Select Your Favourite
Category And Start Learning.

3 Rahsia Yang Menguatkan Hafalan Al-Quran Dr. Zakir Naik

Siapa tak kenal Dr Zakir Naik kan. Beliau memang terkenal dengan kekuatan hafalan dalil-dalil Al-Quran. Apabila berbicara sesuatu topik yang dirtanya, beliau terus memetik dalil-dalil Al-Quran beserta dengan surah apa dan ayat berapa. Bukan setakat ayat Al-Quran sahaja, bahkan kitab Veda dan Bible pun dihafal sekali beserta dengan nombor ayat.

Tahukah anda bahawa dulu dikatakan Dr Zakir Naik seorang yang gagap bahkan hendak memperkenalkan namanya di hadapan 25 orang penonton pun beliau tergagap-gagap.

Jadi apa yang dilakukannya sehingga beliau boleh menjadi sangat petah berbicara seperti hari ini?

Ada seorang wanita bernama Wandena tanya rahsia hafalan beliau. Kita pun pelik kan? Boleh jadi Dr Zakir Naik ni pakai cip komputer kah dalam kepala beliau sebab hafalan beliau ajaib betul.

Jadi apa sebenarnya rahsia beliau?

Secara ringkasnya, inilah jawapan Dr Zakir Naik.

Kata Dr Zakir Naik “Kekuatan hafalan saya adalah satu anugerah Allah kepada saya”.

Dr Zakir sambung lagi: “Jawapan kekuatan hafalan saya ada di dalam Al-Quran sebenarnya” sambil Dr Zakir mengangkat Al-Quran. Apa jawapan yang ada dalam Al-Quran tu ya? Teruskan membaca.

Dalam latihan dakwah yang diberikan kepada anak muridnya, Dr Zakir memberikan tiga rahsia yang perlu diikuti untuk mendapatkan kekuatan hafalan seperti beliau, bahkan lebih lagi. Apa rahsia yang beliau bagi tu? Ini tiga rahsianya:

Rahsia Pertama

Rahsia pertama ialah Dr Zakir Naik memberikan makna ayat dari Surah Ali Imran ayat 160. Ayat ini bermaksud:
“ Sekiranya Allah menolong kamu(memenangkan kamu), maka tidak ada orang yang akan mengalahkan kamu. Dan sekiranya Allah tidak mengendahkan kamu(tidak memberi pertolongan) siapakah yang dapat menolong kamu sesudah itu? Dan hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal”.

Kesimpulan dari rahsia pertama ini adalah, orang mukmin perlu percaya dan meletakkan tawakkal hanya kepada Allah semata-mata bukan bergantung kepada manusia.

Rahsia Kedua

Rahsia kedua ialah Dr Zakir memberikan makna ayat dari surah Al-‘Ankabut ayat 69 yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berjihad(berjuang) untuk Kami(menegakkan agama Kami) sesungguhnya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami(Kami berikan pertolongan dan hidayah untuk menjayakan perjuangan mereka). Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan”

Maksudnya di sini adalah kita perlu kerja keras.

Rahsia Ketiga

Rahsia ketiga ialah Dr Zakir Naik memberikan makna ayat lagi dari surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud:
“Maka bertanyalah kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui”

Yang ketiga bermaksud teknik. Kita perlu guna pelbagai teknik dan latihan menghafal yang khusus dipandu oleh guru yang berpengalaman.

Berjuta-juta teknik yang diajar kepada pelajarnya, tapi kembali kepada perkara paling utama iaitu tawakkal kepada Allah dan menolong untuk menegakkan agama Allah.

Maksudnya kalau kita hafal semata-mata nak dapat gelaran Al-Hafeez atau sebab-sebab lain selain untuk tujuan menegakkan agama Allah, maka mungkin hafalan kita tidak sekuat hafalan Dr Zakir Naik.

Hafal lah Ayat-ayat itu dengan tujuan ingin digunakan untuk berjuang menegakkan agama Allah nescaya Allah bagi keajaiban hafalan kepada kita, tak mustahil hafalan kita lagi kuat daripada Dr Zakir Naik.

Sumber gambar : pinterest.com

Comment List

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.