Select Your Favourite
Category And Start Learning.

Ujian Malaysia VS Ujian Palestin, Satu Renungan.

Apabila COVID-19 mula mengganas dan ribuan orang menjadi korban, maka banyak negara yang terkesan mengambil langkah perintah berkurung terhadap rakyatnya. Malaysia juga telah mengenakan perintah kawalan pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020.

Dengan harapan perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan ini dapat memutuskan rantaian penyebaran virus ini. Semoga perjuangan ini membuahkan hasil.

Perintah untuk Duduk Diam-Diam di Rumah

Sekiranya wabak ini terus berleluasa, kemungkinan perintah ini akan dilanjutkan lagi. Apabila kita bercakap berkaitan perintah ini, ia mengingatkan kita tentang saudara kita di Palestin terutama di Gaza.

Mereka telah lama dihalang untuk keluar masuk atau bergerak dengan bebas disebabkan sekatan dan kepungan oleh Tentera Zionis. Kita mungkin hanya 14 hari sahaja, sedangkan mereka sudah lama diperintahkan untuk duduk diam-diam di daerah mereka, tidak dibenarkan keluar daripada negeri mereka.

Walaupun dari sudut sebab perintah berkurung ini dikenakan berbeza, tapi apa yang cuba diketengahkan dalam artikel ini adalah kesan daripada perintah ini.

Cuba bayangkan, kita baru sahaja sudah beberapa hari sudah tidak keruan, sudah bosan, hilang makna kebebasan, tidak boleh berkerja, banyak perniagaan perlu ditutup dan sebagainya.

Saya yakin sekiranya lebih lama perkara ini berlaku atau dilanjutkan, sudah tentu ia memberi kesan kepada kesihatan mental kita. Ada tanggungan yang perlu disara, ada pekerja yang sedang menanti gaji daripada perniagaan kita.

Perintah Berkurung Telah Memberi Kesan Terhadap Penduduk Gaza.

Penduduk Gaza, mereka juga manusia seperti kita, mereka bukan Malaikat yang sentiasa kukuh dan kuat walaupun pelbagai ujian yang menimpa.

Tahukan anda, rakyat Palestin di Gaza sangat terdedah kepada pelbagai risiko hasil daripada penindasan yang berlaku.

Sehingga membawa mereka kepada kehilangan perspektif diri, kemarahan, kekecewaan, kehinaan dan perasaan tersisih yang menyebabkan peningkatan masalah tekanan mental seperti kebimbangan dan kemurungan (skizofrenia dan bipolar).

Cuba bayangkan di Malaysia, pesakit berkaitan kemurungan dan mental juga makin meningkat sedangkan negara kita masih aman, bagaimana saudara kita di bumi Palestin.

Pada tahun 2010, satu kajian yang dijalankan selepas peristiwa Perang Furqan (Operation Cast Lead), mendapati bahawa 98.7% kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda “Post Traumatic Stress Disorder” (PTSD).

Bayangkan bagaimana kanak-kanak ini ingin membangun, bunyi bingit sahaja sudah ketakutan teringat bom zionis menimpa kawasan mereka. Sentiasa terbayangkan darah dan kematian dalam benak fikiran mereka. Sangat menakutkan.

Jumlah pesakit psikiatri akibat daripada perang dan pengepungan di Gaza sejak 13 tahun yang lalu semakin meningkat khususnya di kalangan kanak-kanak.

Ditambahkan lagi ketiadaan pusat khusus menangani ribuan kes kesihatan mental di Gaza.

Pusat Rehabilitasi dan Kesihatan Mental di Gaza

Bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan penduduk Palestin di Gaza terutama kanak-kanak, Aman Palestin tampil kehadapan untuk membangunkan Pusat Rehabilitasi dan Kesihatan Mental di Gaza.

Pusat rehabilitasi ini yang dianggarkan bernilai RM20 juta diharapkan dapat memberikan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang terjejas akibat kepungan dan serangan zionis.

Seterunya melahirkan generasi yang akan terus-menerus berjuang bagi membebaskan Palestin dan sudah tentulah kita mempunyai saham akhirat yang menjadi saksi di hadapan Allah SWT kelak.

JOM SERTAI 1 LOT WAKAF bernilai RM500 secara ansuran bulanan seperti pakej berikut;

Mula Mac 2020 – Tamat Disember 2020 (RM50/sebulan)

📝 Bagi memudahkan pembayaran ansuran, Aman Palestin juga sangat mengalu-alukan Tuan Puan mengisi borang Autodebit/ DirectDebit. Semoga projek wakaf ini dapat dijalankan dengan jayanya berkat doa dan sumbangan Tuan Puan.

Nak berwaqaf? Klik link untuk whatsapp tentang wakaf Klik sini

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *