Anda perlu mengelak budaya ini jika inginkan rezeki halal

Anda Perlu Elak Budaya Ini Ketika Bekerja Jika Inginkan Rezeki Halal

Kebiasaannya ketika bekerja, terdapat ramai manusia asyik bermain permainan ‘kucing dan tikus’. Jika kita tidak meniru perbuatan mereka, kita sudah pun menempuhi salah satu cabaran yang hebat.

Photo by Marvin Meyer on Unsplash

Apa itu permainan kucing dan tikus?

Apabila kucing tiada, tikus akan berlegar-legar dan bermain. Begitu juga dalam suasana kerja. Apabila pengurus tiada, pekerja akan berehat santai tidak melakukan kerja.

Itulah yang dikatakan satu cabaran yang hebat. Bolehkah kita berpegang teguh dengan prinsip kita?

Pedulikan apa yang orang lain katakan walaupun ianya menjadikan kita musuh. Apa yang kita perlu tahu adalah kita sentiasa bersama Allah.

Menjadi salah seorang daripada golongan yang dimuliakan Allah lebih penting dan utama daripada menjadi teman kepada manusia.

Rasulullah SAW bersabda:

“Allah amat menyukai dalam kalangan kamu apabila dia melakukan sesuatu amalan, dia terus melaksanakannya.”

Allah amat menyukai golongan yang apabila melakukan kerja, dia melakukannya dengan terbaik. Begitulah perlunya kita melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh. Lakukan yang terbaik.

Kita perlu jujur dalam melakukan kerja dan tugas kita dengan mencontohi baginda Rasulullah SAW yang bersifat jujur. Inilah yang sepatutnya menjadi matlamat kita.

Dengan itu, kita sememangnya tidak boleh mengikut budaya atau suasana kerja seperti permainan kucing dan tikus.

Budaya kerja sekarang apabila pengurus ada, semua orang bersungguh-sungguh melakukan kerja. Ketika itulah mereka cuba menarik perhatian pengurus seolah-olah mereka tekun melakukan kerja sepanjang waktu. Namun apabila pengurus berlalu pergi, semuanya ambil peluang untuk berehat.

Baca juga: Jangan Pernah Khuatir Akan Rezeki-Mu Sedang Kamu Melakukan Apa yang Dituntut oleh Tuhan-Mu

Photo by Icons8 Team on Unsplash

Seolah-olah menipu majikan

Jika kita melakukan kerja dengan mengikut budaya atau permainan seperti itu, kita dalam masalah. Itu adalah permainan yang haram.

Tetapi ramai orang yang melakukannya. Pekerjaan itu mungkin halal tetapi cara kita melakukannya itu mungkin haram.

Ia menjadi haram kerana apabila kita melakukan kerja seperti permainan itu, maka ia bermaksud kita sedang menipu majikan kita.

Majikan kita tidak mengambil kita bekerja untuk melakukan perkara minima yang kita boleh buat. Tetapi mereka mengambil kita bekerja untuk melakukan perkara maksima yang kita mampu buat.

Sebagaimana kita melakukan kerja apabila pengurus ada, mestilah sama walaupun ketika dia tiada. InsyaAllah dengan itu kita akan beroleh sumber rezeki yang halal. Wallahua’lam.

%d bloggers like this: