Select Your Favourite
Category And Start Learning.

Mana Satu Aliran Tunai Keluarga Anda?

Membina keluarga bukan suatu yang mudah, banyak ilmu yang perlu dipelajari selain berkaitan hubungan suami isteri serta pendidikan anak-anak, mengurus kewangan keluarga juga memerlukan ilmu.

Dulu anda bujang, hanya menguruskan perihal diri sendiri, apabila berkeluarga pengurusan kewangan bukan melibatkan diri anda sahaja malah seluruh ahli keluarga yang dibawah tanggung anda.

Artikel kali ini, Mukhlis nak terang berkaitan aliran tunai keluarga, keluarga korang aliran tunai yang mana satu?Sebelum tu, apakah itu Aliran Tunai?

Aliran tunai merujuk kepada pergerakkan wang sama ada yang masuk atau keluar terhadap seseorang individu, keluarga, syarikat atau apa-apa badan.

Jadi segala wang yang keluarga itu dapat melalui pekerjaan yang dilakukan oleh ahli keluarga (suami & isteri) dikira sebagai pergerakkan wang masuk.

Adapun segala perbelanjaan baik perbelanjaan peribadi atau keluarga dikira sebagai pergerakkan wang keluar. Mudahkan untuk faham?

Mana Satu Jenis Aliran Tunai?

Saya akan terangkan jenis-jenis aliran tunai, supaya anda boleh faham kondisi kewangan keluarga anda, sama ada sedang baik, bagus atau pun nazak.

#1 Aliran Tunai Positif @ Sihat

Sekiranya aliran tunai keluarga anda di jenis ini sekarang, bermaksud kondisi kewangan keluarga anda sihat dan positif. Boleh saya katakan tak banyak keluarga berada dalam jenis ini jika dibandingkan dengan jumlah keluarga yang berada di jenis kedua dan ketiga.

Jenis aliran ini mudah sahaja nak difahami, keluarga yang berada di dalam jenis ini, pendapatan mereka lebih banyak daripada perbelanjaan.

Adakah gaji mereka besar? Tak semestinya. Adakah nafsu mereka kecil? Tak semestinya. Nanti artikel yang lain saya akan bawa contoh kajian kes.

Apakah ciri-ciri keluarga yang berada di jenis aliran tunai ini?

  • Apabila masuk gaji @ pendapatan baru, duit pendapatan bulan lepas masih ada lagi.
  • Simpanan keluarga ini bertambah setiap bulan
  • Keluarga ini selalunya ada dana kecemasan
  • Jumlah hutang sekiranya ada akan berkurang dari semasa ke semasa
  • Perbelanjaan keluarga ini tidak melampau serta jumlahnya tidak menyamai jumlah pendapatan

Menarikkan keluarga yang berada di jenis aliran tunai, InsyaAllah Kun Anta akan mendidik lebih banyak keluarga untuk berada dalam kondisi aliran tunai yang sihat ini.

#2 Aliran Tunai Sedang-Sedang @ Boleh Nafas Lagi

Jenis aliran ini, tidaklah teruk sangat tapi tidak boleh dibanggakan sebab bagi saya, aliran tunai jenis ini, boleh nafas lagi tetapi ia berada dalam kondisi yang kadang-kadang sihat tetapi banyaknya sakit.

Aliran tunai sedang-sedang ini apabila jumlah pendapatan keluarga tersebut sama banyak dengan jumlah perbelanjaan keluarga.

Sekiranya pendapatan isi rumah RM10,000, perbelanjaan keluarga itu juga sebanyak RM10,000.

Apakah ciri-ciri keluarga yang berada di jenis aliran tunai ini?

  • Kalau esok masuk duit gaji, hari ini gaji bulan lepas baru habis, orang kedah sebut ngam-ngam.
  • Ada bulan yang Alhamdulillah ada lebihan tapi kebanyakkan bulan ngam-ngam.
  • Simpanan keluarga statik, tidak bertambah dan tidak juga berkurang
  • Jumlah hutang sekiranya ada berkurang dari semasa ke semasa
  • Jumlah perbelanjaan keluarga menyamai jumlah pendapatan

#3 Aliran Tunai Negatif @ Kronik

Keluarga yang berada dalam jenis ketiga ini, saya yakin lebih ramai berbanding jenis pertama. Kewangan keluarga ini sedang tenat dan kronik.

Jenis ini berlaku apabila pendapatan keluarga kurang berbanding jumlah perbelanjaan. Misalnya keluarga A berpendapatan RM15,000 sebulan dalam masa yang sama perbelanjaan bulanan keluarga A ini adalah sebanyak RM17,000.

Keluarga ini short RM2,000 sebulan, tetapi bagaimana keluarga ini boleh berbelanja lebih RM2,000 pula berbanding jumlah pendapatan? Jeng-jeng.

Apakah ciri-ciri keluarga yang berada di jenis aliran tunai ini?

  • Kewangan keluarga ini kena penyakit BBHGSH (Bulan Belum Habis, Gaji Sudah Habis)
  • Simpanan keluarga menyusut dan berkurang setiap bulan
  • Jumlah hutang bertambah, terutama hutang kredit kad atau hutang dengan kawan-kawan/keluarga
  • Sekiranya ada mencarum takaful, kemungkinan tinggi sijil tersebut akan lapse
  • Berbelanja melebihi pendapatan isi keluarga

Keluarga korang ada ciri-ciri aliran tunai yang mana satu? Sekiranya jenis pertama, Alhamdulillah keep it up, sekiranya jenis kedua dan ketiga, sila buat tindakan segera.

Walaupun penulisan ini ditulis untuk mereka yang berkeluarga tapi ilmu ini juga bermanfaat untuk mereka yang bujang juga.

Ingin dapatkan konsultasi percuma bersama Perunding Kewangan Berlesen berkaitan pengurusan kewangan keluarga?

Sila klik:

https://jom.chat/konsultasikewangan

https://jom.chat/konsultasikewangan

https://jom.chat/konsultasikewangan

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: