COVID-19 : Amalan-Amalan Yang Boleh Dilakukan Agar Dijauhi Wabak

Saya terpanggil untuk berkongi amalan-amalan yang boleh dilakukan agar Allah SWT menjauhi kita semua daripada wabak dan bala seperti COVID-19 ini.

Amalan-amalan yang dicadangkan ini semestinya dilakukan selepas kita juga telah melaksanakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh para saintis kita iaitu: membasmi kuman dan virus melalui mencuci tangan menggunakan sabun dan cecair hand sanitizer, social distancing dan memakai mask dan lain-lain.

Amalan-amalan ini disenaraikan agar memudah untuk anda lakukan di rumah:

#1 Memperbanyakkan membaca doa:

Antara doa-doa yang boleh dibaca dan diamalkan seperti:-

DOA 1

DOA 2

Hal ini selari dengan firman Allah SWT [Al-Baqarah:186], semoga Allah SWT memperkenankan doa kita:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

#2 Memperbanyakkan membaca Al-Quran

Banyakkanlah membaca Al-Quran sibukkanlah dengan Al-Quran sepanjang tempoh kawalan pergerakkan ini. Semoga Al-Quran yang penuh keberkatan dan rahmat mengangkat wabak ini daripada muka bumi ini.

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” [Al-Isra’:82]

#3 Mendirikan Malam

Mendirikan malam bermaksud kita bangun dan berjaga pada dua per tiga malam lebih kurang satu atau dua jam sebelum subuh, mendirikan solat sunat dan berdoa kepada Allah SWT.

Di ketika semua orang masih lena, bangun malam ini mendekatkan kita dengan Allah SWT sehingga ia menjadi waktu yang paling mustajab dan mudah dikabulkan.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,

Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.”

Hadis Riwayat Imam Muslim

#4 Bersedekah

Tuan-tuan, mungkin pada logik pemikiran, bagaimana sedekah ini mampu menjauhi kita daripada wabak itu suatu yang sukar untuk digambarkan. tetapi yakinlah dengan sebuah hadis nabi SAW:

Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah.

Riwayat Imam Baihaqi

Ibnu Qayim al-Jauziyahberkata : “ALLAH SWT menolak pelbagai bencana dengan sedekah. Ketentuan ini sememangnya dimaklumi sama ada bagi para ulama ataupun orang awam. Sebab itulah ramai yang mempercayainya kerana mereka telah mencubanya. Sedekah memiliki kehebatan yang luar biasa untuk menolak pelbagai bencana meskipun sedekah itu dikeluarkan oleh orang yang fasik, zalim atau kafir.”

Marilah kita bersegera dalam bersedeqah, anda boleh rancakkan bersedeqah di projek ini: https://kunanta.net/2020/03/20/sakit-mental-peluru-senyap-di-palestin/.

#5 Bertawasul dengan Amalan Yang Paling Terbaik

Amalan ini adalah perincian kepada point satu memperbanyakkan membaca doa. Dalam munajat doa yang kita lakukan selain membaca doa-doa yang matsur daripada Nabi SAW, bacalah doa dengan kita bertawasul dengan amalan yang terbaik yang pernah dilakukan.

Contohnya: “Ya Allah, dulu kawan aku, fulan bin fulan, telah meminta wang daripada aku untuk dipinjam kerana dia perlu membeli keperluan asas untuk keluarganya, dan aku memberikan sejumlah wang yang itu merupakan wang terakhir yang aku ada, sekiranya amal ini adalah amal yang terbaik di sisi-Mu, maka Engkau angkatlah wabak COVID-19 ini Ya Allah.”

 Bertawassul dengan amal soleh berbetulan dengan sabda Nabi SAW dari Ibn Umar R.Anhuma diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari Rahimahullah di dalam sahihnya yang mana mengisahkan tiga orang yang terperangkap di dalam gua dan kemudian setiap dari mereka bertawassul dengan amal soleh masing-masing dan akhirnya Allah SWT menyelamatkan mereka.

Semoga 5 Amalan yang disenaraikan ini boleh dilaksanakan sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

Peringatan: Sebahagian amalan kemungkinan tiada dalil khusus berkaitan dengan terangkatnya wabak tetapi dalil umum yang boleh disandarkan kepada amalan harian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: