Menggengam Ijazah Taqwa

21333_524779074255334_1502507208_n

Kredit Gambar: Langitilahi.com

Selama lebih sebelas tahun kita mengerah tenaga, membanting tulang untuk melayakkan kita memasuki ke alam university. Bermula dari sekolah rendah selama 6 tahun diteruskan lagi dengan sekolah menengah 5 tahun berikutnya. Segala daya sudah tentu dicurahkan agar hasilnya juga turut menggembirakan.

Begitu hal sepatutnya dengan ramadhan yang telah tiba. Seharusnya kita sebagai hamba pendosa melihat ia merupakan rahmat dari Yang Maha Esa. Sebelas bulan telah berlalu. Sepatutnya kita diulik rindu kerana ramadhan merupakan musim untuk kita beriman. Bukan beerti, beriman dalam musim tertentu, tetapi ia adalah suatu tempoh masa persediaan dalam menjalani realiti kehidupan mendatang.

Jika ramadhan dianggap seperti musim bunga maka ia mekar dengan pahala. Jika diibaratkan musim luruh maka ia adalah daun-daun dosa yang bakal gugur. Jika diibaratkan musim sejuk maka ia dingin dari segala kemaksiatan. Jika diibaratkan musim panas, maka ia bahang pembakar dosa dan semangat untuk beramal pada-Nya.

Ramadhan tiba seperti biasa. Tetapi cara kita menyambut ramadhan itu yang menjadikan ia berbeza. Jika dengan persiapan yang terperinci dari sudut ibadah, fizikal, mental dan rohani yang telah kita bina, maka dengan izin-Nya, ramadhan yang sedang dilalui tidak akan berlalu dengan sia-sia. Berlainan pula jika kita membatu diri diam tiada persediaan maka ia tidak ubah seperti yang sebelumnya.

 

Definisi Taqwa

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah:183)

Allah menjanjikan hadaf daripada berpuasa yang diwajibkan dalam bulan ramadhan itu adalah ketaqwaan seperti yang dirakamkan dalam ayat di atas. Kita bisa berbangga di dunia memperoleh pelbagai anugerah di dunia. Pelajar cemerlang, pekerja terbilang dan pelbagai lagi. Walhal ia tidak membawa erti jika tiada kaitan hubungan dengan Allah. Berbeza dengan anugerah taqwa yang mana sudah tentunya melayakkan kita untuk mengecapi syurga. Sebab itu Allah menjadikan asas perbezaan antara manusia bukan dengan pangkat, harta dan paras rupa tetapi mereka yang paling bertaqwa.

Allah s.w.t berfirman:

 Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). (al-Hujurat:13)

 

Begitu adilnya Allah. Apapun kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri manusia ia tidak menyebabkan manusia itu terhina, tetapi mereka yang cuba menjauhkan diri dari rahmat Allah dengan tidak bersungguh mengejar janji-Nya melalui darjat taqwa maka dia sebenarnya menuju ke gerbang binasa.

Pelbagai definisi yang disebutkan oleh ulama’ dalam menggambarkan maksud taqwa yang mana perbezaan ini sebenarnya memberi manfaat yang sangat besar pada diri kita dek kerana ia seolah-olah menjadikan setiap sisi kehidupan adalah mendorong manusia ke arah ketaqwaan selagi mana ada usaha yang berterusan.

Antaranya seperti yang disebutkan oleh Saiyyidina Ali r.a dalam mengertikan taqwa iaitu sebagai rasa takut kepada Allah s.w.t, beramal dengan al-Quran dan sunnah rasul-Nya, hidup dalam dalam keadaan besederhana, dan bersedia menghadapi hari kemudiaannya(akhirat). Definisi ini boleh dikupas dengan lebih mendalam untuk sama-sama kita praktikkan dalam kehidupan.

 

  1. Rasa takut kepada Allah

Manusia secara spesifiknya orang beriman akan mudah rasa takut dengan Allah taala. Ini kerana sifat takut itu lahir dek kerana mengingatkan azab-Nya atau bimbang kita akan jauh dari rahmat Yang Esa. Padahal dengan kedua perkara ini sebenarnya melayakkan kita memperoleh syurga. Hal ini disebabkan melalui rasa takut inilah manusia berusaha meninggalkan apa sahaja yang dilarang dan bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang diperintahkan

Malangnya manusia itu mudah lupa hatta bagi kaum lelaki yang mana saban Jumaat diulang-ulang nasihat menyeru kita supaya bertaqwa, namun sejauhmana ia sampai ke dalam jiwa kita dan melahirkan rasa takut yang berbekas dalam setiap perbuatan kita? Justeru, suka untuk dinukilkan ayat tersebut sebagai peringatan bersama agar kita menjadikan ia tujuan dan matlamat utama dalam kehidupan baik di dunia atau akhirat kerana mati dengannya adalah satu kemuliaan.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (Ali-Imran:102)

 

  1. Beramalkan dengan al-Quran dan rasul-Nya.

Kehidupan manusia tidak lari dari ujian tidak lari dari gangguan. Kadang-kadang musibah-musibah ini membawa jauh dengan tuhan. Namun hakikatnya manusia itu boleh diselamatkan selagi mana dia betul-betul menggenggam erat pada sumber wahyu manusia sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:

Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu berpeguh teguh pada keduanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya. (Muwatta’:1678)

Itulah janji Allah yang melalui lisan baginda s.a.w kepada kita. Menariknya hadis ini tidak memberi tahu kepada kita sekadar membaca dan bertadabbur tetapi menggesa kita untuk berpegang teguh padanya yang merangkumi pembacaan, tadabbur, mengamalkan juga berusaha menyebarkannya. Moga-moga dengan usaha kita itu akan tumbuh bibit taqwa dalam jiwa kita dan menjadi asbab mendapat rahmat-Nya.

Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (al-An’am:155)

 

  1. Hidup dalam keadaan besederhana (qana’ah)

Dengan ketaqwaan ia juga membentuk sifat sensitive dalam jiwa insan. Peka terhadap keadaan sekeliling isu semasa berkaitan kemanusian tanpa melupakan isu kenegaraan. Melalui sikap rendah hati ini akan mendidik manusia agar bersikap sederhana. Bukan bererti sederhana kita tinggalkan dunia tetapi sederhana yang membawa kita dari memandang kesempitan dunia dalam setiap perkara kepada keluasan dunia dan akhirat dalam setiap amalan.

  1. Bersedia menghadapi hari kemudian

Hakikat kesudahan bagi setiap insan hanya terdapat dua pilihan sama ada syurga yang penuh kenikmatan atau neraka yang amat menyeksakan. Sudah tentu bagi orang beriman syurga menjadi pilihan. Tetapi jalan menuju alam sana itu memerlukan persediaan sebagaimana persediaan kita dalam perkara dunia seperti peperiksaan dan sebagainya lebih lagilah dalam urusan akhirat yang mana kita akan kekal di sana untuk selamanya.

Justeru itu mereka yang memandang dunia ini hanya tempat permusafiran maka dia memandang bahawa akhirat itu matlamat utama, maka dia akan berusaha sebaiknya untuk membumikan cita-cita. Bagi mereka beranggapan kehidupan dunia ini sebagai pedagang maka dia akan berjalan merantau mencari keuntungan sebagai bekalan untuk hari kemudian. Oleh itu, mereka yang bijak adalah yang hidup di dunia tetapi melihat akhirat dalam amalnya kerana hakikat di sana penuh kenikmatan.

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Qasas:83)

10 Aktiviti Bermanfaat Ketika Musim Cuti Sekolah. Yang last sekali tu menarikk!!!

Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Persekolahan KPM

1. Bersukan

Pada usia muda, anak-anak perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang kesukanan. Selain itu, bersukan juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka dalam masa yang sama dapat mempelajari nilai-nilai yang tersembunyi dalam setiap permainan sukan. Contohnya, sukan memanah dapat melatih emosi dan fizikal anak-anak untuk menetapkan sasaran. Memanah juga mengajar mereka agar mampu mengawal emosi, bersabar, tenang dalam apa jua keadaan serta meningkatkan kesihatan dan ketajaman mental.

Sukan lain yang boleh diceburi oleh anak-anak seperti berkuda, berenang, bermain bola, tenis, badminton, futsal, bola baling dan sebagainya.Sukan berbentuk seni mempertahankan diri juga penting dalam menyediakan sistem pertahanan yang kukuh dalam diri anak-anak agar berani dan kuat menghadapi sebarang kemungkinan.

2. Menghadiri kelas bahasa

Mempersiapkan diri anak-anak dengan pelbagai kemahiran berbahasa akan memudahkan kehidupan mereka pada masa akan datang. Contohnya, anak-anak diberi penekanan untuk menguasai bahasa Inggeris baik dalam penulisan mahupun pertuturan kerana persaingan kerja yang mendesak untuk berhubung dengan orang luar.

Di samping itu, kemahiran menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab, Mandarin, dan sebagainya akan dapat meningkatkan keyakinan diri anak-anak dan memudahkan urusan berkomunikasi serta mereka mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, hantarlah anak-anak ke kelas bahasa yang berdekatan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

3. Melawat datuk dan nenek di kampung

Tidak dapat dinafikan suasana kehidupan di kampung amat berbeza dengan kehidupan di bandar. Di kampung, anak-anak boleh belajar untuk berdikari tanpa mengharapkan pertolongan ibu bapa untuk melakukan sesuatu. Contohnya, nak minum air kelapa perlu menggunakan usaha sendiri dan pemantauan orang dewasa untuk mendapatkannya dari pokok kelapa.

Selain itu, pelbagai aktiviti yang menyeronokan boleh dilakukan bersama keluarga  tersayang. Ketika berjauhan hanya telefon sahaja yang menghubungkan. Oleh itu, bawalah anak-anak pulang ke kampung dan melakukan aktiviti bersama datuk dan nenek seperti tolong membersihkan halaman rumah, memasak, berkebun, pergi dusun buah-buahan, bermain wau dan pelbagai lagi yang boleh dibuat bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

4. Melakukan kerja amal

Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Membawa anak-anak untuk menyertai persatuan kebajikan yang banyak melakukan aktiviti seperti memberi makanan kepada golongan gelandangan, membantu anak-anak yatim, menceriakan golongan OKU dan warga emas yang hidup di rumah orang tua. Golongan ini amat memerlukan semangat dan sokongan daripada masyarakat.

Oleh itu, ajaklah anak-anak melakukan kerja amal bagi mendedahkan kepada mereka bahawa kehidupan mereka lebih baik dan mereka perlu bersyukur dengan apa yang ada serta perlu ringan tulang dalam menghulurkan bantuan. Ini akan melahirkan anak-anak yang berjiwa masyarakat dan akan menabur bakti demi kesejahteraan ummah.

5. Melukis, membaca, membuat kraftangan

Bergantung kepada minat dan hobi anak-anak. Ibu bapa boleh meluangkan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti yang boleh merapatkan hubungan bersama anak-anak di samping mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.

Contohnya, membuat kraftangan. Ibu bapa hanya perlu melayari internet dan melihat cara membuat barangan kraftangan dan cuba membuatnya bersama anak-anak. Selain itu, boleh menerapkan amalan membaca di rumah atau membawa anak-anak ke perpustakaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

6. Melancong

Jika berkemampuan, bawalah anak-anak melancong di dalam atau luar negara agar dapat membuka minda mereka melihat dunia luar yang berbeza seperti melawat tempat-tempat bersejarah, taman tema, pusat perlancongan dan pelbagai tempat menarik yang belum dilawati.

Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak berkelah di air terjun, pantai atau tasik yang boleh mendekatkan anak-anak dengan alam semulajadi. Sudah pasti perbelanjaan tidak besar kerana tidak perlu tiket yang mahal untuk dibayar ketika mengunjungi tempat tersebut serta boleh membawa bekalan makanan dari rumah.

7. Ulangkaji pelajaran

Aktiviti ini adalah yang paling membosankan bagi anak-anak apabila tiba musim cuti sekolah. Tetapi masa yang ada perlu dimanfaankan sebaiknya terutama bagi anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun hadapan. Ulangkaji secara ringkas perlu dilakukan agar anak-anak tidak lupa apa yang telah mereka belajar. Buatlah jadual waktu belajar untuk anak-anak agar mereka mampu berdisiplin menguruskan diri ketika waktu lapang.

8. Belajar menggunakan teknologi

Kepesatan penggunaan teknologi pada zaman sekarang memerlukan anak-anak untuk mempunyai kemahiran menggunakan komputer. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas suntingan video, pembinaan laman web, grafik, fotografi sesuai dengan minat mereka kerana ini merupakan nilai tambah yang membawa kebaikan ketika mereka sudah dewasa untuk mendapat pekerjaan. Penggunaan teknologi juga akan melahirkan anak-anak yang kreatif menggunakan daya imaginasi yang tinggi.

9. Belajar berniaga

Perniagaan dapat mendidik anak-anak untuk mempunyai sifat jujur, sabar, amanah, bertanggungjawab dan berani menghadapi sebarang risiko. Anak-anak juga berpeluang mencari duit poket sendiri. Perkara yang paling penting, anak-anak perlulah sentiasa dipantau oleh ibu bapa dan orang yang lebih dewasa. Mereka boleh melakukan perniagaan yang ringan seperti menjual kerepek, air minuman, roti dan buah-buahan.

10. Menyertai kem al-Quran, Ibadah atau Motivasi

Berita baik untuk anda!! Program Kem Safari Al Quran anjuran Akademi Sinergi Ikhlas akan diadakan pada cuti sekolah pada Mac 2018. Ia bertujuan mendekatkan golongan remaja supaya menjadikan Al Quran sebagai panduan hidup.

Konsep utama yang menjadi ‘enjin’ kem ini adalah:

1) Big picture/Mapping Al Quran menurut susunan surah dan tema, supaya memudahkan peserta membuat rujukan berdasarkan tema yang sesuai dalam Al Quran.

2) Konsep tadabbur dan tazakkur Al Quran. Menanam mindset peserta, bahawa Al Quran yang kita miliki, bukan sekadar perlu dibaca, bahkan perlu diperhatikan dengan dalam mesejnya, dan diamalkan dalam kehidupan.

3) Konsep Solusi Kehidupan dalam Al Quran. Menjelaskan bahawa masalah yang kita hadapi dalam hidup, mampu diselesaikan dengan Al Quran.

Menariknya, 3 konsep yang cukup serius ini diolah dan cuba disampaikan dalam bentuk aktiviti-aktiviti dan permainan berbentuk :

-Jungle trekking
-Water Obstacle
-Explorace
-Running man
-Rally Robin
-Dan banyak lagi…..

Ayuh kita alami pengalaman meneroka alam dengan Al Quran, melalui pengisian yang cukup berimpak dan menarik sepanjang 3 hari 2 malam ini. Hanya dengan pelaburan bernilai Rm 390/pax atau mendapat diskaun Rm 350 jika berkumpulan (3 orang keatas).

Menarik bukan? Ayuh jangan sia-siakan peluang ini….

Bersama melangkah, membina generasi Al Quran.

Berminat? Apa yang perlu anda lakukan?

Hubungi sahaja Sufian: http://wasap.my/+60148447346/KemSafariQ

WhatsApp Image 2018-02-23 at 14.57.11

Artikel: UUM TV
Gambar: Panduanmalaysia.com

Perkaitan antara surah al-Kahfi dan Fitnah Dajjal yang membuatkan anda tertanya-tanya?

maxresdefault

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat :

i-   Pemuda gua – Fitnah aqidah/iman

ii-  Pemilik kebun – Fitnah harta

iii- Nabi Musa & Khidir – Fitnah ilmu

iv- Zulqarnain – Fitnah kekuasaan

4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti!

Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah – bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta – mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat
Fitnah ilmu – kena tawadhu’/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir

Fitnah kekuasaan – Kena tawadhu’ & ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan diri bahawa kekuasaannya dari Allah

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH!

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?
Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?
Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?

Rupa-rupanya utk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah.

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita & orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Aslih nafsak, wad’u ghairak!
Fitnah dajjal ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?
Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.
Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).
Kalaulah baca & amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah2 lain!

Maka marilah kita istiqamah & beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!
Hanya Allah maha mengetahui setiap sesuatu kejadian

*SURAH AL KAHFI*

 

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal.

Credit: Azwan UTM JB

………………………………………………………………………………………………………………….

“Anak saya ni nakal, tak dengar cakap”

“Anak saya tidak taat. Malas pula belajar”

Ibu ayah, jika kereta Toyota rosak kita tak bawa ke bengkel basikal. Pastinya akan bawa ke bengkel kereta.
Specific bengkel Toyota kalau sayang kereta.

Sebab ?
Toyota Penciptanya.

Kalau ada masalah anak, mahu bawa kepada siapa?
Kenapa tidak dikembalikan merujuk kepada Penciptanya ?

Pencipta beri manual Al-Quran untuk membentuk karektor anak.

Jom ibu ayah hebat..
Kami bantu bentuk karektor anak luar biasa dengan Kem Safari al-Quran.

Kem 3 hari 2 malam ini enshAllah membantu anak anda:

🐾 Tahu mapping al-Quran melalui tema dan sinopsis setiap 114 surah

📖 Tahu kemahiran tadabbur tazakkur al-Quran peringkat asas

🔍 Belajar merasai pengalaman mencari solusi kehidupan dalam al-Quran.

Menariknya, modul ini disampaikan dalam bentuk yang interaktif berteraskan wahyu melalui games dan aktiviti yang disediakan 😃

Anak anda pasti akan seronok belajar memahami al-Quran sambil bermain!

Faedah untuk ibubapa, enshAllah:

✅Hanya melakukan sedikit pelaburan, memberi impak berpanjangan yang berbaloi di akhirat.

✅Memasakkan kecintaan anak kepada al-Quran seterusnya membentuk karakter luar biasa berlandaskan al Quran.

Semoga dengan usaha ini melahirkan remaja yang soleh dan solehah, seronok dengan al-Quran dan pastinya menjadi saham kepada anda di akhirat kelak.

📲 Jika anda berminat untuk keterangan lanjut hubungi

Sufian: http://wasap.my/+60148447346/KemSafariQ

 

Ini sebabnya kenapa kita perlu berinteraksi dengan Al-Quran?

Kalau tidak berinteraksi dengan telefon bimbit dengan mengambil tahu kegunaanya, ia tidak memberi manfaat. Maka siapa yang rugi? Kita.

Kalau tidak berinteraksi dengan al-Quran, manfaat dan mesej-meseji tidak sampai kepada diri kita. Siapa  yang rugi? Kita.

Salah faham cara berinteraksi

Ada yang menganggap al-Quran hanya dibaca malam Jumaat.

Ada yang baca ketika susah sahaja.

Ada yang baca ketika dapat untung sahaja.

Sebenarnya al-Quran ialah cahaya kehidupan. Selagi perlukan cahaya untuk ke syurga, lampunya ialah al-Quran. Mana mungkin kita biarkan hidup ini berjalan tanpa cahaya. Ia seperti zombie.

Fungsi al-Quran

Apabila cara interaksinya betul bersama al-Quran, fungsi al-Quran dapat dikembalikan. Ia bukan sekadar di atas almari, atau dipertandingkan setahun sekali peringkat antarabangsa. Ia bukan sekadar dihafaz untuk mendapat title hafiz tetapi untuk benar-benar menjaga al-Quran pada setiap masa.

Fungsi al-Quran ini boleh disemak dalam ayat 2:185 dan 10:57 selain berpuluh-puluh ayat yang mengawali banyak surah dalam al-Quran.

Tragedi tidak berinteraksi

Apakah tragedi tidak berinteraksi dengan al-Quran?

  • Ramai yang baca al-Quran sejak 5 tahun, namun tidak faham-faham Surah Yasin sampai umur 70 tahun.
  • Ramai yang kata al-Quran tiada keraguan, padahal kitab inilah yang paling penuh keraguan di kalangan penganutnya.
  • Ada yang menggunakan al-Quran sebagai peluang untuk menyesatkan orang lain, kerana orang lain tidak tahu cara berinteraksi dengan al-Quran dan hanya serahkan kepada golongan ‘tertentu’ sahaja
  • al-Quran dianggap kitab ekslusif, padahal ia sudah dinobatkan sebagai hidayah kepada manusia. Fungsinya hanya terhenti pada orang tertentu sahaja.
  • Ramai menghabiskan banyak duit untuk program khatam atau musabaqah al-Quran, namun kesungguhan mendalami al-Quran ini tidak berapa nampak jelas. Paling kurang sanggup bergadai golok seperti mendapatkan sijil SPM atau ijazah kalaupun tidak sampai master atau PhD.
  • Pemimpin terus menggunakan akal, dan rakyat menggunakan akal dalam menyelesaikan masalah, padahal kedua-duanya ada al-Quran. Kalau salah satu pihak memanfaatkan al-Quran sebagai agenda kehidupan, ia pasti akan menukar lanskap negara kepada keberkatan yang luas.

Perubahan diri yang berkat

Apabila kita benar-benar berinteraksi dengan al-Quran, berkat akan menyusup dalam kehidupan kita. Keberkatan amat diperlukan – bersumberkan dari Pencipta dan tidak mampu diberikan oleh makhluk. Berkat ialah manfaat yang banyak – berbanding apa yang boleh diusahakan oleh fizikal, intelek dan emosi manusia. Keparahan yang berlaku sekarang hanya dapat diselesaikan dengan berkat – shortcut atas penyelesaian yang ada. Keparahan 50 atau 100 atau 200 tahun ini memerlukan ‘jalan singkat dari langit’ agar ia mampu untuk kembali aman dan tenteram.

Formula itu ada dalam al-Quran pada Surah al-A’raf

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (٩٦)

  1. Jikalau Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Apa yang akan berubah nanti dengan kembali pada al-Quran? Semua orang akan lurus intelek dan emosinya untuk mengikut perintah dari Ilahi. Ia akan menjemput berkat dari Ilahi. Jika kita tetap mendustakan keberkatan ayat dari Allah, ia akan memberi kerosakan kepada negeri, negara dan dunia.

Lantas perlu buat apa?

  • Kempen mengaji al-Quran perlu dihebatkan
  • Lebih ramai mengambil ‘ijazah’ atau ‘Master’ atau ‘PhD’ mendalami al-Quran tanpa semestinya perlu masuk ke universiti. Tetapi menggunakan masa yang cukup untuk mendalami kitab terbaik ini. Tidak pernah terlambat untuk mendalami kitab ini. Yang terlambat ialah bagi yang menyatakan ‘ini mustahil’ atau ‘nanti dulu’.
  • Rumah perlu diimarahkan dengan kempen ngaji sampai faham dan amalkan. Ketua keluarga perlu mengambil inisiatif untuk memastikan kitab ini menjadi panduan keluarga paling kurang dibaca 5 minit sehari sebelum pergi lebih lama dan mendalam.
  • Sekolah atau universiti perlu dipopularkan kemahiran berfikir dengan menggunakan tadabbur tazakkur agar pelajar lebih berdaya saing dan berjaya
  • Organisasi perlu mengetengahkan training yang mengambil modul berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang disampaikan dengan kaedah profesional agar ia melonjakkan standard training yang ada.

Sudah lama kita tidak berinteraksi dengan al-Quran. Petandanya? Ramai yang masih tidak faham: apakah tema utama Surah Yasin walaupun sudah dibaca lebih 100 kali. Sehingga mesej Surah Yasin difahami lebih 80% rakyat Malaysia, kempen berinteraksi dengan al-Quran tidak boleh dipandang remeh oleh setiap individu, keluarga dan organisasi.

Jika Surah Yasin dikaitkan dengan jantung al-Quran, jantung itu kini seperti tidak berdenyut. Masih aman dan tidak cemas?

By FAZRUL ISMAIL

……………………………………………………………………………………………………………………………………

“Alaaa… Saya rasa ‘nanti dulu’ kut nak faham al-Quran ini. Saya bukan ustaz-ustazah. Saya sibuk sikit.”

‘Minta maaf’ saya tak pandai bahasa arab macam mana saya nak faham al-Quran. al-Quran kan turun dalam bahasa arab.?

Ok kot kalau tak faham sangat maksud al-Quran ini. Janji saya baca tak pernah tinggal. Kalau nak tahu maksud/makna al-Quran ni boleh tanya ustaz-ustaz….

“Saya ni dah tua dah. Rasa dah terlambat dah nak belajar al-Quran pon… “

Bermacam lagi dialog (baca:alasan) yang boleh kita ciptakan. Sedangkan al-Quran itu adalah hidayah untuk sekalian manusia bukan hanya orang arab atau pada golongan tertentu. Ingatlah Allah s.w.t berfirman:

“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.Dan banyak di antara mereka menjadi orang fasik. (Al-Hadid, 57:16)

Jadi, saya berminat untuk berinteraksi dengan al-Quran tapi tidak pandai bahasa arab?

Apa yang patut saya lakukan?

JOM ikuti seminar BERINTERAKSI DENGAN al-QURAN (BDQ). Rujuk poster di bawah:

11-bdq-1515198222

 

Nak tahu apa kata mereka yang dah sertai ? Layari web Akademi Sinergi (BDQ)

Marilah bersama-sama kami melayari bahtera untuk melayari lautan ilmu al-Quran.

InsyaAllah, “Pelaburan” yang sedikit ini nescaya tidak ternilai berbanding kepuasan ilmu yang akan kita perolehi.

Untuk info lanjut @ sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian wassap atau hubungi 0109114088 (Wan)

10 Nasihat Nabi s.a.w kepada penduduk Madinah setelah Hijrah

hijra-3

 

1) يا أيها الناس أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا بالليل والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام

Wahai sekalian manusia sampaikanlah salam, dan jamulah manusia makanan, sambungkanlah sillaturrahim dan solat pada waktu malam sedang manusia tidur, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga dengan sejahtera. [HR Tirmizi]

2) لا يدخل الجنة من لا يأمن جاره بوائقه

Tidak akan masuk syurga bagi orang yang jiran tetangganya tidak aman dari bahayanya. [HR Muslim]

3) المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده

Muslim (sebenar) ialah seorang yang sejahtera ke atas muslim yang lain daripada lidahnya (ucapan) dan tangannya (perbuatan) [HR Bukhari]

4) لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Tidak (sempurna) beriman seorang itu sehingga dia menyukai saudaranya seperti dia menyukai dirinya sendiri [HR Bukhari]

5) المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا

Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat binaan yang menguatkan antara satu sama lain (berperanan saling bantu membantu) [Muttafaq ‘Alaih] 

6) لا تباغضوا، ولا تحاسدوا، ولا تدابروا، وكونوا عباد الله إخوانا ولا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاثة أيام

Janganlah kalian saling membenci dan janganlah kalian saling berdengki, janganlah saling membelakangi jadilah hamba Allah yang bersaudara dan tidak halal seorang muslim mendiamkan (bergaduh tidak bertegur sapa) dengan saudaranya melebihi tiga hari. [HR Bukhari]

7) المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه، ومن كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته، ومن فرج عن مسلم كربة فرج الله عنه كربة من كربات يوم القيامة، ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة

Seorang muslim adalah saudara seorang muslim lainnya, dia tidak menzalimi dan tidak membiarkannya disakiti, sesiapa yang membantu melaksanakan hajat saudaranya maka Allah akan membantu mencukupkan hajatnya, sesiapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah mengangkat kesusahannya di hari akhirat, sesiapa yang menutup (aib) seorang muslim yang lain, Allah akan menutupi aibnya di akhirat. [Muttafaq ‘Alaih]

8) اتقوا النار ولو بشق تمرة، فإن لم تجد فبكلمة طيبة

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun sekalipun hanya dengan sebiji kurma (bersedekah pada kadar kemampuan) jika itu pun tidak kamu perolehi maka (bersedekahlah) dengan kata-kata yang baik  [HR Bukhari]

9) ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء

Berbuat baik kepada manusia dan makhluk lain yang berada di bumi, kamu akan dirahmati oleh penduduk langit (malaikat dan roh para nabi). [HR Tirmizi]

10) سباب المؤمن فسوق، وقتاله كفر

Mencerca orang mukmin adalah fasiq (perbuatan dosa besar), dan memeranginya adalah kufur [HR Bukhari]

 

3 Perkara yang Nabi s.a.w lakukan setelah berhijrah ke Madinah

Sunset_Beautiful_View_Masjid_Nabawi_01

 

1. MEMBINA MASJID NABAWI
Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi s.a.w setelah masuk ke Madinah adalah membina sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid An-Nabawi hari ini. Masjid ini merupakan masjid kedua dibina dalam islam setelah Masjid Quba’. Masjid Nabawi dibina di kawasan di mana unta Nabi s.a.w berhenti ketika awal-awal baginda masuk ke Madinah. 

Baginda kemudiannya membeli tanah tersebut yang merupakan kepunyaan dua orang anak yatim. Dalam fasa pembinaan tersebut baginda sendiri turun membantu dalam kerja-kerja pembinaan malah sambil mendoakan para sahabatnya ketika itu:

اللهم لا عيش إلا عيش الآخرة فاغفر للأنصار والمهاجرة

Ya Allah! Sesungguhnya tiadalah kehidupan (yang lebih kekal) kecuali kehidupan akhirat. Maka ampunilah kaum Ansar dan Muhajirin.

Pengajaran daripada pembinaan masjid:

i- Asas sebuah komuniti atau masyarakat perlu dibina atas dasar taqwa yang mana diterjemah melalui pembinaan masjid yang menjadi tempat asuhan jiwa

ii- Peranan masjid sebagai tempat kesatuan dan perkumpulan segala jenis manusia tanpa mengira kedudukan jauh sekali untuk berlaku pepecahan

iii- Masjid bukan didirikan semata-mata solat didalamnya tetapi kebanyakan hal-hal keagamaan bagi tujuan menyebarluaskan Islam seperti tempat pembelajaran agama Islam, tempat rujukan masalah masyarakat, dan lain-lain yang sesuai

iv- Masjid adalah lambang kebanggaan islam dan kekuatannya, malah azan yang dikumandangkan adalah syiar Islam

v- Kepentingan untuk menjaga harta anak yatim dan hak mereka dengan tadbir urus yang baik dan tidak khianat kepada mereka

vi- Wakaf boleh menguatkan umat islam seperti tanah yang diwakafkan oleh nabi untuk membina masjid

vii- Kepentingan qudwah seorang pemimpin dalam kerja kemasyarakatan dengan iklas hati dan dalam segenap aspek

viii- Kerjasama amat penting dalam sesebuah masyarakat majmuk

ix- Memotivasikan orang bawahan dengan akhirat seperti doa nabi s.a.w bukan dengan hal keduniaan dengan tidak menafikan hak mereka

x- Hati yang hidup sahaja yang boleh dimotivasikan dengan akhirat sebagaimana sahabat nabi termotivasi dengan doa baginda s.a.w.

2. MENGIKAT PERSAUDARAAN ANTARA MUHAJIRIN DAN ANSAR

Sebagaimana nabi s.a.w mendirikan masjid bagi tujuan pengumpulan kaum muslimin, baginda menyatukan pula hubungan antara kaum Ansar dan Muhajirin demi mempereratkan lagi tautan ukhuwah ini. Baginda s.a.w melakukan hal tersebut di rumah Anas bin Malik dan pada ketika itu mereka berjumlah kira-kira 90 orang. 

Sebahagian dari jumlah itu adalah Ansar dan sebahagian lagi adalah Muhajirin. Hubungan ini sangat istimewa hinggakan pada permulaannya boleh diwarisi sesama mereka harta pusaka telah kematian saudaranya hinggalah setelah perang Badar.Makna disebalik ukhuwah ini ialah untuk memecahkan sifat perkauman (assabiyah) sewaktu zaman jahiliyyah dahulu kerana tiada kemuliaan seseorang melainkan islam. 

Tidak pada kedudukan, warna kulit atau kerabatnya. Hubungan ini terbukti bukan sekadar kata-kata tetapi keterikatan harta, darah dan jiwa. Hal ini digambarkan dalam sebuah kisah antara Abdul Rahman bin Auf (muhajirin) dan Saad bin Rabi’ (ansar). Saad mempelawa Abdul Rahman untuk mengambil separuh hartanya dan meminta Abdul Rahman memilih antara dua isterinya yang berkenan di hati supaya diceraikan dan berkahwin dengan beliau. 

Inilah ketinggian ukhwah antara mereka. Pun begitu, Abdul Rahman menolak dengan baik dan hanya mengambil sedikit modal untuk berniaga di pasar Bani Qianuqa’.

Al-Quran memuji kaum Ansar dalam peristiwa ini sebagaimana firman-Nya:

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿٩

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hashr:9)

 
Pengajaran daripada ikatan persaudaraan Muhajirin dan Ansar


i- Kerjasama dapat menguatkan hubungan dan kesatuan sebagaimana nabi s.a.w melibatkan muhajirin dan ansar dalam kerja pembinaan masjid terlebih dahulu sebelum menghubungkan ukhwah mereka

ii- Ikatan didalam persaudaraan sesama islam adalah ikatan ukhwah islamiyah yang tidak dilatarbelakangkan kepentingan duniawi

iii- Ikatan ukhwah islam lebih kuat berbanding ikatan nasab keturunan seperti kesanggupan Saad memberikan harta dan isteri kepada Abdul Rahman bin Auf kerana didasari keimanan

iv- Selemah-lemah ukhwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi ukhwah adalah mendahulukan orang lain (ithar)

v- Ukhwah yang benar memecah sifat perkauman

vi- Tidak mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain sebagaimana Abdul Rahman bin Auf  yang menolak dengan baik pelawaan Saad

vii- Kedekut adalah membinasakan manakala sifat bersedekah membawa kejayaan

viii- Tidak boleh mewarisi harta bagi mereka yang tiada hubungan kekeluargaan kerana mewarisi harta bukan dengan hubungan keluarga telah dimansukhkan dalam islam.

3. Memeteraikan Piagam Madinah

Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia yang menjadi asas pembentukan negara Islam Madinah. Terdapat 5 bahagian utama yang terkandung di dalamnya 47 fasal. 23 fasal mengenai peraturan sesama muslim (Muhajirin dan Ansar) dan 24 fasal hubungkait dengan orang yahudi.

 Aspek-aspek yang ditekankan dalam piagam ini ialah politik sosial, ekonomi, pentadbiran, agama, sosial, perundangan, pertahanan, dan kedudukan kaum Yahudi.Piagam Madinah sangat penting diputuskan segera ia melibatkan kedudukan nabi s.a.w di Madinah yang merupakan ketua pada ketika itu. 

Selain itu, ia juga menggariskan hak kehidupan Muhajirin di tempat yang baru selain untuk membentuk kesatuan politik bagi mempertahankan Madinah dan musuh. Ia juga menegaskan akan keamanan semua penduduk Madinah walaupun hidup dalam masyarakat majmuk. Justeru, hubungan yang terkait dengan orang yahudi turut diadakan.

Pengajaran daripada termeterainya Piagam Madina

i- Sebaiknya Piagam Madinah boleh dikaji dengan lebih mendalam dengan melihat kepada isu-isu yang boleh diteladani pada masa kini melalui fasal-fasal yang telah digariskan

ii- Kepentingan menjaga kedudukan Nabi s.a.w sebagai nabi ikutan dan tempat manusia pada mana-mana zaman untuk dijadikan rujukan

iii- Kebajikan kemasyarakatan perlu ditekankan agar kekuatan islam teguh dan ukhwah islamiyah akan terus utuh

iv- Hubungan sesama islam biarpun atas dasar iman tetapi ia tidak menafikan perlu adanya perjanjian terutama yang melibatkan kemaslahatan sebagaimana turut digariskan hubungan antara muhajirin dan ansar

v- Perlunya perlembagaan atau peraturan digubal dan dilaksanakan untuk menjaga keadilan sejagat bukan pada peringkat negara sahaja tetapi juga masyarakat bahkan keluarga

vi- Apa-apa peraturan yang termeterai ibarat ‘aqad’ (perjanjian) bagi mereka yang terlibat untuk tetap menjaganya dan tidak boleh mengkhainatinya.

vii- Islam tidak memutuskan hubungan dengan orang bukan islam bahkan menjalinkan hubungan pada kadar keperluan

viii- Sebuah negara islam perlu menerapkan keamanan sejagat dengan tidak membezakan hak-hak rakyat samaada islam atau bukan

ix- Kehidupan dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama perlu kepada penghormatan kepada sisi pandangan masing-masing dengan tidak mengabaikan prinsip asas kehidupan bermasyarakat seperti islam

x- Orang bukan islam yang berada di dalam negara Islam perlu menghormati prinsip-prinsrip utama islam seperti keteguhan aqidah, konsep ibadah dan keperibadian akhlak

xi- Orang bukan islam di negara Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan tidak menggangu kepercayaan selain mereka.

 

8 Peristiwa Bersejarah Yang Berlaku Pada 10 Muharram

4

 

  1. Hari Allah s.w.t mengampunkan Nabi Adam a.s setelah diturunkan ke bumi

    Sewaktu Adam a.s berada di dalam syurga mereka telah melanggar perintah Allah dengan mendekati dan menjamah buah khuldi yang menjadi larangan Allah. Kemudian mereka berdua diturunkan ke bumi yang mana Adam di India dan Hawa di Jeddah. Setelah mengakui kesilapan mereka, Allah s.w.t merakamkan saat penerimaan taubat ini dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya:

فَتَلقَّى ءادمُ من ربّهِ كلماتٍ فتابَ عَلَيْهِ إنّهُ هُوَ التّوّابُ الرّحِيم
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.(al-Baqarah:37)

Kata-kata taubat itu adalah merupakan doa nabi Adam a.s dan Hawa:

رَبَّنا ظَلَمْنَا أنْفُسَنا وإنْ لَمْ تَغْفِر لنَا وَتَرْحَمْنا لَنَكُونَنَّ منَ الخَاسِريْن
Wahai tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri (dengan dosa yang telah kami lakukan) sesungguhnya jika engkau tidak mengampuni kami maka tergolonglah kami dalam kalangan orang yang rugi. (al-A’raf:23)

Tambahan lagi, ada juga pandangan mengatakan bahawa hari Adam a.s. dan Hawa dikeluarkan daripada syurga dan ditempatkan di bumi turut berlaku pada 10 Muharram.

  1. Hari kejayaan kapal Nuh a.s. daripada tenggelam

    Nabi Nuh a.s hidup 950 tahun. Dalam tempoh itu baginda melaksanakan dakwah siang dan malam, secara terang dan tersembunyi. Namun, tidak ramai yang menyahut dakwah baginda kecuali 80 orang sahaja. Bahkan isteri dan anaknya turut tidak beriman dengannya. Sebagai balasan keingkaran mereka, Allah menurunkan banjir besar yang menenggelamkan mereka yang kufur di samping memerintahkan Nuh a.s membuat bahtera supaya terselamat dari banjir tersebut. Nabi Nuh dan pengikutnya berada di dalam kapal tersebut lebih kurang selama 6 bulan lebih. Kemudian, kapal tersebut dibawa melewati kawasan Arafah, Mudzalifah, Mina (tempat-tempat haji) dan kemudiannya berhenti di bukit Judiy. Allah berfirman:

    قِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ

    “(setelah binasa kaum kafir) Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judi”(Hud:44)

 

  1. Hari disembuhkan penyakit yang menimpa Nabi Ayyub a.s

    Nabi Ayyub a.s merupakan seorang yang sangat penyabar. Beliau diuji oleh Allah s.w.t sakit yang berpanjangan sehingga lebih kurang 18 tahun hingga sebahagian pengikutnya kembali kufur kerana menyangka bahawa baginda bukan nabi kerana tidak disembuhkan oleh Allah. Pun begitu, Ayyub a.s tetap sabar dan diangkat ujian tersebut dengan diperintahkan baginda menghentakkan kaki lalu terkeluar mata air. Dari mata air itulah baginda minum dan mandi dan dengan izin Allah penyakitnya sembuh.

 

  1. Hari Terbelah Laut bagi Nabi Musa a.s dan kemenangan ke atas Firaun

    Allah s.w.t berfirman :”Dan Kami bawakan Bani Israel ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku adalah dari orang yang berserah diri (menurut perintah)”(Yunus:90)

    Abdullah Ibn Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa itu, mereka menjawab: “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa dalam hal ini”. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. (Muttafaq ‘alaih)

    Adakah puasa nabi s.a.w berpuasa pada 10 Muharram adalah mengikut ibadah Bani Israel?

    Rasulullah s.a.w telah melaksanakan puasa ‘Asyura sebelum baginda berhijrah ke Madinah lagi. Aisyah r.a ada merakamkan peristiwa tersebut sebagaimana dalam hadith: ‘Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Rasulullah s.a.w. juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Sesiapa yang ingin berpuasa, teruskan, Sesiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan)’. – (Muttafaq ‘Alaih)

    Oleh yang demikian, bagi membezakan antara puasa orang yahudi dan umat islam nabi s.a.w menyarankan berpuasa pada 9 Muharram juga. Namun ia TIDAKLAH bermakna jika berpuasa pada hari ‘Asyura sahaja menjadi kesalahan.

  2. Hari Allah beri kekuasaan kepada nabi Sulaiman a.s

    Nabi Sulaiman a.s yang merupakan anak kepada nabi Daud a.s adalah salah seorang nabi yang diberikan kepadanya kekuasaan dan pemerintahan sebagaimana bapanya. Keistimewaan yang Allah berikan kepada nabi Sulaiman a.s berupa kemampuan baginda untuk memahami bahasa binatang, mengawal angin untuk kegunaan baginda, memerintah golongan manusia dan jin dan sebagainya. Kurniaan-kurniaan ini banyak disebutkan di dalam Al-Quran akan kisah-kisah yang berkenaan. Adapun hari baginda mendapat keistimewaan ini juga jatuh pada 10 Muharram.

  3. Hari Nabi Yunus a.s terselamat dari perut ikan Nun dan keampunan bagi umatnya

    Nabi Yunus a.s berdakwah kepada kaumnya selama kurang lebih 33 tahun. Namun hanya sedikit yang menyahut seruan baginda. Bahkan kaumnya memperolok-olokkan dakwah baginda hingga suatu ketika baginda mengingatkan mereka jika tidak juga menerima dakwah dalam masa 40 hari maka mereka akan binasa. Kaum Nabi Yunus a.s tetap berdegil hinggalah pada hari ke 35. Nabi Yunus a.s. yang melihat keadaan itu meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah lalu bermusafir menaiki kapal laut.

    Dalam perjalanan di atas laut itu, Allah s.w.t mendatangkan angin yang kuat. Disebabkan muatan kapal berlebihan akhirnya anak kapal membuat pilihan untuk mengurangkan bilangan penumpang. Dengan izin Allah, Nabi Yunus a.s terpilih maka beliau terjun dan masuk ke dalam perut ikan Nun. Ketika di dalam perut ikan ini dalam keadaan yang gelap timbul keinsafan Nabi Yunus a.s kerana baginda meninggalkan kaumnya tanpa izin Allah. Justeru baginda melafazkan doanya seperti firman Allah s.w.t:

    لا إِلَهَ إِلا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ 
    Tiada tuhan melainkan engkau ya Allah, mahasuci engkau sesungguhnya aku merupakan sebahagian orang yang zalim.

    Adapun kaumnya setelah pemergian nabi Yunus a.s, datang tanda-tanda mereka akan diazab dengan langit merubah menjadi gelap dan keluar asap yang tebal. Akhirnya mereka bertaubat dan taubat mereka diterima oleh Allah s.w.t

  4. Hari berlakunya peperangan Zat al-Riqa’ (ذات الرقاع)

    Pada kurun ke-4 Hijrah, Nabi s.a.w bersama 700 orang para sahabat keluar dengan niat untuk memerangi kabilah Maharib dan Tha’lab kerana mereka telah membunuh 70 orang sahabat nabi yang telah dihantar untuk berdakwah kepada mereka. Apabila kedua-dua pihak telah menghampiri antara satu sama lain, Allah s.w.t mencampakkan rasa gerun kepada mereka hinggakan mereka melarikan diri meninggalkan kaum wanita yang datang bersama mereka.

    Peperangan ini dinamakan sedemikian kerana para sahabat menampal luka-luka pada kaki mereka dek kesukaran perjalanan menempuhi batu-batu. Para sahabat juga tidak mempunyai kenderaan yang mencukupi hingga terpaksa bergilir menaiki kenderaan.

    Dalam perjalanan pulang dari peperangan nabi s.a.w dan para sahabat berhenti sebentar di suatu tempat dan berteduh dibawah pokok. Nabi s.a.w menggantung pedangnya pada pokok. Apabila nabi s.a.w tidur, ada seorang musyrik datang kepada nabi s.a.w serta mengambil pedang nabi lalu menghunus kepada baginda dan berkata: “Siapa yang boleh selamatkan kamu dari aku”. Baginda menjawab dengan tenang: “ Aku bertawakkal kepada Allah”. Tiba-tiba pedang itu terjatuh dari tangan musyrik itu dan nabi s.a.w mengambil pedang yang sama dan menghalakan pedang kepadanya dan berkata sepertimana yang dia tanyakan kepada nabi. Akhirnya nabi membiarkan orang musyrik itu pergi.

  5. Hari pembunuhan Saidina Husain r.a

    Pada tahun 61Hijrah pada hari Jumaat telah terbunuh seseorang cucu Rasulullah s.a.w. yang mana beliau ada disebutkan dalam banyak hadith akan kelebihannya antaranya beliau dan Hassan merupakan ketua pemuda di Syurga.

    Ringkasan sejarah pembunuhan Saidina Hussain bermula apabila ahli Kufah mendapat tahu akan kewafatan Muawiyah r.a yang memegang jawatan khalifah dan digantikan oleh anaknya Yazid. Mereka menulis satu surat kepada Hussain r.a supaya datang ke Kufah dari Mekah untuk mereka membai’ah beliau. Apabila surat itu sampai ditangan Hussain r.a, beliau mempersiapkan kelengkapan untuk ke sana.

    Namun, permusafirannya itu dinasihati oleh beberapa orang sahabat antaranya Ibn Abbas dan Ibn Umar kerana orang Kufah terkenal dengan penipuan dan helah jahat. Bahkan Ali r.a dan Hassan juga terbunuh disebabkan mereka. Pun begitu, Hussain r.a lebih memlih untuk meneruskan perjalanan kerana merasa bertanggungjawab kepada umat islam.

    Dalam perjalanan, di suatu tempat yang bernama Karbala’ beliau telah diserang oleh sekumpulan kumpulan yang jahat. Di sinilah cucu Rasulullah s.a.w. itu dibunuh kerana hasad dengki golongan musuh ini kepada islam. Pelbagai pandangan berkenaan kumpulan yang membunuh itu. Adapun yang lebih tepat ialah mereka ini merupakan golongan Syiah di Kufah. Oleh sebab itu mereka pada awalnya menggelarkan diri mereka sebagai “at-tawabbun” yakni orang yang bertaubat kerana mereka telah membunuh Hussain r.a. Bahkan pada hari ini, Syiah terutama di Iran masih lagi mengamalkan upacara mencederakan diri kerana seolah menzahirkan penyesalan walhal yang membunuh itu adalah dari kalangan golongan Syiah sendiri.

    Kita dan Asyura

    Berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebagaimana disebutkan di atas, dapat kita simpulkan perlu kita ambil dua pengajaran penting berkaitan Asyura yakni ia adalah hari kejayaan dan hari keampunan. Bahkan perkaitan keduanya iaitu kejayaan datang selepas keampunan. Justeru itu, selain berpuasa pada asyura, banyakkanlah beristighfar memohon keampunan kerna dengan istighfar ia membuka jalan kemenangan dan kejayaan kepada kita di dunia dan akhirat.

Kelebihan Berpuasa pada 10 Muharram

Bulan Muharram merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ di dalam Islam.
Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati” (At-Taubah:9)

Berkata ahli tafsir empat bulan tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Ia dinamakan dengan bulan Haram kerana umat Islam dilarang untuk berperang pada bulan-bulan ini kecuali jika mereka diperangi.

Antara kemuliaan yang terdapat dalam bulan-bulan ini adalah berpuasa sebagaimana hadith nabi s.a.w:

أفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ: شَهْرُ الله المُحَرَّمُ، وَأفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعدَ الفَرِيضَةِ: صَلاَةُ اللَّيْلِ»

Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Puasa yang paling baik selepas bulan ramadhan adalah berpuasa di dalam bulan-bulan haram, dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat malam. (HR Muslim)

Di samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 10 Muharram atau disebut sebagai hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh. Bahkan puasa sunat pada hari ‘Asyura ini telahpun mendahului puasa bulan Ramadhan dari segi pensyariatannnya dan juga perlaksanaannya.

“Rasulullah s.a.w telah memerintahkan untuk berpuasa pada hari A’syura sebelum diwajibkan puasa Ramadhan. Tatkala diwajibkan berpuasa Ramadhan maka diberi kelonggaran untuk sesiapa sahaja untuk berbuka atau berpuasa pada hari tersebut (A’syura)” (HR Muslim)

 GANJARAN BERPUASA PADA HARI ‘ASYURA

Ganjaran berpuasa ’asyura disebutkan dalam sabda Rasulullah s.a.w daripada Abi Qatadah r.a:

سُئِلَ عَنْ صِيامِ يَوْمِ عَاشُوراءَ، فَقَالَ: «يُكَفِّرُ السَّنَةَ المَاضِيَةَ». رواه مسلم.

“Rasulullah ditanyakan tentang puasa hari kesepuluh (Muharram), lalu baginda menjawab: Diampunkan dosa tahun sebelumnya.” (HR Muslim)”

SUNAT BERPUASA JUGA PADA HARI 9 MUHARRAM (TASUA’)

Ibnu Abbas berkata : Apabila Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah s.a.w. berkata,

لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

“Pada tahun hadapan – jika aku masih hidup- kita berpuasa pada hari kesembilan.” (HR Muslim)

Namun baginda telahpun wafat terdahulu sebelum sempat untuk sampai pada tahun seterusnya. Pun demikian kita masih digalakkan untuk berpuasa satu hari sebelum hari ‘Ayura iaitu pada hari ke 9 Muharram (tasu’a) sebagai tanda membezakan dengan kaum Yahudi yang turut berpuasa pada hari tersebut.

PELUANG KEAMPUNAN

Umur kita zaman ini tidak sepanjang umur umat terdahulu yang hidup beratus tahun. Justeru, masa beribadah dan bertaubat dari dosa buat kita juga singkat. Oleh sebab itu, seharusnya kita sebagai pendosa perlu memanfaatkan peluang keampunan ini sebaiknya. Moga dengan keampunan Allah membuatkan kita lebih dekat kepada-Nya.

Hijrah: 7 Perkara Penting Berkaitan yang Mesti Anda Ketahui

img_2069

 

  1. Hijrah tidak berlaku di bulan Muharram
    Hijrah nabi s.a.w tidak berlaku di dalam bulan Muharram. Malah nabi s.a.w keluar daripada rumah baginda di Mekah bersama Abu Bakr pada 27 Safar tahun ke-14 kenabian ke Gua Thur. Setelah tiga hari di dalam gua, baginda dan Abu Bakr bertolak ke Madinah pada 1 Rabiulawal dan sampai di Quba’ pada 8 Rabiulawal. Baginda menetap di Quba’ selama empat hari dan kemudian tiba di Madinah pada 12 Rabiulawal.

    Justeru, bagaimana perkiraan hijrah bermula pada Muharram?

    Masyarakat arab sebelum pemerintahan Umar al-Khattab r.a tidak mempunyai bilangan tahun seperti tahun masihi. Mereka hanya meningati tahun-tahun tertentu disebabkan berlaku peristiwa yang besar ketika itu. Misalnya tahun kelahiran nabi adalah tahun gajah kerana peristiwa Abrahah bersama tentera bergajah ingin mencerobohi Makkah. Begitu juga tahun wafat Saidatina Khadijah disebut tahun kesedihan.

    Umar al-Khattab menetapkan permulaan kalendar Hijrah bersempena tahun Hijrah nabi s.a.w tetapi di mulakan dengan bulan Muharram kerana bulan ini adalah selepas bulan haji yakni Zulhijjah. Justeru, orang-orang islam seolah mendapat semangat baru setelah menunaikan haji. Maka bermulalah tahun baru umat islam dengan semangat yang baru.

  2. Hijrah kita tidak sama dengan hijrah nabi s.a.w
    Mungkin dalam kalangan pembaca pernah melakukan hijrah. Berhijrah dari desa ke kota demi mencari rezeki atau seumpanya. Tetapi hijrah nabi s.a.w bukan sedemikian bahkan nabi s.a.w yang dikeluarkan daripada Makkah oleh kaum dan keluarga baginda sendiri sedangkan maklum semangat perkauman dan qabilah dalam masyarakat Arab begitu kuat. Dihalau, diejek dan dirancang untuk dibunuh hanya kerana menyatakan kebenaran. Berhijrah ke kota yang belum pasti keadaanya melainkan hanya terikat berdasarkan janji. Perjalanan yang sukar yang tidak menjamin keselamatan. Kepayahan yang ditempuhi sepanjang perjalanan
    semuanya semata-mata atas nama dakwah tiada langsung kepentingan dunia.
  3. Kenapa Hijrah tidak disediakan kenderaan seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj?
    Jika kita teliti peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku sebelum Hijrah, nabi s.a.w diberi kenderaan yakni buraq (sejenis burung) untuk memudahkan perjalanan nabi. Pun begitu, di dalam hijrah tidak sedemikian. Jika difikirkan, bukankah mudah jika Allah beri buraq dalam peristiwa hijrah supaya tidak perlu baginda susah merancang perjalanan untuk menuju Madinah.

    Di sini, wujud hikmah Allah dalam peristiwa ini. Allah berkehendak hijrah berlaku atas tabiat basyariyah (kemanusiaan) nabi dengan memerlukan perancangan rapi dan kesediaan melakukan pengorbanan meninggalkan apa yang dicintai supaya umat baginda s.a.w dapat meneladani nabi tanpa sebarang alasan.

  4. Hijrah bukan fizikal semata-mata tetapi perasaan dan niat yang ikhlas
    Dalam hadith nabi s.a.w yang masyhur baginda bersabda: “ Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat, dan setiap orang itu berdasarkan apa yang dia niatkan, jika seseorang berniat hijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul dan barangsiapa yang berhijrah untuk mengejar dunia atau wanita yang dia ingin nikahi maka hijrahnya itu atas apa yang dia niatkan. [Bukhari]

    Dalam setiap pekerjaan niat merupakan perkara yang terpenting bahkan niat boleh menyebabkan sesuatu amalan itu diterima atau ditolak. Demikian, pekerjaan atau amalan yang besar walaupun terpaksa berkorban banyak perkara tetapi jika tidak ikhlas kepada Allah maka ia tidak mendatangkan apa-apa. Awasilah niat kita!

  5. Ikhlas sahaja tidak memadai perlu dilengkapkan dengan strategi
    Hijrah juga mengajar manusia bahawa sesuatu amal yang baik itu tidak cukup hanya sekadar ikhlas dan menepati syara’. Tetapi ia menuntut perancangan yang rapi dan strategi yang tersusun. Lihat Nabi s.a.w apabila ingin keluar berhijrah, baginda tidak terus menuju ke Madinah bahkan pergi Gua Thur yang mana arah ke situ berlawanan dengan arah menuju ke Madinah. Hal ini bagi mengelak kaum Quraisy daripada menjejaki baginda. Begitu juga nabi s.a.w berada di Gua Thur selama tiga hari untuk memutuskan harapan kaum Quraisy daripada terus menjejaki nabi s.a.w.

    Kemudian, daripada strategi (usaha) barulah lahir tawakkal. Ketika berada di dalam Gua Thur, Abu Bakr r.a berasa gelisah kerana risau akan dijejaki dan takut jika sesuatu berlaku ke atas Nabi s.a.w lalu baginda menenangkannya dengan menyebutkan bahawa Allah bersama kita. Namun, lihat dalam peperangan Badr yang mana pada asalnya kaum muslimin hanya berkehendak menyekat kafilah dagangan Abu Suyfan tetapi diperintahkan oleh Allah untuk mereka berperang. Malam sebelum berperang, baginda memohon doa kepada Allah dan menadah tangan begitu tinggi dengan doa yang bersungguh hinggakan selendang baginda jatuh dari bahu.  Abu Bakr datang menenangkan nabi dengan menyatakan Allah s.w.t tidak akan sesekali meninggalkan baginda.

    Mengapa berlaku perbezaan situasi sedemikian?

    Kerana dalam anggapan nabi s.a.w, baginda tidak bersedia dengan perancangan yang rapi untuk peperangan Badr ini berbanding peristiwa hijrah yang dirancang rapi seterusnya hanya bertawakkal kepada Allah atas rencana tersebut.

  6. Kemenangan dakwah diukur pada ketinggian pengorbanan dan mesti hasil daripada tangan manusia sendiri
    Kita mengetahui bahawa Allah tidak memerlukan kita untuk meneguhkan agamanya. Sebaliknya kita yang memerlukan Allah untuk kita teguh dalam beragama. Oleh yang demikian, manusia hanya berperanan mengukir jasa pada jalan dakwah melalui pengorbanan demi menunjukkan kesetiaan kepada agama serta tergolong dalam kalangan mereka yang beriman. Tabiat kemenangan dakwah tiada yang berlaku melalui keajaiban sebaliknya atas dasar sabar dalam perjuangan.

    Itulah yang contoh yang diberikan nabi s.a.w dalam peristiwa hijrah. Jika dilihat pada peperangan Badr, meskipun dibantu oleh ribuan malaikat tetapi tentera musuh yang terkorban hanyalah sekitar 70 orang. Logiknya jika seramai ini bantuan maka tiadalah kaum musyrikin yang tersisa. Namun itulah hakikatnya bahawa kemenangan bukanlah dari keajaiban tetapi pengorbanan, usaha dan tawakkal yang berterusan oleh kaum muslimin. Kedatangan bantuan malaikat hanya ingin mencampakkan rasa takut dalam hati kaum quraisy bukan membantu membunuh mereka,

  7. Keutamaan berbalik kepada taqwa dalam setiap perkara
    Setiba nabi s.a.w di Quba’ baginda mendirikan masjid di sana. Hal ini dirakamkan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran berkenaan Masjid Quba’: “ Sesungguhnya masjid (Quba’) yang diasaskan atas dasar taqwa dari hari mula ia diwujudkan lebih layak untuk didirikan (solat) di dalamnya” (At-Taubah:108)

    Allah memuji Masjid Quba’ yang dibina diatas dasar taqwa. Demikianlah setiap amalan dan pekerjaan manusia perlu dibina di atas dasar taqwa agar ia diterima oleh Allah s.w.t.

Rupanya Inilah Ibadah yang Paling Banyak Islam Anjurkan


Bagi mengetahui ibadah yang paling banyak dianjurkan kepada orang beriman, marilah sama-sama kita perhatikan ayat Allah ini beserta tadabbur. Allah berfirman:

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Perkataan banyak dalam bahasa Arab disebut dengan lafaz (كثيرا).

Maka kita dapati bahawa dalam ayat di atas, Allah menyebutkan akan kepentingan untuk kita banyak memperingati-Nya bahkan lebih banyak daripada kita melaksanakan ibadah yang lain seperti puasa dan lain-lain!

Bukan sekadar itu, ayat ini menunjukkan dua hal yang besar iaitu:

  1. Kebiasaan apabila Allah s.w.t ingin menyebutkan sesuatu sifat maka cukup Allah sebutkan satu jantina manusia yakni kebiasaannya pada kaum lelaki. Sebagai contoh:

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ

(Orang beriman itu ialah) orang-orang yang sabar, orang-orang yang benar,orang-orang yang sentiasa taat akan perintah Allah, orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, dan orang-orang yang beristighfar pada waktu sahur. (ali-Imran:17)

Walaupun ia merujuk kepada lelaki (pada kaedah bahasa Arab), ia tidak bermakna kaum lelaki sahaja yang termasuk dalam sifat tersebut. Hal ini disebabkan dalam bahasa Arab jika ada percampuran antara lelaki dan perempuan maka memadai hanya menyatakan sifat yang merujuk pada lelaki kerana ia akan merangkumi kedua-dua jantina ini.

Demikian berbalik pada ayat di atas sekali, Allah menyebutkan sifat bagi lelaki dan wanita yang banyak mengingati Allah. Hal ini sudah tentu amat penting kerana disebutkan sifat ini bagi kedua-dua jantina secara berasingan yang merujuk kepada penegasan kepada amalan tersebut.

  1. Allah s.w.t menyebutkan sifat ini pada akhir ayat selepas sifat-sifat yang lain yang merujuk kepada dua penafsiran iaitu:
    i- Sebagai pembuktian seorang mukmin memiliki sifat-sifat yang lain itu seperti orang yang benar dengan Allah adalah mereka yang paling banyak mengingati-Nya.
    ii- Boleh juga merujuk untuk memperoleh sifat-sifat sebelumnya maka solusinya adalah dengan banyak mengingati Allah s.w.t.

Lihatlah apabila Allah berpesan kepada nabi Zakaria atas kurniaan Allah padanya:

وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ

ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi. (ali-Imran:41)

IMG-20170801-WA0003Begitu nabi Musa a.s. dalam doa memohon pertologan pada Allah menyatakan:

كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا ﴿٣٣﴾وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا

“Supaya kami banyak memujiMu dan kami banyak menyebut dan mengingatiMu” (Taha:33-34)

Bahkan Allah s.w.t sendiri yang memerintahkan untuk kita berbuat demikian:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. (al-Ahzab:41)

Bukan hanya ketika senang perlu banyak mengingati-Nya hatta dalam SUSAH dan PAYAH seperti dalam peperangan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (al-Anfal:45)

Tidak sekadar itu, malah Allah menyifatka orang MUNAFIK dengan sifat sebaliknya:

وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّـهَ إِلَّا قَلِيلًا

dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (an-Nisa’:142)

Kenapa zikir dan mengingati Allah perlu dibanyakkan??
Kerana ia ibadah yang tidak perlu wudu’,
Tidak perlu berpaling menghadap qiblat,
Tidak memmerlukan penat lelah,
Tidak harta dan masa tertentu,

Tetapi ia memerlukan TAUFIQ dan BANTUAN Allah s.w.t agar dipermudahkan lidah menyebutnya dan hati menginsafi hakikatnya.

Tambahan lagi, memperbanyakkan zikir merupakan tanda seseorang itu dekat dengan kejayaan:

وَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).