Masalah Kewangan Yang Menggugat Rumahtangga

Saya bertemu seorang sahabat setelah lama tidak berjumpa, sambil menghirup teh tarik McDonald yang mengansyikkan, kami berbual panjang tentang perjalanan kehidupan dan bisnes masing-masing.

Setelah beberapa waktu berlari, dia cuba meluahkan rasa hati dan keadaannya kepada saya dalam pertemuan itu, tapi percakapannya dihentikan oleh dirinya: “Panjang cerita dan masalah yang berlaku kepada saya, tapi tak pe lah nanti saya kongsi di pertemuan lain.”

Saat mendengar ayat tersebut, saya dapat menangkap ada suatu yang berlaku kepada rumahtangga beliau, saya cuba tarik perlahan-perlahan perbualan kami sehingga dia akhirnya meluahkan rasa dan cerita berkaitan rumahtangga beliau.

“Saya dah bercerai, Mukhlis, mak ayah kepada isteri datang jumpa untuk saya lepaskan anaknya”, saya juga tak sangka perkara ini akan berakhir dengan penceraian tetapi itu hakikat yang perlu diterima. Ia sangat berkait rapat dengan kewangan.

Kewangan dan Perkahwinan

Sebelum berkahwin, pastikan pasangan mengetahui kondisi kewangan kita, perkara ini banyak berlaku kepada lelaki yang berbisnes, bisnes mereka belum berjaya, dan perkahwinan memerlukan seorang isteri yang memahami berkaitan jatuh bangun dalam bisnes agar pasangan boleh bersabar dan saling menguatkan.

Apabila pasangan tidak memahami kedudukan kewangan, pasangan menuntut dan meminta sesuatu yang di luar kemampuan walaupun mereka berhak mendapatkannya daripada seorang suami.

Perkahwinan suatu ikatan yang memerlukan saling memahami, isteri memahami keadaan suami dan begitu juga sebalikknya. Kesan yang berlaku kepada sahabat saya, dia melepaskan isterinya walaupun dia sangat mencintainya, dia mengharap pasangannya bersabar tetapi mungkin tingkat kesabaran setiap orang berbeza.

Berkenalanlah dengan bakal pasangan, sekiranya anda tidak sanggup untuk bersusah dengan keadaan pasangan, lebih baik mencari pasangan yang sekufu dan sesuai dengan anda.

Berterus-Terang Kepada Pasangan Berkaitan Kewangan

Dalam perkahwinan, suami perlu berterus-terang kepada isteri tentang kewangan terutamanya melibatkan kewangan keluarga. Suami merupakan tulang belakang keluarga sudut kewangan, isteri perlu mengetahui berapa berat beban yang sedang tulang belakang menanggung.

Ketidakjelasan akan hal ini, mengundang syak wasangka antara pasangan, bila duit suami habis sebelum masuk gaji baru, ada isteri yang bersangka buruk yang duit suaminya mungkin habis awal kerana ada perempuan lain di belakang.

Sekiranya pendapatan suami diketahui oleh sang isteri, sudah tentu isteri yang merupakan tiang sari rumahtangga akan memahami, dan membantu si suami dalam menambahkan pendapatan keluarga dan tidak meminta sesuatu yang melampau-lampau.

Keluarga yang dibina adalah keluarga bersama, bukan hanya dipikul oleh satu pihak sahaja. Jangan mahligai ini runtuh kerana salah faham dan syak wasangka terutama berkaitan pengurusan kewangan.

Urus Kewangan Keluarga Dengan Baik

Mengurus kewangan ketika bujang tidak sama dengan mengurus kewangan ketika berkeluarga. Kalau bujang, kita berlapar pun tiada masalah, tapi bila mempunyai keluarga, anak kelaparan membuatkan kita tak duduk senang.

Uruslah kewangan keluarga dengan baik, anda boleh berjumpa dengan mana-mana Perancang Kewangan Berlesen yang ada di Malaysia untuk mendapat khidmat nasihat mereka berkaitan mengurus kewangan keluarga. Tidak rugi.

Semoga keluarga anda kekal bahagia hingga ke syurga!!

Artikel Menarik daripada Penulis: https://kunanta.net/2020/02/03/bagaimana-mendidik-anak-anak-menghargai-wang/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: