Select Your Favourite
Category And Start Learning.

Kerja bertahun, gaji tinggi, kemudian kena buang kerja serta merta. Apa nak buat?

Baru-baru ini kita digemparkan dengan tragedi seorang individu melanggar kilang akibat dibuang kerja yang dijawatnya.

Peristiwa tersebut sebenarnya menunjukkan orang ramai sedang tertekan dengan keadaan semasa.

Bagi orang makan gaji, lebih-lebih lagi gaji tinggi memang susah nak terima keputusan begitu.

Bayangkan kalau gaji sampai 8k, dengan tanggungan kereta, rumah, api air, anak-anak belajar di universiti dll semua cecah ribuan jugak. Mana nak cari 8k bulan depan untuk replace income tu?

Nak disuruh buat side income seperti Grab, foodpanda bukannya tak boleh. Tapi income dari situ belum tentu boleh replace gaji.

Nak jual rumah, jual kereta, semua tu kalau jual pun mungkin kena topup duit lagi. Its not as easy as apa yang dicadangkan pakar-pakar, sifu-sifu.

Tuan Ammar Zahar, merupakan salah seorang usahawan yang berjaya turut berkongsi di laman Facebook beliau tentang apa yang patut dibuat jika berhadapan dengan situasi sedemikian.

Ini merupakan tips dan perkongsian beliau yang kita sendiri boleh praktikkan.

1. Bertenang

Saya sendiri pernah rasa situasi-situasi sebegitu.

Dalam keadaan macam ni, apa yang anda boleh buat pertama sekali adalah bertenang. Jangan tertekan. Clearkan minda. Kalau kusut, apa pun tak boleh fikir.

2. Jual apa yang boleh jual

Ada rumah yang ada untung sikit pun takpe. Jual je dulu. Kalau takde, jual je barang elektrik. Mesin basuh ke, aircond ke, TV ke, PlayStation ke, walaupun kita tengah pakai. Benda tu semua kita boleh buat manual, buat manual dulu.

3. Potong bil yang tidak penting

Potong sekali bill2 yang mengejar setiap bulan yang boleh dipotong. Potong unifi (guna data phone je), potong astro, potong segala subscription yang tak ada kontrak. Kalau potong yg ada kontrak kang kena penalti pulak.

4. Runding dengan pihak bank

Contact bank-bank untuk negotiate. Beritau yang anda dibuang kerja serta merta, dipotong gaji, dan lain2. Cerita dengan pengurus bank, apa perancangan anda untuk settlekan hutang. Waktu ni guna untuk beli masa. Supaya anda tak super stress kena kejar dengan bank dan tak boleh berfikir dengan baik.

5. Cari ilmu bisnes

Bila dah settle semua-semua tu baru pergi cari ilmu bisnes. Belajar berniaga. Sambil2 anda hantar resume-resume dan pergi interview, sementara tunggu result, mulakan buat bisnes yang tak pakai modal.

6. Cari seseorang untuk luahkan masalah

Dapatkan seseorang yang anda boleh hubungi untuk luahkan masalah, dan boleh cadangkan penyelesaiannya. Orang yang lebih berpengalaman. Orang yang positif. Bukan orang yang langsung tak ada experience dan orang yang negatif. Fasa ni paling penting bagi saya. Boleh jadi orang tu mentor, senior, parent, spouse, best friend, atau sesiapa yang kita boleh harap.

Kalau anda buat semua langkah-langkah ni, sedikit sebanyak boleh membantu anda hilangkan stress, tertekan tu. Dan reset hidup anda.

Saya tau, lebih senang berkata-kata dan menulis daripada melaluinya. But trust me, I’ve been there, done that.

Semua dugaan dan cabaran di dunia ni adalah sementara saja. It is not the end of the world. 🤗❤️✌️

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.