalam hati mereka. Tetapi apabila anda sebagai suami tidak percaya perkara tersebut, anda mungkin membiarkan mata dan hati anda untuk memikat wanita lain yang mungkin bagi anda lebih baik dari isteri anda. Hati-hati, jika anda tidak menjaga betul-betul mata dan hati anda, anda mungkin akan terlanjur dengan wanita lain sehingga anda membenci isteri anda. Jadi, sayangilah isteri anda, hargai mereka dan berikan yang terbaik buat mereka.

5. Belajar urus duit

Ini yang paling orang lelaki susah belajar. Ramai suami apabila datang hujung bulan, bergaduh dengan isteri kerana tidak cukup makan. Pada awal bulan selalu belanja ikut hawa nafsu, tetapi apabila tiba hujung bulan tidak sedar yang duit tidak cukup. Anda boleh belajar tentang kewangan dari sesiapa pun.

Jika anda masih belum tahu dengan siapa anda nak belajar, saya cadangkan anda belajar dengan tuan Zahid Zainal. Beliau bukanlah pakar, tetapi beliau kongsikan melalui pengalaman beliau sendiri yang bergaji rendah, tetapi masih boleh buat simpanan sehingga RM1000 sebulan! Semuanya beliau kongsikan dalam penulisan beliau dalam Tips Jimat

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.