Kenapa Al-Quran hanya berbahasa Arab tidak seperti Bible?

Pernah atau tidak anda terfikir kenapa Al-Quran hanya dalam satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Arab? Sekiranya ada sekalipun di pasaran atau dijumpa di mana-mana perpustakaan Al-Quran dalam bahasa selain Bahasa Arab, ia jelas tertulis “TERJEMAHAN Al-Quran”.

Tidak seperti Bible, ia mempunyai banyak bahasa, malah namanya sendiri terdapat banyak nama berdasarkan bahasa yang digunakan seperti The Holy Bible, Al-Kitab, Alkitab Berita Baik, Kitab Muqaddas, Seong-gyeong, Kin Thành dan lain-lain lagi. Dari satu sudut melihat kelebihan kecil yang terdapat pada Bible.

Cubaan Kemasukkan Jarum Kristianisasi

Sebelum diceritakan dengan lebih lanjut tentang Al-Quran Al-Karim, penulis ingin  membawa pembaca bagaimana jarum kristianisasi cuba ditanam dalam masyarakat berkaitan hal ini. Mereka mendakwa bahawa kepelbagaian bahasa dalam Bible menjadikan agama mereka inklusif ataupun boleh diterima pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa, malah tidak bersifat ekslusif.

Tidak meminggirkan sesuatu bangsa malah meraikan bangsa tersebut dengan adanya Bible dalam bahasa bangsa tersebut. Malah dikatakan sekiranya Bible di bawa ke suatu negara, ia akan cuba diasimilasikan dengan budaya bangsa tersebut dengan mengubah maksud-maksud yang mudah difahami oleh masyarakat setempat itu.

Hal ini tidak menjadi permasalahan kepada komuniti Islam, sekiranya mereka mahu membuat suatu dakwaan atau klaim sesuatu atas agama mereka. Ulamak mereka mahu mengurus atur agama mereka semahuan mereka sekalipun itu bukan hal yang dipedulikan oleh masyarakat Islam.
Tetapi, ia menjadi masalah kepada masyarakat Islam apabila mereka melakukan dakwah atau kristianisasi  kepada umat Islam dengan membuat suatu dakwaan jahat terhadap Islam. Apa dakwaan mereka terhadap Islam? Bahawa Islam ini bersifat ekslusif (tertutup pada sesuatu pihak atau bangsa sahaja) atau tidak boleh berasimilasi dengan sesuatu bangsa.

Apabila ditanya apa bukti dakwaan anda, wahai pendakwah kristian? Mereka menjelaskan bahawa buktinya di depan mata kalian, jelas Al-Quran tidak ada dalam bahasa bangsa tersebut yang ada hanya terjemahan yang tidak boleh digunakan dalam upacara-upacara keagamaan seperti Solat.

Contohnya kalau dibandingkan dengan AlKitab Berita Baik, ia boleh dibaca dalam upacara pengibadatan atau keagamaan sedang Al-Quran, dalam solat tidak dibenarkan membaca terjemahan hanya bahasa Arab yang dibenarkan. Nah, ini antara klaim-klaim jahat seperti ini ke atas agama umat Islam yang boleh mengganggu gugat akidah umat Islam serta kesatuan umat.

Walaupun kita tidak pernah menyoal cara pengibadatan mereka, dalam bahasa apa yang mereka mahu gunakan, menghadap kiblat mana itu tidak pernah menjadi perbicaraan harian kita malah tidak terpikir kita untuk bertanya kepada mereka kerana merasakan itu bukan urusan kita untuk kita fikirkan hanya hormat sahaja cara mereka,

Tetapi atas dasar mempertahankan kebenaran, kita berbicara saat cubaan-cubaan kristianisasi oleh pendakwah mereka ke atas umat Islam, maka kita perlu penjelasan dan diberi penerangan untuk tidak mudah ditipu dan mempercayaai tuduhan jahat ke atas agama Islam dan keraguan yang cuba ditimbulkan.

Tangan Manusia dalam Bible

Bagi menjawab tentang Al-Quran, ada jawapan yang terungkap pada kelemahan Bible akan menjadi jawapan kepada persoalan utama kita. Iaitu kenapa Al-Quran dalam Bahasa Arab tidak seperti Bible?

Tahukah kita apabila Bible diturunkan kepada Nabi Isa AS, bahasa apakah dalam kandungan Bible? Sudah tentulah bahasa yang digunakan oleh Nabi Isa AS iaitu Hebrew ataupun Ibrani. Apabila dakwah kristian mendapat tempat dipelosok dunia, para ulamak mereka telah menjadikan Bible ke dalam pelbagai bahasa untuk membantu agama ini dapat difahami oleh masyarakat setempat.

Kerja penterjemahan itu murni tetapi membuka ruang kepada tangan manusia untuk masuk campur dalamnya. Sehingga banyak mengubah maksud-maksud yang sebenar. Saya beri satu contoh, apabila Tuhan membicarakan sesuatu ayat, ayat tersebut boleh difahami kadang-kadang 5 maksud atau 5 kefahaman berbeza terhadap ayat itu.

Ketika mana ulamak mereka mahu menulis terjemahan untuk dijadikan Bible, tidak boleh memasukkan kelima-lima kefahaman itu melainkan dipilih satu sahaja sekiranya tidak Bible boleh menjadi terlampau tebal. Apa kriteria yang digunakan oleh ulamak tersebut bagi memilih inilah kefahaman yang sebenarnya yang dimaksudkan Tuhan sehingga dipilih menjadi Bible dalam bahasa tersebut.

Itu belum dikira siapa yang membuat kerja-kerja ini? Adakah ia mempunyai kredibiliti ilmu dalam hal tersebut? Kemungkinan boleh berlaku terjemahan secara harfiah atau literal translation yang menggubah maksud sebenar itu suatu yang tinggi. Itu perkara biasa yang berlaku dalam dunia penterjemahan.

Contoh biasa yang boleh berlaku dalam dunia terjemahan kalau kita sebut: “I am going to New Castle” kadang terjemahan secara harfiah akan menajdi “Saya sedang pergi ke kota baharu”. Ini antara kelemahan yang biasa berlaku, apatah lagi dalam terjemahan kata-kata Tuhan yang dalam maksudnya yang boleh dimaknakan dalam banyak maksud.

Mungkin bagi menceritakan dengan lebih mendalam tentang penterjemahan dalam Bible sehingga membawa penyelewengan akan dihuraikan dalam artikel yang lain. Anda boleh tonton video di bawah yang menerangkan secara ringkas bagaimana tangan manusia mengubah Bible.

Al-Quran hanya Dalam Bahasa Arab Elak Penyelewengan

Kita sebagai umat Islam mesti menyakini bahawa tiada penyelewengan atau wujudnya tangan-tangan manusia yang mengubah isi kandungan Al-Quran kerana perkara ini sendiri difirmankan oleh Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. Al-Hijr:9

Sekiranya Al-Quran dalam bahasa Melayu boleh dibaca dalam solat misalnya sebagaimana Bible sudah semestinya Al-Quran ada pelbagai versi bahasa Melayu kerana terdapat versi yang tidak mengikut selera dan fahaman nafsu sesetengah golongan seperti ISIS dan Al-Qaeda.

Maka lebih baik Al-Quran dikekalkan dalam bahasa Arab dan umat Islam perlu belajar tajwid dan cara bacaan Al-Quran bagi membacanya dalam solat-solat mereka dan merujuk terjemahan sebagai membantu untuk memahami isi Al-Quran.

Kenapa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab bukan bahasa lain, ada hikmahnya yang tersendiri, antaranya gaya bahasanya yang unik dan kaya, keluasan tatabahasanya, hampir kesemua huruf bahasa Arab ada pada tempat keluar suara, kesusasteraannya tinggi dan mengindahkan telinga yang mendengar dan banyak lagi. Sehingga menampakkan kemukjizatan Al-Quran itu sendiri.

Anda belajar bahasa Arab, anda akan tahu bagaimana tingginya nilai kesusasteraan itu sendiri, sehingga Al-Quran diangkat menjadi sumber kepada bahasa Arab itu sendiri sedangkan Bahasa Arab sudah wujud dahulu sebelum Al-Quran diturunkan.

Adakah Al-Quran atau Islam diturunkan untuk Bani Arab sahaja bukan untuk Bani Cina, Bani Melayu dan lain-lain bani? Semestinya tidak jelas Islam diterima oleh pelosok bangsa di serata dunia, sekiranya ia bersifat ekslusif sudah tentu bangsa lain di dunia ini susah menerima Islam.

Malah fakta menunjukkan bahawa daripada 2.6 billion umat Islam, 20% hanyalah bangsa Arab, 80% daripada pengganut Islam adalah bangsa yang pelbagai. Kalau secara teori apa yang dikemukan oleh pendakwah kristian kelihatan logik, tetapi teori tersebut sekadar teori yang tidak terbina atas logik yang lebih tinggi iaitu dari sudut statistik dan secara tingkat buminya ia menunjukkan Islam diterima semua bangsa, ada pun teori pendakwah Kristian hanya berpusing di langgit tinggi yang tidak berpijak di bumi sebenar.

Rujukan:

http://www.muslimpopulation.com/World/

Mabahits fi Ulum Al-Quran oleh Mana’ Al-Khotton

Kisah kewafatan Imam kita, Imam Syafie yang amat menyedihkan kita semua

Hari ini saya akan kongsikan kisah kematian Imam Syafie yang diceritakan oleh Dr Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Imam Syafie meninggal pada usia muda ya, iaitu sekitar umur 54 tahun. Kalau nak ikutkan pada zaman sekarang belum pencen lagi, tetapi sumbangan beliau kepada umat islam tidak dapat disangkal lagi. Terlalu besar dan agung.

Beliau menghidap penyakit buasir, bukan biasa-biasa penyakit itu, tetapi agak kritikal sehingga dikatakan apabila dia bangun dari tempat duduk ceramahnya, maka kelihatan darah yang keluar seolah-olah seperti darah haid.

Semakin hari penyakit Al-Imam semakin parah, maka anak murid beliau datang melawat beliau. 

Anak muridnya bertanya khabar:

يا إمام، يا أبا عبد الله ، كيف أصبحت؟

Wahai Imam Aba Abdallah, bagaimana keadaaan Imam pagi ini?

Imam Syafie menjawab:

أصبحت من الدنيا راحلا

Aku pada pagi ini akan berkelana daripada dunia.

ومن الإخوان مفارقا

Akan berpisah daripada kawan-kawan.

وإلى كأس المنية شاربا

Kepada segelas kematian aku akan hirup.

ولا أدري أمصيري إلى الجنة أم إلى النار

Dan aku tidak tahu nasibku akan ke syurga atau ke neraka.

Begitu tawadu’nya Imam Syafie walaupun sumbangan beliau tidak terhingga kepada agama, tetapi masih merendah diri sehingga ke tahap itu. Kita boleh ka sampai ke tahap itu? Sama-sama kita fikirkan.

Setelah beliau di kafankan, beliau dibawa kekubur. Tiba-tiba, ketika dalam perjalanan kekubur, seorang perempuan telah menahan jenazah beliau, dan meminta supaya dimasukkan ke dalam rumahnya terlebih dahulu.

Maka dibawa masuk ke dalam rumahnya itu, setelah selesai perempuan itu solat ke atas jenazah Al-Imam, maka perjalanan diteruskan ke kubur.

Tahukah anda siapakah perempuan itu?

Perempuan itu adalah guru kepada Imam Asyafie, beliau adalah  Sayyidah Nafisah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Bila ditanya kepada Sayyidah Nafisah bagaimanakah perwatakan Imam Syafie?

Maka Sayyidah Nafisah menjawab: “Beliau tidak akan batal wuduk melainkan beliau akan berwuduk”.

Maksudnya Imam syafie memang sentiasa dalam keadaan berwuduk, bukan macam kita ya, kita tak berwuduk sebab takut membazir air boleh jadi. huhu

Dua pengajaran daripada kisah ini yang kita patut ambil manfaat dan beramal:

  1. Sentiasa merendah diri walau sehebat mana pun kita, kita tak hebat pun nak dibandingkan dengan Imam Syafie, kita perasan sahaja hebat.
  2. Kita kena sentiasa berwuduk seperti amalan imam Syafie, barulah kita boleh menjadi hebat sepertinya. InsyaAllah.

Sumber gambar : موضوع

 

Siapakah Harun dalam Surah Maryam sehinggakan Missionari Kristian Cuba Mendakwa Al-Quran telah Diseleweng?


Sehingga kini, pendakwah Kristian rancak menyebarkan ideologi mereka yang menyimpang terutama di negara-negara umat Islam yang miskin. Modal mereka adalah kekuatan bantuan kewangan dan membawa hujah-hujah dangkal tentang keburukan Islam.

Sekiranya membawa pemikiran kristian sahaja ke dalam masyarakat sudah pasti ramai yang tidak dapat menerima atas pertentangan idea dengan akal yang waras maka senjata bantuan kewangan dan pembawaan naratif-naratif jahat terhadap Islam akan digunakan dalam dakwah mereka.

Ada perkara yang umat Islam perlu belajar daripada mereka terutama kesungguhan mereka meninggalkan rumah dan keluarga demi membawa risalah kesesatan mereka. Sedang masyarakat Islam untuk memberi harta di jalan dakwah pun sudah berkira apa lagi mahu memberi nyawa dan masa.

Balik kepada topik kita. Antara perkara yang cuba dibawa oleh pendakwah Kristian dalam masyarakat Islam ialah cuba membuktikan penyelewengan Al-Quran sedangkan Kitab yang sedang ada di tangan mereka sendiri sudah jauh dari jalan kebenaran dan penuh dengan penyelewengan.

Antaranya ialah, Al-Quran silap memberi fakta apabila menyebut dalam Al-Quran tentang Maryam, Ibu Nabi Isa, Ia menyebut “Wahai Saudara Perempuan Harun…”

Jarak Harun dan Maryam dipisahkan dengan ribuan tahun maka Tuhan Islam telah tersilap antara Maryam ibu kepad Nabi Isa dengan Maryam Kakak Harun. Jelas paderi cuba sedaya upaya menyatakan bahawa ada kesilapan fakta di dalam Al-Quran.

Benarkah kesilapan fakta? Siapakah Harun dalam Ayat itu?

Maksudnya: “Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan yang jahat!” Maryam:28

Dalam ayat menyebut secara jelas, wahai saudara perempuan Harun panggilan yang ditujukan kepada Saidatina Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa. Siapakah Harun dalam ayat ini?

Para pendakwah Kristian menggunakan ayat ini bagi menyesatkan umat Islam terutama di negara-negara miskin. Bagaimana mereka menggunakan ayat ini sebagai sebuah kesempatan kononya ayat ini tersalah fakta atau dalam erti kata lain Al-Quran mempunyai kesilapan dan kesalahan.

Al-Quran salah dalam mensoroti lipatan sejarah, membawa kesalahan fakta sehingga akhirnya dakwah kristianisasi berjaya dalam membentuk keraguan dalam pemikiran umat Islam.

Ini sebagai salah satu contoh laman web pendakwah kristian yang cuba membuat keraguan kepada umat Islam. Sekiranya umat Islam mempercayai dakwaan jahat ini maka umat Islam telah mengingkari intisari Islam kerana kebanyakkan intisari penting Islam berusmberkan Al-Quran.

Mereka menyatakan bahawa bagaimana Al-Quran boleh tersilap secara fakta apabila memanggil Mariam sebagai saudara perempuan Nabi Harun sedangkan Nabi Harun hidup di zaman berbeza malah dipisahkan dengan hampir ribuan tahun.

Sememangnya Nabi Harun mempunyai saudara perempuan yang bernama Mariam dan perempuan tersebut juga merupakan saudara perempuan kandung kepada Nabi Musa, akan tetapi Mariam itu bukanlah ibu Nabi Isa.

Nama yang sama tetapi orang yang berbeza. Nah di sini jarum keraguan cuba dimasukkan dan ditanam oleh pendakwah kristian supaya umat Islam meragui keagungan dan kemukjizatan Al-Quran Al-Karim.

Apa Kata Ulamak Islam Tentang Hal Ini?

Sebagai orang Islam, wajib baginya mengimani Al-Quran sebagai wahyu dan kalam Allah SWT yang suci daripada sebarang kekurangan dan kelemahan. Sekiranya tidak, seseorang itu boleh jatuh ke lembah kekufuran dan itu suatu yang amat malang baginya apabila ia ditimpa masalah ini.

Tetapi apa jawapan para ilmuan Islam dalam hal ini, adakah benar dakwaan pendakwah Kristian ini atau pun sekadar keraguan yang jauh daripada fakta yang sebenarnya.


Imam Al-Fakhrur Razi dalam tafsirnya menerangkan bahawa Harun di sini terdapat beberapa pandangan dalam menghuraikan ayat tersebut, yang paling tepat adalah Nabi Allah Harun iaitu saudara lelaki kepada Nabi Musa. Walaupun jarak mereka tepisah ribuan tahun tetapi ada kesamaan dari sudut kesolehan dan kezuhudan. 

Ya ia benar seperti yang didakwa tetapi bukanlah seperti apa yang cuba diterangkan oleh pendakwah Kristian. Dalam erti kata lain, walaupun pada hakikatnya Allah SWT menggunakan perkataan saudara perempuan, ia tidak semestinya menunjukkan saudara yang mempunyai pertalian darah.

Penggunaan kalimah saudara dalam Kalam Allah ini tidak dibataskan hanya kepada pertalian darah tetapi melebihi dan menjangkaui daripada horizon itu. Dalam erti kata lain, saudara itu pada asalnya dinisbahkan kepada ikatan darah tetapi Allah SWT menginginkan maksud persaudaraan itu lebih luas maksudnya daripada itu tertutama dalam perkara yang mempunyai persamaan antara mereka.

Sebagai contoh mudah, apabila seseorang itu mempunyai persamaan pada warganegara, secara mudah dia akan menyatakan bahawa itu saudara senegaranya. Kalau ia mempunyai kesamaan dari sudut agama sedangkan bangsa berbeza ibu dan ayah yang berlainan dia akan menyatakan bahawa ini saudara seagamanya.

Jelas?? Kenapa Allah memanggil Mariam dengan memanggil wahai saudara perempuan Harun kerana ada kesamaan pada Mariam dan Harun iaitu dari sudut zuhud dan soleh.

Malah dalam kalangan Bani Israel sesiapa yang dikenali sebagai orang soleh dan zuhud mereka akan dinisbahkan dengan Nabi Harun AS. Pemuda Bani Israel itu soleh dan zuhud seperti Harun AS.

Perhatikan juga apabila Allah Azza Wa Jalla menyebut: “Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan”  Al-Isra’:27
Apakah kita juga akan memahami orang yang membazir itu mempunyai ayah dan ibu kandung daripada kalangan syaitan? Atau dia akan meyakini bahawa ayah dan ibunya ada melahirkan anak syaitan? Sungguh pasti tiada yang akan berkeyakinan seperti ini. Tetapi menyakini sifat pembaziran itu ada kesamaan pada sifat Syaitan.

Begitu juga, bukanlah Allah SWT berfirman saudara perempuan Harun bagi menunjukkan mereka adalah saudara kandung tetapi kesamaan antara mereka berdua dari sudut kesolehan dan kezuhudan.

Apabila datangnya kebenaran pasti kebatilan itu akan menghilang. Sekian.

Rujukan: Tafsir Al-Fakhrur Razi, Jld 11, halaman 208-209, cetakan Dar Al-Fikr: Beirut-Lebenon.

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Wanita menarik LELAKI ke neraka jika :

Betapa hebatnya daya pikat dan tarikan wanita, bukan saja didunia. Namun di akhirat pun demikian,maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atau anak harus memainkan peranan mereka dengan sungguh- sungguh.

Seorang wanita itu apabila di yaumil akhirat nanti akan menarik EMPAT golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Tulisan ini bukan untuk merendahkan wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya sesuai hak dan seksama, serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul di dunia!

“Ayahnya”

– Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak- anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

“Suaminya”

– Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalkan solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

“Abangnya”

– Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke pundak abang-abangnya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran

Islam, tunggulah tarikan sang adik wanita diakhirat nanti.

“Anak lelakinya”

– Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila

ibu membuat kemungkaran pengumpat, bergunjing, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut di tanya serta diminta pertangungjawabkannya di akhirat kelak.

SUNGGUH KUAT KUASA WANITA INI.

“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU….. ”

“Hai wanita, kasihankan ayahanda, suami anda, abang- abang anda serta anak-anak lelakianda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh..”

Sumber gambar : vaare.com

Al-quran telah sebut tentang nyamuk 1400 tahun dahulu. Kini para ilmuan baru sahaja menemui apa yang dimaksudkan dari firman Allah tersebut. Subhanallah!

Al-quran adalah mukjizat yang diturunkan Allah kepada nabi Muhammad S.A.W sebagai bukti bahawa apa yang berlaku di dunia ini adalah atas kehendak-Nya.
Di dalam al-quran, Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 26 :

إن الله لا يستحيي أن يضرب مثلا ما بعوضة فما فوقها

Maksudnya :

‘’Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang berada di atasnya’’

Cuba anda perhatikan perkataan فما فوقها pada ayat di atas dan perhatikan maksudnya sama. Sebenarnya, dalam kaedah bahasa arab, ia membawa kepada dua maksud yang berbeza.

Para ulama membahagikannya kepada dua maksud :

Pertama : Suatu yang berada di atasnya (nyamuk)

Kedua : Suatu yang lebih besar daripadanya

Ramai ulama terdahulu yang mentafsir perkataan فما فوقها dengan maksud ‘’suatu yang lebih besar daripadanya’’ dan itulah kebolehan mereka kerana ilmu itu milik Allah, ada ilmu yang Allah dedahkan dan ada yang Allah sembunyikan dan ada pula yang Allah dedahkan selepas beberapa kurun lamanya lalu ditemui oleh generasi sesudah itu.

Bagi ayat tersebut, terdapat di kalangan para ulama tafsir yang tidak pasti dengan tafsiran mereka lalu mereka menafsirkan dengan cara selamat iaitu mereka menyebutkan kedua-dua maknanya sekali seperti yang telah diterangkan di atas.

Wallahua’lam, kemungkinan bukan itu yang Allah Kehendaki, tetapi apa yang dikehendaki Allah sebenarnya adalah ‘’suatu yang berada di atasnya’’ atapun ‘’suatu yang lebih kecil daripadanya’’

Semua keajaiban ini adalah berdasarkan penemuan-penemuan yang telah didedahkan oleh para saintis setelah mereka meneroka menggunakan peralatan yang canggih ke atas seekor nyamuk.

Mereka telah menemui dalam kajian mereka bahawa di atas setiap ekor nyamuk terdapat seekor binatang kecil yang dipanggil sebagai Mites (Hama). Ia adalah seekor binatang yang lebih kecil daripada nyamuk dan berwarna merah. Tugas binatang tersebut adalah untuk memberi tenaga kepada nyamuk untuk terus bekerja.

3929621945_939ab77cf9_oCaptureM
Kita tidak dapat melihat binatang tersebut dengan mata kasar kita melainkan dengan menggunakan peralatan yang canggih dan pada waktu-waktu yang tertentu sahaja.

Bagaimanakah kebenaran ini boleh berlaku sedangkan Allah telah berfirman semenjak 1400 tahun lagi?

Inilah mukjizat yang menyaksikan bahawa al-quran itu adalah kebenaran yang tidak sesekali boleh ditolak bahkan sesiapa pun mesti menerimanya!

Subhanallah Yang telah menciptakan segala-galanya.

Sumber gambar :

www.masrawy.com, kaheel7.com, knowledge0world.blogspot.com, onedream.com.my

Inilah puncanya kenapa kaum Cina di Malaysia susah nak masuk islam. Pemuda Cina ini telah membongkarkan serba sedikit mengenainya

Eh Jun Guang atau Adam Kelvin adalah antara individu Cina Muslim yang menetap di Malaysia. Beliau menetap di Selangor dan sudah pun berkahwin dengan wanita melayu pilihan hati beliau yang bernama Nurul Shifa’ Binti Kamardin dan alhamdulillah, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Eh Soon Cong.



Kini, kalau tak salah admin, sekarang beliau dan isteri sedang bergiat aktif dalam menjayakan projek tuisyen khas beliau bernama My Creative Home Tuition. Beliau memberi khidmat kepada pelajar-pelajar secara khusus untuk mendalami subjek matematik dan matematik tambahan manakala isterinya pula mengajar bahasa melayu.


Baru-baru ini, beliau menulis di dalam akaun facebook beliau bernama Adam Kelvin dan menyatakan bahawa antara punca yang menyebabkan kaum Cina di Malaysia rasa susah atau takut nak masuk islam adalah kerana nama cina mereka akan hilang!

Walaupun telah tersebar di kalangan kaum cina di Malaysia bahawa apabila seseorang cina masuk islam maka nama mereka boleh kekal 100%, dan boleh menamakan bayi mereka dengan nama cina tanpa perlu ada perkataan ‘bin’, mereka tetap tidak mempercayainya juga!

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan mereka juga amat takut dan menganggap bahawa budaya mereka juga terpaksa dikuburkan.

Berikut adalah penerangan Encik Adam Kelvin berkenaan dengan apa yang disebutkan di atas.

“Ya ke? Mustahil la! Aku Tak percaya benda ni! Lepas tu anak macam mana pula??”

Ayat tu yang dibalas oleh keluarga saya, saudara mara, dan juga kawan-kawan saya yang bukan islam, mereka tak percaya masuk islam boleh kekal nama 100%, tanpa pertukaran nama atau penambahan nama. Dan nama anak saya juga boleh ikut style cina tanpa ada “bin”. Lepas mereka tengok dua gambar ini terkejut beruk! baru mereka percaya! 

Bukan setakat nama boleh kekal, budaya cina pun boleh kekal selagi tak bercanggah dengan syariat islam, ada di kalangan kawan saya, selepas dengar penerangan saya tentang “nama” dan “budaya” selepas masuk islam, mereka hanya jawab “ooo, kalau macam ni, senang lah nak masuk islam!”

“Mudahkanlah setiap urusan & janganlah kalian mempersulitnya, buatlah mereka tenang & jangan membuat mereka lari”

[HR. Bukhari No.5660].

Di bawah ini adalah bukti bahawa nama beliau kekal, malah beliau boleh menamakan anak beliau dengan nama cina.


===============================

Kisah menarik beliau di kedai jam tangan


Semasa saya beli jam tangan…..

owner kedai, Mr. Lim. tanya saya……

(dialog dalam bahasa cina, tapi saya translate BM la) 

Lim: you kahwin melayu, so terpaksa masuk islam?

Saya: tak ada lah, saya dah masuk islam 10 tahun yang lalu, kahwin baru 4 tahun. 🙂

Lim.: (muka terkejut), you kenapa masuk agama melayu? before ni, you agama apa? 

Saya: saya buat kajian. sebelum ni saya agama kristian.

Lim: kenapa kristian tak baik ke? bukan semua agama ajar baik ke? kenapa nak masuk agama melayu?

Saya: betul, semua agama ajar buat baik, tapi saya buat kajian untuk cari “kebenaran”. so pada pendapat saya, Islam benar, sebab saya percaya di alam ni cuma ada 1 Tuhan sahaja. 

Tapi, pada masa yang sama, Islam ajar kita respect agama orang lain. 🙂 

Then, saya bukan masuk melayu, saya masih boleh kekal budaya cina saya. Islam semua bangsa ada, di China, bilangan cina muslim sahaja sudah lebih daripada penduduk malaysia. Di US pun ada muslim.

Lim: ooo, ya ke? saya tak tau pun di China banyak muslim. ya ke boleh kekal budaya? you khawin bukan terpaksa pakai baju melayu ke?

Saya: boleh buka google cari “bilangan china muslim”. 

Mana ada? (tunjuk gambar kahwin saya) saya kahwin pakai baju shamfu mah. (shamfu untuk male, cheongsam untuk female) 

Lim:(terdiam sekejap), hmmm… tapi bukan you wajib tukar nama ke?

Saya: (tunjuk IC saya), tak ada lah, saya boleh kekal nama saya 100%, tak perlu tambah nama atau tukar nama pun, then nama saya kt lesen kereta, bank dan sebagainya pun tak perlu tukar sebab saya tak tukar nama IC saya. nama saya Eh Jun Guang, saya pun baru dapat 1 anak, nama dia dalam surat beranak, Eh Soon Cong.

Lim: (muka terkejut sekali lagi). oic…… kalau macam ni, senang nak masuk islam. tak ada la jadi isu besar. 

Saya: memang senang, cuma percaya Tuhan itu hanya 1 sahaja, then lepas tu cuma lafaz: “I believe there is no god but Allah, and the Prophet Muhammad is the messenger of Allah.” 🙂

Lim: tapi kenapa nama tuhan “Allah”, macam nama melayu.

Saya: ooo… bukan, “Allah” adalah bahasa Arab, dalam tulisan Arab, perkataan “Allah” datang daripada 

huruf “Al” maksud “The” & 

huruf “elah” maksud tuhan.

so bila combine semua huruf akan jadi “Allah”. 

So “Allah” means that “The Only One (God) to be Worshipped”. Di negara Arab, orang Christian guna “Allah” dalam kitab Bible mereka.

Lim: oic… saya rasa you bukan sahaja boleh jadi Maths Tutor, tapi you boleh jadi Islam Tutor yang ajar Islam. Banyak ilmu you tentang Islam.

Saya: Tak ada lah, saya tak layak jadi ustaz, banyak ilmu Islam lagi saya perlu belajar. Saya punya specialise dalam Maths & Add Maths sahaja. 🙂

Lim: haha. so nanti you boleh ajar anak saya Add Maths lah, tahun ni dia SPM.

Saya: haha, ok, boleh 🙂

Lim: Saya bagi special discount untuk jam tangan ni sebab banyak info yang saya dapat hari ni dari you. 🙂

Gambar dan kisah-kisah ini diambil dari akaun facebook peribadi beliau bernama Adam Kelvin

Penerangan Kenapa Nabi Harun AS kelahirannya tidak diancam bunuh sedangkan Adiknya Nabi Musa AS diancam Bunuh

Sepanjang anda menonton kisah Nabi Musa AS di page Kun Anta setiap Isnin dan Khamis, sehingga kini sudah memasuki episod 11. Sudah pasti sedikit sebanyak anda mengetahui kisah kelahiran Firaun dan kelahiran dua Utusan Allah iaitu Nabi Allah Musa AS dan Nabi Allah Harun AS.
Walaupun cerita tersebut dalam bahasa Arab tetapi ia bukan halangan buat anda untuk menghayati kisah ini, semoga pengembaraan anda dalam lipatan sejarah nabi-nabi menguatkan anda dalam Islam dan membantu anda dalam memahami agama ini sendiri. InsyaAllah.

Bila Firaun Mengarahkan Pembunuhan Bayi Bani Israel?

Firaun mula mengarahkan untuk membunuh seluruh anak-anak lelaki yang baru dilahirkan daripada kalangan Bani Israel sejurus selepas dia bermimpi dengan sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan.

Tukang tilik menafsirkan mimpi akan kelahiran bayi lelaki dari Bani Israel yang akan mengganggu gugat kerajaan Firaun. Lantas dia mengarahkan penyembelihan bayi-bayi lelaki daripada Bani Israel.
Dan semua sedia maklum bahawa Nabi Harun AS merupakan abang kepada Nabi Musa AS. Beza umur mereka tidak jauh hanya dipisahkan beberapa tahun sahaja. Arahan pembunuhan telah diarahkan sebelum kelahiran Nabi Harun AS lagi.

Ini bermakna sebelum kelahiran Nabi Harun AS telah ramai bayi lelaki telah dibunuh oleh Firaun yang zalim. Setiap wanita Bani Israel yang sedang melahirkan anak akan dipantau oleh tenteranya, sekiranya bayi perempuan maka bergembiralah Bani Israel kerana anak itu tidak dibunuh.

Akan tetapi, jika bayi lelaki yang dilahirkan pastilah tentera itu akan membunuhnya maka bersedihlah keseluruhan keluarga itu atas apa yang berlaku.

Apa sebabnya Nabi Harun AS tidak diancam bunuh?

Setelah banyak bayi lelaki yang tidak berdosa dibunuh, sistem kemasyarakatan tidak menjadi seperti sebelum ini. Apa sistem kemasyarakatan sebelum ini? Bani Israel berkurangan tiada pemuda-pemuda baru yang akan menyambung kerja-kerja golongan terdahulu sebagai buruh kasar.

Buruh kasar yang membangunkan bangunan-bangunan piramid dan sebagainya adalah daripada kalangan Bani Israel. Sedangkan orang Qibti atau penduduk asal Mesir mereka bukanlah masyarakat yang menjadi buruh kasar.

Sistem kemasyarakatan menjadi tidak seimbang malah kerja-kerja berat tidak akan dilakukan oleh orang-orang Qibti. Mereka golongan bangsawan, golongan yang menjadi pembesar-pembesar di Istana Firaun.

Maka penduduk Qibti mengajukan keperihatinan mereka atas hal ini. Bani Israel makin mengecil bagaimana kerja-kerja pembangunan hendak dijalankan tanpa mereka. Penduduk Qibti masih berharap dan bergantung kepada kepakaran mereka untuk menjalankan kerja-kerja berat ini.

Aduan ini disampaikan kepada  Firaun. Dia mengambil serius akan hal ini dan dia mula teragak-agak antara kepentingan negara dan kepentingan diri. Antara keresahan daripada mimpo dengan keresahan masa depan negara. Mana yang menjadi prioriti?

Maka Firaun telah membuat satu dasar baru yang mengambil kira kepentingan diri dan negara yang akan diguna pakai dalam sistem pentadbirannya.

Dia menitahkan bahawa pembunuhan dan penyembelihan mesti dibuat pada tahun itu, dan tahun depan tiada pembunuhan dan tahun selepas itu pula ada penyembelihan sehingga berterusan. Perkara ini dibuat secara selang seli.

Ada tahun yang tiada dan ada tahun yang ada pembunuhan bayi lelaki. Cadangan itu dianggap bernas dan bijak oleh penduduk Qibti bagi menyelamatkan sistem kemasyarakatan di Mesir.

Dengan izin Allah SWT kelahiran Nabi Harun AS adalah pada tahun yang tiada penyembelihan bayi lelaki berlaku sedangkan kelahiran Nabi Musa AS jatun pada tahun yang pembunuhan dan penyembelihan dikuatkuasakan pada tahun tersebut.

Itulah sebab kelahiran Nabi Harun AS tidak diancam dengan pembunuhan dan ibu Nabi Musa AS menyambut kelahiran Nabi Harun dengan perasaan yang menenangkan dan tiada kegelisahan.

Rujukan: Qasasul Anbiya’ Fi Al-Quran Al-Karim oleh Taufiq Yusuf Al-Wa’ie

Kisah mimpi ngeri Firaun yang membuatkan beliau tidak boleh tidur

Dikisahkan bahawa Firaun suatu waktu telah bermimpi sesuatu yang menakutkan dan membuatkannya hilang akal serta resah gelisah.

Mimpi itu seolah-olah memberi suatu petunjuk dan gambaran yang menakutkan sehingga dia terpaksa memanggil orang yang berkemahiran untuk menafsirkan mimpi.

Mimpi Firaun Suatu Tanda Kebesaran Allah

Allah SWT telah merencanakan sesuatu yang besar yang akan berlaku pada zaman pemerintahan Firaun, iaitu perutusan seorang Nabi merangkap juga seorang rasul agung akan diutuskan.

Tetapi perutusan Rasul tersebut bukan datang dengan cara yang mudah, ia datang dengan penuh ancaman dan dugaan. Kenapa mimpi Firaun sebagai suatu tanda kebesaran Allah?

Daripada mimpi tersebut, Firaun telah merencanakan suatu yang menguji keimanan Bani Israel dan ia merupakan proses didikan daripada Allah SWT ke atas Bani Israel.

Apa rencana Firaun daripada mimpi tersebut?

Dia mengerahkan seluruh jentera kerajaannya untuk membunuh semua anak lelaki daripada Bani Israel hasil tafsiran mimpi. Selanjutnya kita akan melihat tanda kebesaran Allah bagaimana DIA merencanakan sesuatu yang besar menyelamatkan Nabi Musa AS yang akan lahir daripada dibunuh.

Maka dapatlah dikatakan bahawa apa yang dimimpikan oleh Firaun bukanlah sesuatu yang biasa tetapi adalah perencanaan Allah dan menunjukkan kebesaran serta kekuasaan Allah yang boleh melakukan apa sahaja yang DIA kehendaki. Dan tiada siapa yang dapat menandingi perencanaan Allah SWT.


Mimpi apa Yang Membuatkan Firaun Bertindak Sedemikian?

Dia bermimpi sesuatu yang menakutkan, apa mimpinya? Dia melihat api yang besar marak datang daripada Baitul Maqdis di Palestin,  api itu semakin marak sehingga ia sampai di bumi Mesir. Api itu membakar seluruh harta benda, rumah-rumah, bangunan-bangunan dan lain-lain.

Tetapi dalam mimpi itu, Firaun melihat bahawa api yang marak yang datang daripada Baitul Maqdis tersebut tidak menyentuh dan membakar Bani Israel di Mesir malah ia meninggalkan mereka begitu sahaja setelah api membakar seluruh harta benda daripada Baitul Maqdis sehingga bumi Mesir.

Mimpi yang penuh ngeri dan tragis ini telah menghantui Firaun, sehingga ia memanggilkan tukan tilik untuk menafsirkan mimpinya. Dan tukang tilik telah menafsirkan sesuatu yang memeranjatkan Firaun sehingga dia telah membuat kerosakkan di muka bumi dengan membunuh bayi yang tidak berdosa.

Tukan tilik mengkhabarkan bahawa akan lahir daripada Bani Israel seorang budak yang akan menjadi sebab kecelakaan kepada penduduk Mesir, pemerintahan Firaun akan hilang disebabkannya serta akan membuatkan kaum daripada kalangan Firaun akn dikeluarkan daripada negara ini.

Maka tumpahlah darah bayi-bayi lelaki daripada Bani Israel yang tercatat dalam lipatan sejarah. Tetapi peristiwa ini menunjukkan kebesaran Allah dan rencana Allah sentiasa menang dan menandingin rencana manusia yang teramat lemah.

Rujukan: Qasasu Al-Anbiya’ fi Al-Quran Al-Karim oleh Taufiq Yusuf Al-Wa’ie

=============================
3 sebab utama mengapa jumlah tontonan video kisah nabi Luth ini mencecah 3 milion hanya dalam beberapa hari sahaja


Kisah al-quran merupakan kisah yang terbaik berbanding kisah-kisah lain. Mengapa tidak? Allah telah pun menyatakannya di dalam al-quran bahawa ia merupakan sebaik-baik kisah.

Firman Allah :

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya” (Yusuf : 3)”

Jadi, bila al-quran pun telah mengakuinya bahawa ia adalah kisah yang terbaik, siapalah kita untuk menafikannya?

Berkenaan dengan video tersebut yang telah tersebar luas melalui Facebook Page Kun Anta sebelum ini, ia merupakan kayu ukur bahawa kisah al-quran adalah sebaik-baik kisah di muka bumi ini dan tidak cukup sekadar itu sahaja, ia juga perlu disebar luaskan lagi kerana mesej dalam video tersebut bukannya mesej yang biasa.

Antara perkara terpenting yang menyebabkan video tersebut tersebar luas adalah :

Pertama

Dipaparkan sebagai video animasi

Tidak dinafikan bahawa Rancangan Upin & Ipin tersebar luas adalah kerana ianya diceritakan dalam bentuk animasi. Antara tujuan utama video Upin & Ipin dihasilkan adalah kerana ingin mendedahkan serta mengekalkan tradisi melayu dahulu kala yang kini sudah kian pupus.

Jadi, lebih penting dari itu, video animasi kisah nabi ini dianimasikan adalah untuk memberi pengajaran al-quran yang kini telah diabaikan orang islam bahkan mereka lebih menyanjung rancangan-rancangan yang merosakkan akal dan iman mereka.

Persoalannya, adakah kita hanya mahu bergantung kepada video animasi kisah nabi untuk kita balik kepada al-quran? Renung-renungkan.

Kedua

Menepati isu semasa

Semua kisah yang terkandung di dalam al-quran tidak kering pengajarannya sehingga ke hari kiamat walaupun kisah-kisah tersebut adalah kisah yang sama. Ini merupakan satu kehebatan al-quran. Kisah yang terkandung di dalam al-quran, bilangannya boleh dikatakan sedikit sahaja tetapi ia mampu memberi pengajaran kepada semua perkara yang berlaku. Sebagai contoh isu LGBT. Isu ini walaupun ianya sebagai isu baru, tetapi bila diteliti semula, ia bukanlah isu yang baru bahkan telah pun berlaku sebelum kedatangan nabi Muhammad lagi. Jadi, itulah kehebatan al-quran yang mampu mengumpulkan pelbagai isu yang telah berlaku hanya dalam satu kisah sahaja. Itu belum lagi dikira kisah-kisah lain seperti Raja Firaun, Raja Numrud dan seumpamanya yang berkaitan dengan kerajaan yang zalim ketika itu.

Ketiga

Ia adalah kisah dari al-quran

Kisah di dalam al-quran memang tidak dinafikan lagi kehebatan jalan penceritaanya yang dipenuhi dengan pengajaran yang bermakna. Ramai yang membelakangi al-quran dan mengambil cerita-cerita yang dihasilkan oleh orang bukan islam sebagai pengajaran dalam hidup, akibatnya diri mereka terbentuk mengikut neraca yang dirancang oleh orang bukan islam. Semuanya memang tidak boleh dikawal kerana mereka menguasai dunia. Jadi, sekurang-kurangnya, dengan wujudnya kisah sebegini, dapatlah kita mendekati al-quran dengan cara yang lebih mudah untuk menjadi pedoman hidup kita.

Banyak lagi sebab kenapa kisah sebegini cepat tersebar dan mungkin kita boleh menjangkakannya sendiri. Wallahua’lam.

Saksikan video tersebut untuk menghayati pengajaran dari al-quran :

Video : ”Wahai orang-orang islam! Bangunlah daripada tidur kalian!” Adik daripada Ukraine ni menegur umat islam yang sedang leka serta mengajak mereka membaca al-quran

Memiliki anak yang soleh dan solehah adalah hasrat semua ibubapa yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Namun, hasrat ini pasti akan tercapai jika ibu-ibu dan bapa-bapa berusaha dan bersungguh-sungguh untuk mendidik anak mereka semenjak dari dalam kandungan lagi.

Mungkin pengajaran di  dalam kandungan kita rasakan ianya kurang praktikal, tetapi percayalah ia juga mampu memberi kesan kepada kandungan tersebut. Ketika di dalam kandungan lagi, ibubapa disarankan untuk memperbanyakkan membaca al-quran agar anak di alam kandungan dapat mendengarnya.

Mungkin sebahagian daripada kita merasakan ianya tidak logik. Tidak mengapa! Jika ada di kalangan kita yang merasakan ianya tidak logik amalkanlah bacaan al-quran kerana inginkan keberkatan. Moga-moga dengan keberkatan yang digesakan dapat melahirkan juga anak yang mencintai al-quran apabila anak tersebut lahir nanti.

Apabila mereka lahir, maka bermulalah era pembelajaran yang lebih realiti. Apa yang anak-anak dengar dan lihat di usia kecilnya, maka ianya akan meresap ke dalam memori anak tersebut.

Bayangkan jika semenjak usia kecil lagi mereka mendengar ibubapa mereka membaca al-quran setiap hari, cuba bayangkan apabila mereka membesar nanti. Mereka akan membesar dengan alunan suci tersebut! Apa yang menyedihkan, anak-anak kecil pada zaman sekarang sering mendengar dan melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti nyanyian-nyanyian yang melalaikan dan video-video yang tidak sepatutnya yang telah ditayangkan di televisyen bagi usia kanak-kanak tersebut. Ia nyata memang akan merosakkan mereka! Tambahan pula mereka berhadapan dengan SYAITAN KONTEMPORARI pada hari ini iaitu Gadget! Ia sememangnya bala yang lebih besar lagi.

Disebutkan dalam kitab Fiqh Al-Awlawiyat yang dikarang oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi :

Suatu hari, Rasulullah S.A.W pernah bersabda di hadapan sahabat-sahabat baginda. Mafhum daripada hadis tersebut berbunyi :

”Akan datang pada zaman kalian, satu amalan pada zaman tersebut sama seperti 50 orang lelaki”

Lalu para sahabat bertanya baginda S.A.W :

”Adakah 50 lelaki yang engkau maksudkan itu adalah di kalangan mereka ya Rasulullah?”

Lalu baginda S.A.W membalas :

”Tidak! Bahkan 50 orang dari kalangan kamu”

Allahuakbar! Melipat-ganda ganjaran yang dijanjikan oleh nabi kita Rasulullah S.A.W! Ini kerana ia telah dinyatakan dalam hadis baginda S.A.W yang mafhumnya berbunyi :

”Beriabadah ketika ‘Haraj‘ umpama berhijrah kepada diriku”

Haraj‘ yang dimaksudkan adalah zaman fitnah.

Semoga Allah membantu usaha kita di dalam mendidik anak-anak dan semoga Allah memperkenankan doa kita supaya anak tersebut menjadi anak yang soleh dan mencintai al-quran.

Di bawah ini adalah anak contoh yang perlu diteladani oleh kita semua agar anak-anak kita mencintai al-quran dan bahasa arab.

Adik ini adalah kacukan Ukraine dan arab Morocco. Namanya adalah Hasana’ Leena. Dia tidak boleh bertutur bahasa arab, namun dia cuba untuk bertutur juga.

Cuba lihat bagaimana adik ini bertutur bahasa arab dan membaca al-quran. Cara dia bertutur sangat menggelikan hati kita semua dan pasti akan membuatkan kita tersenyum sendirian.

Pada mulanya, adik ini bercakap dalam bahasa arab :

Terjemahannya boleh tengok di bawah video tersebut :

”Assalamualaikum warahmatullah! Saya Leena. Umur saya 10 tahun, berasal daripada Ukraine”

Kemudian dia bercakap bahasa dia kot.

”Wahai orang-orang islam! Bangunlah daripada ‘tidur’ kalian!

Pastu dia cakap apa ntah..

Kemudian dia baca surah al-kafirun sampai habis..

Di bawah ini video dia yang lain pula. Yang kedua ni lagi comel dan menggelikan hati kita..

Video ini diambil dari facebook page SawtElGhad

Kelebihan Berpuasa pada 10 Muharram

Bulan Muharram merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ di dalam Islam.
Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati” (At-Taubah:9)

Berkata ahli tafsir empat bulan tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Ia dinamakan dengan bulan Haram kerana umat Islam dilarang untuk berperang pada bulan-bulan ini kecuali jika mereka diperangi.

Antara kemuliaan yang terdapat dalam bulan-bulan ini adalah berpuasa sebagaimana hadith nabi s.a.w:

أفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ: شَهْرُ الله المُحَرَّمُ، وَأفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعدَ الفَرِيضَةِ: صَلاَةُ اللَّيْلِ»

Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Puasa yang paling baik selepas bulan ramadhan adalah berpuasa di dalam bulan-bulan haram, dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat malam. (HR Muslim)

Di samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 10 Muharram atau disebut sebagai hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh. Bahkan puasa sunat pada hari ‘Asyura ini telahpun mendahului puasa bulan Ramadhan dari segi pensyariatannnya dan juga perlaksanaannya.

“Rasulullah s.a.w telah memerintahkan untuk berpuasa pada hari A’syura sebelum diwajibkan puasa Ramadhan. Tatkala diwajibkan berpuasa Ramadhan maka diberi kelonggaran untuk sesiapa sahaja untuk berbuka atau berpuasa pada hari tersebut (A’syura)” (HR Muslim)

 GANJARAN BERPUASA PADA HARI ‘ASYURA

Ganjaran berpuasa ’asyura disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w daripada Abi Qatadah r.a:

سُئِلَ عَنْ صِيامِ يَوْمِ عَاشُوراءَ، فَقَالَ: «يُكَفِّرُ السَّنَةَ المَاضِيَةَ». رواه مسلم.

“Rasulullah ditanyakan tentang puasa hari kesepuluh (Muharram), lalu baginda menjawab: Diampunkan dosa tahun sebelumnya.” (HR Muslim)”

SUNAT BERPUASA JUGA PADA HARI 9 MUHARRAM (TASUA’)

Ibnu Abbas berkata : Apabila Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah s.a.w. berkata,

لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

“Pada tahun hadapan – jika aku masih hidup- kita berpuasa pada hari kesembilan.” (HR Muslim)

Namun baginda telahpun wafat terdahulu sebelum sempat untuk sampai pada tahun seterusnya. Pun demikian kita masih digalakkan untuk berpuasa satu hari sebelum hari ‘Ayura iaitu pada hari ke 9 Muharram (tasu’a) sebagai tanda membezakan dengan kaum Yahudi yang turut berpuasa pada hari tersebut.

PELUANG KEAMPUNAN

Umur kita zaman ini tidak sepanjang umur umat terdahulu yang hidup beratus tahun. Justeru, masa beribadah dan bertaubat dari dosa buat kita juga singkat. Oleh sebab itu, seharusnya kita sebagai pendosa perlu memanfaatkan peluang keampunan ini sebaiknya. Moga dengan keampunan Allah membuatkan kita lebih dekat kepada-Nya.