Select Your Favourite
Category And Start Learning.

Bagaimana Islam Mengajar Kita Menghadapi Wabak?

4 cara menghadapi wabak menurut kaca mata Islam. Ia telah diamalkan oleh para salafuna soleh RA.

#1 Menjaga Kebersihan Diri

Dalam Islam menjaga kebersihan diri daripada najis dan kotoran adalah suatu yang WAJIB. Dalam banyak kitab fekah, bab pertama selalunya adalah berkaitan toharoh (penyucian).

Islam juga mengajar umatnya untuk membezakan penggunaan tangan kanan dan tangan kiri. Tangan kanan lazimnya digunakan untuk makan atau melakukan perkara-perkara yang mulia, manakala tangan kiri digunakan untuk bersuci atau menghilangkan najis.

Wajib berwudhuk setiap kali ingin mengerjakan solat. Malah Islam mengajarkan kita berkaitan mandi seperti mandi wajib dan sebagainya. Sedangkan tamadun lain pada zaman dahulu, mandi adalah suatu yang janggal dan pelik.

#2 Menjaga Pemakanan

Memastikan makanan yang dijamah bukan sahaja halal malahan ia sepatutnya toyyiban (baik, bersih dan menyihatkan).

“Dan makanlah dari rezeki yang diberikan Allah kepada kamu dari yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahajalah kamu beriman” (Al-Ma’idah:88)

“Maka hendaklah manusia itu sentiasa pada makanannya” (‘Abasa:24)

Sebaiknya juga diamalkan pemakanan yang dipanggil sebagai Quranic Food, seperti anggur, minyak zaitun, buah teen dan lain-lain lagi. Tiadalah ia disebut dalam Al-Quran secara sia-sia.

#3 Membina Kekuatan

Membina kekuatan fizikal adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Selain membina kekuatan fizikal luaran, amat penting untuk kita membina daya ketahanan tubuh dari dalam.

Sistem imuniti dan antibodi yang lemah memungkinkan kita terdedah kepada kepada jangkitan. Memudahkan kita dijangkiti bakteria, kuman dan virus.

Makanlah makanan yang mempunyai nilai immunonutrien seperti lemak asid, glutamin, antioksidan dan lain-lain lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah” (Hadis riwayat Muslim).

#4 Mengasingkan Diri Ketika Wabak

Islam mengajarkan kita untuk mencegah dan melindungi diri daripada kemudharatan. Malah jangan pula memudharatkan orang lain.

“… dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…” (Al-Baqarah:195)

Kuarantin menurut Islam bukan sahaja mengasingkan diri daripada orang dan kawasan yang dijangkiti tetapi ia juga larangan untuk keluar dan masuk ke kawasan tersebut.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu mendengar tentang wabak Ta’un di suatu kawasan, maka janganlah kamu memasukinya dan apabila kamu sendiri tinggal di kawasan yang berlakunya penyebaran wabak Ta’un maka janganlah kamu keluar daripadanya” (Hadis riwayat Bukhari)

sumber: https://www.facebook.com/aafiyatlifestyle/

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.