Azmi Bahari, Rumahtangga Islami

Belajar cara yang betul dan sesuai untuk menanamkan iman dalam diri anak-anak

RM 40
  • 6 video pembelajaran
  • 52 minit
  • Belajar di mana sahaja

Tentang Kelas

Semua ibubapa mesti tahu bahawa proses mendidik itu ada 2 tahap.

Tahap 1

Mendidik IMAN anak seperti mengenal Allah, para nabi dan rasul, para malaikat, hari kiamat, dosa pahala dan sebagainya.

Tahap 2

Mendidik anak URUS HIDUP seperti makan minum ikut sunnah, mengemas, memasak, tidur, mengulangkaji pelajaran dan sebagaianya.

Ramai ibubapa 'lepas tangan' dengan menyerahkan pendidikan Tahap 1 kepada guru, ustaz, masjid dan sebagainya.

Eh... Bukankah mereka lebih layak?

Ya, mereka memang orang yang layak tetapi mereka sebenarnya hanya bantu melengkapkan pendidikan yang anda sedang tanamkan di rumah atau dengan kata lainnya, mereka hanya menerima ‘baton’ yang anda berikan. Pendidikan anak sebenarnya perlu dilengkapi antara ibubapa dan pendidik luar sejak kecil lagi.

Sekarang apa yang perlu saya lakukan?

Baik, kami ingin mengajak anda untuk mendalami beberapa soalan penting di bawah.

(Sila jawab 'Ya' atau 'Tidak')

  • Adakah anda inginkan rumah tangga yang disukai Allah?
  • Adakah pendidikan iman dalam diri anak perlu dilengkapi antara ibubapa dan pendidik luar?
  • Jika pendidikan iman kurang ditekankan, setuju tak anak kita tidak akan takut pun melakukan dosa?
  • Adakah pendidikan iman perlu dimulai oleh diri ibubapa terlebih dahulu kemudian diturunkan kepada anak?

Jika semua jawapan anda adalah ‘YA’ kami ucapkan ribuan tahniah kerana anda betul-betul telah memahami dengan baik konsep asas dalam mendidik iman dan juga anda memang sudah bersedia untuk mendalami cara menanamkan iman kepada anak anda pula.

Siapakah guru yang akan memandu anda untuk menanamkan iman kepada anak-anak anda?

Nama beliau ialah Azmi Bahari atau dikenali sebagai Cikgu Azmi yang merupakan Pengasas Rumah tangga Islami yang telah menganjurkan beberapa seminar dan program berkaitan rumah tangga. Beliau sering dijemput ke seluruh Malaysia untuk memberikan penyampaian tentang rumah tangga dan dijemput juga untuk memberi penyampaian di luar negara.

Selain memfokuskan dalam bidang rumah tangga, beliau juga merupakan jurulatih dalam bidang teknik pengajaran berkesan. Beliau antara jurulatih terpilih dari warganegara Malaysia yang mendapat pengiktirafan NAMA Foundation, sebuah syarikat besar yang melatih para guru dan pensyarah untuk menguasai teknik pengajaran yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w sesuai dengan zaman sekarang.

Apa yang anda akan belajar?

1. Konsep keimanan yang betul
2. Keimanan yang perlu ditekankan kepada anak-anak
3. Keyakinan tentang rezeki yang tidak disangka
4. Mengenali fitrah anak sebelum menanamkan iman
%d bloggers like this: