Bagaimana Membina Rumahtangga Yang Anda Inginkan?
Description
Proses membina rumahtangga bukanlah semudah seperti yang kita bayangkan iaitu Mencari Pasangan, Berkahwin, Dapat anak = Berkeluarga. Tidak.
Sebenarnya lebih jauh dari itu lagi. Ia menyentuh aspek-aspek lain juga yang lebih penting. InshaAllah, dalam kursus ini anda akan didedahkan gambaran yang sangat jelas bagaimana membina rumahtangga yang bahagia dan bagaimana membina rumahtangga yang anda inginkan.
What Will I Learn?
- Konsep rumahtangga islam.
- Perkara-perkara dasar dalam rumahtangga.
- Tujuan berumahtangga.
Topics for this course
8 Lessons01h 16m
Pengenalan
Apa Yang Anda Mahu Dari Rumahtangga Anda?9:39
Inilah Contoh Rumahtangga Yang Menjadi Idaman Semua Orang9:09
Faham ini sebelum anda memasuki alam rumahtangga
Dasar-dasar dalam membina rumahtangga
About the instructor
Mendapat pendidikan awal di Sek Ren Keb Kampung Perak, kemudian ke Sek Men Dato' Kamarudin, Sek Men King Edward VII seterusnya menyambung pengajian ke peringkat diploma (Diploma In Business Studies) di ITM Perlis (Sekarang UiTM)
Bekerja sebagai guru di Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) [http://www.matri.edu.my/] di samping aktif sebagai penceramah, trainer dan motivator melalui wadah RMC Training Centre. EduServe Training & Supply (ESETS) FamiliMithali.Com dan HALUAN Malaysia (Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Malaysia).
Turut terlibat sebagai penulis di majalah, website dan blog antaranya Kolumnis Majalah HALUAN.
Mula terlibat dalam aktiviti latihan dan motivasi sejak lebih 20 tahun dan sering menjalankan kem-kem motivasi untuk sekolah-sekolah, IPT, Badan-badan kerajaan serta badan bukan kerajaan NGO disamping dijemput sebagai penceramah di dalam dan luar negara.
Pengalaman dan penglibatan lain;
1. Alumni ESQ Training (Peduli Pendidikan Ke 5, 2006) Bandung Indonesia.
2. Menyediakan Modul dan Mengendalikan Program-program di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU; Di bawah Jabatan Perdana Menteri)
3. Pengurus Pemasaran & Latihan Serta Motivator Utama RMC Training Centre (RA0009637-K)
4. Trainer untuk FamiliMithali.com
5. Founder EduServe Training & Supply (ESETS)
6. Banyak mengendalikan program-program motivasi, kem kepimpinan, khemah ibadah, kursus jatidiri khasnya untuk remaja sekolah rendah, menengah dan IPT.
7. Kursus Roadmap Of Understanding Educators (ROOTS) ditaja oleh NAMA Foundation (Arab Saudi) dikendalikan oleh SEGA group USA
8. Certified Trainer untuk FIRST Framework (LXF; Leaner eXperience Facilitation) dan LXC (Learner eXperience Coaching bagi SEGA Group (USA)
2 Courses
143 students
Alhamdulillah. Sangat bermanfaat terutama dalam membentuk fikiran dan kefahaman yang sebenar sebelum membina rumahtangga. Inilah perkara pokok yang perlu dipasakkan dalam diri terutama daripada kalangan anak anak muda.