Select Your Favourite
Category And Start Learning.

COVID-19 : Bertawakal Dengan Mencontohi Nabi SAW

Umat Islam perlu menyakini bahawa setiap bala dan wabak yang diturunkan oleh Allah swt adalah ujian kepada kita sebagai seorang Muslim.

Pastinya ada hikmah disebalik semua aturan Allah swt ini. Sebagai seorang Muslim kita perlu meyakini bahawa tiada sesuatu yang Allah SWT jadikan itu sia-sia (tiada sebab).

COVID-19 yang mula merebak ke Malaysia, Indonesia dan pelbagai negara lagi, suatu ujian daripada Allah SWT. Ujian-ujian sebegini bukanlah suatu yang baru malah pernah menimpa generasi sebelum kita.

Baca kisah wabak yang pernah menyerah Eropah dan Tamadun Islam:

Tawakal Sebenar-Benar Tawakal

Dalam membicarakan soal tawakal (menyerahkan urusan ini kepada Allah), Islam mengajar kita untuk berusaha semaksima mungkin dan sehabis daya melakukan sesuatu perkara dan menyerahkan urusan ini kepada Allah swt sehingga melahirkan redha dan syukur dalam diri kita.

Bukan seperti yang disangkakan oleh sesetengah orang, bertawakal bermaksud tiada usaha dan keringat lalu menyerahkan urusan kepada Allah SWT menentukan.

Ini sangat menyanggahi pemahaman dan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, ia jelas dicontohi oleh Nabi SAW dalam perihal kehidupan baginda, Baginda mengimani bahawa Allah SWT akan memenangkan baginda dan seluruh sahabat.

Tetapi baginda tetap sahaja, perlu berp3rang, tetap juga memakai baju besi, menyusun segala strategi, menyebarkan dakwah dan sebagainya.

Sedangkan Rasul dan para sahabat pun berusaha sehabis mungkin lalu bertawakal, apakah generasi kita, hanya lebih hebat daripada generasi mereka, cukup sekadar berserah kepada takdir tanpa sebarang usaha?

Ini benar-benar melampaui batas dan menyesatkan ummat. Malah yang menyebarkan fahaman ini juga ada dalam kalangan para asatizah, ini sangat bertentangan dengan apa yang ditunjukkan oleh baginda SAW.

Ikat Unta Mu dan Bertawakal Kepada Allah.

Kisah yang disaksikan oleh Anas bin Malik RA, bahawa ada seorang lelaki datang ke Masjid Nabi SAW, dia membiarkan unta tunggangannya tanpa diikat, latas Rasulullah SAW menanyakan beliau,: “Kenapa engkau tidak mengikat untamu?”

Beliau menjawab: “Saya lepaskan unta ini kerana tawakal kepada Allah”. Lalu baginda mengajarnya satu mesej penting dalam bertawakal: “Ikat untamu dan bertawakal kepada Allah”

Baginda dan para sahabatlah contoh terbaik dan ikutan bagi kita.

COVID-19: Berusaha dan Bertawakal

Wabak yang telah menyebabkan ribuan orang meninggal dunia ini, perlu kita pastikan supaya tiada lagi korban yang akan berlaku.

Usaha ini perlu dimainkan oleh semua pihak, para doktor mempertarungkan nyawa mereka demi memastikan mereka yang telah positif kembali sihat.

Peranan dan usaha kita paling mudah, memastikan kita tidak berjangkit atau menjangkiti orang lain dengan duduk diam-diam di rumah, jangan keluar tanpa alasan yang mendesak.

Di samping berusaha melaksanakan amalan-amalan yang baik semoga menjadi asbab juga Allah SWT mengangkat wabak ini daripada muka bumi ini.

Dan seterusnya kita menyerahkan semua urusan ini kepada Allah SWT yang Maha Bijaksana.

Sekiranya COVID-19 ini tidak berjaya dikurangkan setelah pelbagai usaha telah dilakukan, semoga Allah menjadikan usaha-usaha ini suatu yang besar di sisi Allah SWT dan pemberat timbangan kebaikan kita, walaupun usaha-usaha ini tampak kecil pada pandangan manusia.

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: