Select Your Favourite
Category And Start Learning.

COVID-19 :Simpanan Kecemasan Dalam Institusi Keluarga

Apabila berlaku suatu kecemasan adakah keluarga anda terkesan? Terutama melibatkan kewangan? Sekiranya ya, artikel ini untuk anda.

Kecemasan dalam artikel ini merujuk kepada suatu kejadian yang berlaku berlaku diluar jangka sehingga mengakibatkan kita perlu berbelanja untuk tujuan itu.

Contohnya:

Kehilangan mata pencarian @ diberhentikan kerja secara mengejut.

Kemalangan atau kerosakkan kereta yang tidak dilindungi oleh takaful/insurans.

Bil hospital atau rawatan (apabila anda dan keluarga tidak dilindungi).

Bayangkan COVID-19 yang sedang merebak sekarang, kesan buruknya dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia, pekerja-pekerja di syarikat penerbangan diberi pilihan untuk cuti beberapa bulan tanpa gaji.

Bagi mengelakkan impak buruk kepada kewangan kita dan keluarga maka pastikan anda dan keluarga anda mempunyai simpanan @ dana kecemasan.

Jumlah Dana Kecemasan?

Sekiranya anda ditimpa musibah seperti dibuang kerja atau diberikan cuti tanpa gaji akibat kemeseletan ekonomi misalnya. Adakah simpanan anda mencukupi untuk memastikan keluarga dan diri anda tidak terkesan akibat perkara yang tidak diduga ini?

#Sekiranya tiada tanggungan (isteri/suami yang semua keperluan sudah ditanggung oleh pasangannya) @ seorang yang bujang = 3-6 bulan perbelanjaan

Misalnya:

Ahmad seorang yang bujang, walaupun gajinya RM 5,000 sebulan, tetapi jumlah perbelanjaan bulanannya adalah sebanyak RM2,5000, maka jumlah simpanan kecemasan yang diperlukan adalah sebanyak RM7,500-15,000.

#Mempunyai tanggungan @ Pencari rezeki tunggal dalam keluarga = 6-12 bulan perbelanjaan

Misalnya:

Halimah seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak yang perlu ditanggung kewangannya. Gajinya RM5,000 sebulan, manakala perbelanjaannya adalah sebanyak RM4,500 sebulan, maka jumlah simpanan kecemasan yang diperlukan adalah sebanyak RM27,000-RM54,000.

#Pesara = 60 bulan perbelanjaan (5 tahun perbelanjaan)

Pak Ali seorang pesara, perbelanjaan bulanannya sebanyak RM2,500, maka jumlah dana kecemasan yang diperlukan oleh Pak Ali adalah sebanyak RM150,000.

Berapa lama rakyat Malaysia boleh bertahan sekiranya tiada PENDAPATAN?

Jeng-jeng…. kurang daripada 1 Minggu, ya tuan-tuan KURANG SATU MINGGU sahaja rakyat Malaysia boleh survive sekiranya mereka dibuang kerja, inilah hakikatnya.

Agak-agaknya CONVID-19 ni berapa ramai pekerja diberhentikan kerja? Saya boleh bayang bagaimana mereka begitu struggle untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan institusi kekeluargaan.

Sekiranya CONVID-19 memberi impak kepada kewangan institusi keluarga anda, boleh hubungi saya untuk saya memberi konsultasi percuma kepada anda. Konsultasi terhad kepada 10 orang sahaja.

CEPAT!!!

CEPAT!!!

https://jom.chat/konsultasikewangan

https://jom.chat/konsultasikewangan

https://jom.chat/konsultasikewangan

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: