Select Your Favourite
Category And Start Learning.

6 Tindakan Ini Akan Menjadikan Anda Sentiasa Bertenang

Nak bertenang bukannya mudah. Kadang-kadang jika perkara kecil kita tak mampu bertenang, bagaimana kita nak menghadapi perkara yang lebih besar?

Bertenang akan membuatkan hidup seseorang itu bertambah baik dan lebih berkeyakinan.

Ini beberapa tips yang kita boleh amalkan supaya kita menjadi individu yang sentiasa bertenang.

1- Rendahkan suara apabila bercakap

Apabila anda berbicara dengan sesiapapun, cuba rendahkan suara anda. Samada ketika anda yang memulakan percakapan terlebih dahulu ataupun anda merespon kepada orang yang mahu bercakap dengan anda.

Ada satu kisah tentang seorang isteri yang selalu kejutkan suaminya untuk bangun tidur di awal pagi. Suaminya sangat susah bangun tidur. Tetapi, lama kelamaan si suami makin mudah bangun tidur apabila si isterinya mengejutnya.

Ceritanya begini. Dulu, setiap hari pasti suaminya akan terlewat bangun. Apabila ditanya kenapa suaminya susah bangun? Suaminya menjawab kerana dia tidak suka isterinya yang selalu terjerit-jerit untuk bangunkannya. Jadi, apa yang membuatkan suaminya mudah bangun sekarang? Suaminya menjawab kerana isterinya mengejutkannya dengan suara dan nada yang perlahan.

Lihatlah, bagaimana kesan jika seseorang itu merendahkan suaranya tidak kira samada ketika kejutkan pasangan, ataupun ketika berbual dengan sesiapapun.


2- Jangan kata “Aku gagal” Tetapi katalah “Aku boleh”atau “Aku Berjaya”

Benar. Kata-kata yang sering diulang-ulang kepada diri akan memberi kesan. Jika baik kata-kata tersebut, maka baiklah kesannya begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, selalulah ulang-ulangkan perkataan yang positif dan baik sahaja. Ingat, fikiran akan terpengaruh terhadap apa yang kita bicarakan.

Percayalah, anda takkan rugi pun jika anda tukarkan fikiran negatif kepada fikiran positif.


3- Jadilah orang pertama yang meminta maaf

Ini adalah perkara yang paling susah untuk dilakukan oleh kebanyakan orang. Lebih-lebih lagi apabila diri merasakan tidak bersalah.

Kita sedia maklum, perselisihan tidak akan berakhir dengan damai jika tiada minta maaf. Perselisihan juga tidak akan berakhir jika pihak pertama berjaya membuktikan bahawa ia benar manakala pihak kedua salah. Tidak.


4- Jika anda dimarahi, cuba pandang tepat ke mata orang yang sedang memarahi anda

Perbuatan seperti ini sangat memberi kesan kepada orang yang sedang memarahi anda. Boleh jadi dia berhenti memarahi anda serta merta atau kemarahannya sedikit berkurang. Ini kerana, apabila anda sedang memandang tepat ke arah matanya, dia akan sedikit terganggu kerana dipandang begitu.

Cuba bayangkan jika anda menoleh ke tempat lain, atau anda menundukkan pandangan ke lantai. Kemungkinan kemarahannya akan terus menguasai anda.


5- Membaca seawal 5 pagi

5 pagi adalah waktu terbaik untuk membaca. Ramai orang-orang yang berjaya telah melalui pengalaman yang sama. Waktu inilah yang dapat menjadikan diri mereka selalu sukses.

Kenapa 5 pagi?

Kerana ketika waktu tersebut, otak kita sangat kuat dan masih kosong daripada memikirkan perkara lain.


6- Menghadapi keserabutan dengan membaca

Sangat jarang kita dengar orang yang selalu membaca mengalami masalah.

Membaca akan menjadikan kita lebih tenang, lebih positif, bersangka baik, akan sentiasa melihat keindahan dan suka menghormati orang lain. Sebaliknya, orang yang kurang membaca akan mengalami keserabutan, tidak terurus, malas dan sebagainya.

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.