5 Kelebihan waqaf yang semua umat islam kena ambil tahu

Istilah wakaf dari segi bahasa bermaksud berhenti (السكن), menegah (المنع) dan menahan (الحبس). Dari segi istilah, wakafadalah menahan benda agar tidak dimiliki serta agar manfaatnyaboleh disedekahkan. Oleh itu, wakaf diertikan sebagai satuamalan dengan menyerahkan sebahagian harta dimiliki untukdimanfaatkan oleh masyarakat bertujuan mendekatkan dirikepada Allah SWT. Wakaf memutuskan segala bentuk hak dan penguasaan pewakaf ke atas harta yang diwakafkan. Berikutantara kelebihan berwakaf:

1. Pahala sentiasa mengalir walaupun sudah meninggal

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkanperkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atasitu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya

2. Ganjaran pahala yang besar

Firman Allah S.W.T

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakanharta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itupula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akanmelipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNyadan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

3. Berkongsi manfaat dalam kalangan masyarakat Islam untukmenghidupkan syiar Islam.

4. Mengukuhkan perpaduan ummah

.5. Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah s.w.t

Sumber :

1. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

2. Majlis Agama Islam Negeri Johor

3. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan

Ayuh berwakaf bersama Aman Palestin bagi pembinaan PUSAT KOMUNITI KESIHATAN DAN REHABILITASI MENTAL. Tahukah anda, 52,000 daripada 2.5 juta pendudukPalestin yang memerlukan bantuan rehabilitasi mental. Mental dan emosi mereka terganggu akibat daripada penyeksaan dan kekejaman zi0nis Isr4el. Masalah mental diibaratkan seperti”peluru senyap” yang bukan sekadar menyerang orang dewasa, malah kanak-kanak juga mengalami trauma akibat peperangandan kematian yang berlaku di hadapan mereka. Kami merayukepada masyarakat Malaysia untuk berwakaf sebanyak RM50bagi pembangunan pusat ini.

Untuk maklumat lanjut hubungi Mior ditalian 013-454 4015 atau tekan link whatsapp (Klik sini)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: