Select Your Favourite
Category And Start Learning.

Kenali 8 Tanda Kewangan Anda Dalam Keadaan Baik

Runsing tentang kewangan, sehingga ia menghantui kehidupan anda, wang sentiasa tak cukup, setiap kali gaji bertambah pon masih tidak mencukupi. Saya nak kongsi 8 petanda kewangan anda dalam keadaan baik.

Sekiranya kewangan anda tiada 8 tanda ini, sila berjumpa dengan Financial Planner yang berlesen berdekatan anda. Apakah tanda-tanda tersebut?

#1 Mempunyai aliran tunai yang baik

Aliran tunai anda adalah positif, duit masuk lebih banyak daripada duit yang keluar. Untuk memastikan duit masuk lebih banyak, sama ada anda perlu perbaiki pada aliran masuk atau aliran keluar.

Photo by Lukas from Pexels

Perbaiki aliran masuk, dengan banyakkan lagi saluran-saluran duit masuk dengan membuat kerja-kerja tambahan. Perbaiki aliran keluar dengan menyemak semula perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak patu.

#2 Anda tahu berapa banyak wang dibelanjakan

Masalah ini adalah masalah sejagat manusia kebanyakkan, mereka tak tahu kemana wang mereka dihabiskan. Adakah anda tahu ke mana wang anda dibelanjakkan, atau terkejut apabila semak di akaun bank tinggal RM10.

Tanda simple kewangan anda bagus, anda sendiri kena tahu kemana wang anda dibelanjakkan bukan pakat swipe sahaja kad kredit atau kad kredit.

#3 Anda Boleh Bayar Bil Anda Setiap Bulan

Anda bukan sahaja boleh bayar bil anda malah hutang dan pinjaman anda juga dibayar tepat pada masanya. Sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk membayarnya setiap bulan, kewangan anda masih perlu diperbaiki.

Photo by Lukas from Pexels

#4 Anda Boleh Buat Simpanan Setiap Bulan

Boleh dikatakan hampir kebanyakkan orang sukar untuk menyimpan atau mempunyai lebihan wang daripada pendapatan bulanan mereka. Sekiranya anda mempunyai lebihan dan digunakan untuk simpanan, maka secara umumnya kewangan anda dalam keadaan baik.

#5 Anda Mempunyai Dana Kecemasan

Kewangan yang baik apabila anda mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan pendapatan anda terputus sementara akibat dibuang kerja, atau perbelanjaan diluar jangka, seperti kerosakkan kereta dan lain-lain lagi.

Dana kecemasan menjadikan anda tidak perlu memohon pinjaman daripada mana-mana pihak dan bersedia dengan sebarang kemungkinan, dan kewangan anda dalam keadaan baik. Kajian menunjukkan hampir 70% rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan yang bernilai RM1000. Sadiskan.

#6 Risiko Kewangan Anda Rendah

Dalam menguruskan kewangan, semestinya terdapat risiko-risiko kewangan yang kemungkinan berlaku dan pasti berlaku. Kemungkinan berlaku seperti dibuang kerja, jadi mereka yang mempunyai dana kecemasan telah menjadikan risiko kewangan mereka rabak adalah rendah.

Atau pun anda perlu cuti tanpa gaji kerana perlu membuat rawatan kanser, ada perbelanjaan yang perlu dibayar sedangkan gaji sudah tidak masuk. Semestinya risiko kewangan anda tinggi. Kemungkinan yang pasti adalah kematian, cuma kita semestinya tidak mengetahui bila akan meninggal dunia.

Jadi pengurusan risiko amat penting, sekiranya kita meninggal dunia, ada orang yang mengharap wang daripada kita seperti anak-anak dan isteri untuk penerusan hidup mereka. Bagaimana anda merendahkan risiko kewangan anda adalah dengan mengambil perlindungan takaful.

#7 Anda Ada Pelaburan Untuk Menjana Lebih Banyak Duit

Tanda yang ketujuh kewangan anda dalam keadaan yang baik ialah anda mempunyai pelaburan dalam apa-apa instrumen sekali pun, untuk memastikan wang anda pertama kalis inflasi dan berkembang dengan baik.

Bukan anda sahaja yang menambahkan duit, duit juga perlu bekerja untuk menggandakan duit. Di Malaysia banyak pelaburan-pelaburan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang boleh anda manfaatkan, jangan terpedaya dengan skim-skim cepat kaya yang meragukan.

#8 Anda Sudah Merancang Setiap Perbelanjaan Besar Dalam Kehidupan

Tanda terakhir kewangan anda dalam keadaan baik ialah tiada perbelanjaan besar yang dibuat on the spot (orang kedah sebut: la la tu ). Apabila kewangan seseorang dalam keadaan baik, setiap tahun dia mempunyai belanjawan dan bajet yang diperuntukkan.

Perbelanjaan besar seperti membeli rumah, anda perlu keluarkan deposit, pendidikan anak-anak ke universiti, pembelian kereta, persaraan anda dan sebagainya, tetapi sekiranya anda tidak merancang perbelanjaan ini, anda akan terguna wang kecemasan anda. Sedangkan perbelanjaan besar perlu dirancang dengan lebih awal.

Lebih awal anda merancang lebih rendah kos untuk dikeluarkan bagi mencapai matlamat perbelanjaan besar tersebut. Sekiranya anda belum merancang, tidak tidak tahu bagaimana untuk merancang, bolehlah berjumpa dengan Perancang kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti, boleh rujuk link ini.

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: