Select Your Favourite
Category And Start Learning.

Berperang Dengan Allah SWT? Nantikan Kemurkaan daripada-Nya

Adakah anda sedang berperang dengan Allah SWT? Sungguh menakutkan apabila kita tergolong dalam kalangan mereka yang sedang memerangi Allah dan Allah memerangi kita.

Ia satu kemurkaan yang maha besar yang menimpa. Tentera Allah yang tiada golok tandingnya, yang dapat dilihat mahupun tidak dapat dilihat. Saat menyerang tiada siapa yang mampu menandingi-Nya.

Lihatnya bala-bala dan azab yang diturun kepada umat-umat terdahulu, berjalan dan merantaulah melihat tempat-tempat yang dimusnahkan oleh Allah swt. Meremang bulu kegerunan. Nauzubillah min zalik.

Melihat Kepincangan Dalam Rumah Tangga Orang Lain Membuatkan Anda Tidak Mahu Berkahwin, Ini Teguran Untuk Anda

Menggerunkan dan merunsingkan bila mana suatu kuasa besar dunia mengisytiharkan peperangan ke atas negara kecil dan membangun seperti Malaysia, Brunei dan lain-lain negara.

Mungkin kerana kekuatan yang dimiliki oleh mereka teramat besar dibandingkan kekuatan yang dimiliki oleh negara kecil dan membangun.

Ini dalam hal dunia politik, cuba bayangkan sekiranya Allah SWT, pemilik seluruh alam ini yang memiliki segala kekuatan, kekuatan di bumi dan langit, Penguasa alam semesta mengisytiharkan perang terhadap sesuatu pihak atau negara. Tiada tangan yang mampu menghalang kekuatan milik Allah SWT.

Dosa Yang Mengundang Peperangan Dengan Allah

Riba, ya riba. Umat Islam lebih jijik dengan B@b! berbanding RIBA, sedangkan dosa riba teramat besar beratnya.

Allah SWT berfirman:

“Oleh itu, kalau kita tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, Dan jika kamu bertaubat maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah modal pokok untuk harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”(Al-Baqarah:279)

Sangat berat dosa ini, kerana Allah SWT mengisytiharkan perang kepada pelaku riba ini.

Lihat sahaja Greece, negara yang hebat tetapi kerana hutang dan terikat dengan riba yang membebankan negara itu diisytiharkan darurat dan muflis sehingga terpaksa meminta bantuan daripada negara-negara kesatuan eropah.

Amerika Syarikat sahaja pada tahun 2008 menghadapi suatu krisis kewangan yang terbesar ia juga disebabkan sistem riba sehingga banyak syarikat besar di sana terpaksa ditutup dan di’bail-out’ oleh kerajaan.

Ketahui Lebih Lanjut Berkaitan Riba

Kerana dosa yang teramat berat berkaitan riba, tuan-tuan boleh membeli 4 Ebook Muamalat yang dihasilkan oleh Dewdemy yang membantu tuan-tuan untuk memahami asas muamalat dengan lebih mudah dan memahami perihal isu riba.

Pelaburan ilmu tidak pernah merugikan, 4 Ebook ini telah membantu lebih 100 orang dalam memahami ilmu asas Muamalat secara mudah.

Kenapa Mudah? 5 Sebab di bawah

#1 100% berwarna

#2 Grafik Kartun yang membantu pemahaman

#3 Ayat dan Istilah yang telah dipermudahkan

#4 Disampaikan dalam bentuk penceritaan

#5 Nota Ringkas, dialog dan isi penting

Dapatkan ke semua 4 Ebook ini yang bernilai RM135:

1)Starter Kit Muamalat FUN (RM80)

2)Emas, Hukum dan Produk Semasa (RM35)

3) 8 Definisi Akad Muamalat (RM10)

4) 5 Persoalan Muamalat (RM10)

Pembelian melalui Kun Anta Platform anda menikmati DISKAUN sebanyak RM45, anda hanya perlu membayar RM90 untuk mendapat keempat-empat ebook ini

Tempahan boleh dibuat melalui link:

https://jom.chat/muamalatku

https://jom.chat/muamalatku

https://jom.chat/muamalatku

Leave a comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: