Inilah MANFAAT Jika Anda Memahami dan Menghayati Ayat Suci Al-quran

Apa MANFAAT Jika Anda Memahami dan Menghayati Ayat Suci Al-Quran?

Pernahkah kita tahu apakah manfaat jika kita memahami sesuatu ayat dan kita menghayati maknanya?

Jom baca kisah ini.

Kisah Imam Abu Hanifah ditegur oleh seorang Arab Badawi

Photo by Utsman Media on Unsplash

Pernah suatu ketika di Kufah ada seorang Arab Badawi solat di hujung saf belakang Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah mengimamkan solat subuh berjemaah.

Ketika itu, Allah izin Imam Abu Hanifah tersilap bacaan surah di dalam solatnya. Dia tersilap dalam membaca ayat dalam surah Al-maedah iaitu ayat 38.

Firman Allah:

وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقۡطَعُوٓاْ أَيۡدِيَهُمَا جَزَآءَۢ بِمَا كَسَبَا نَكَٰلٗا مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٞ

Al-maedah: 38

Yang mana maksud ayat demikian adalah:

“Dan pencuri lelaki dan pencuri wanita maka (Hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satubalasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan dan juga sebagai hukuman pencegah daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Imam Abu Hanifah tersilap membaca akhir ayat itu dengan menyebut “Wallahu Ghafur Al-rahim” (Allah Maha Pengampun dan Penyayang).

Lalu si badawi itu menegur Imam Abu Hanifah. Dia membetulkankan ayat itu “Wallahu ‘Azizun Hakim” (Allah Maha Kuasa dan Bijaksana)

Apabila dengarkan itu, lalu Imam Abu hanifah sedar bahawa dia tersilap. Maka dia ulang dan betulkan ayat tersebut.

Setelah selesai solat subuh, dia berdiri untuk menghargai orang yang membetulkan kesalahan bacaannya. Dia berkata: “Semoga Allah balas kebaikan orang yang tegur aku sebentar tadi untuk betulkan satu ayat Al-quran”

Maka si badawi itu teruja apabila Imam Abu Hanifah berkata sedemikian. Dia teruja kerana dia hanya berasal daripada kampung dan dia telah menegurkan kesilapan seorang tokoh fiqh hebat di Iraq.

Lantas si badawi itu menjawab: “sayalah orangnya wahai Imam Abu Hanifah”. Lalu Imam Abu Hanifah berkata: “Semoga Allah balas kebaikan kepadamu”.

Kemudian Imam Abu Hanifah bertanya: “Adakah kamu menghafal Al-quran?”

Jawabnya “Tidak”.

 Ditanya lagi “Adakah kamu ada menghafal mana-mana surah?”

“Tidak”

Kemudian Imam Abu Hanifah bertanya lagi “Adakah kamu tahu mana-mana ayat al-quran?”

Lalu si Arab Badawi itu jawab “Ini kali pertama saya dengar dan ayat ini daripada bacaanmu”

Kesan menghayati makna ayat suci Al-quran

Photo by Adli Wahid on Unsplash

Terkejut Imam Abu Hanifah apabila si badawi itu mengatakan hal sedemikian. Maka Imam Abu Hanifah bertanya lagi “Siapa yang ajar kamu tentang penutup ayat itu?”

Lalu kata si badawi itu “jika penutup ayat itu Allahu Ghafur Al-rahim (Maha Pengampun dan Penyayang) pasti Allah tidak menghukum potong tangan keatas si pencuri. Tetapi kerana Allah bertegas dengan kuasanya dan menghukum si pencuri dengan hukuman potong tangan, maka pasti Allah menyebutkan Allahu ‘Azizun Hakim (Maha kuasa lagi Maha Bijaksana) bukan Allahu Ghafur Al-rahim (Maha Pengampun dan Penyayang).

Kisah ini menunjukkan bahawa si badawi itu mendengarkan Al-quran dengan isi hatinya. Dia menghayati maknanya. Dia mendengarkan Al-quran dengan memikirkan sedemikian.

Itulah manfaatnya apabila kita mendalami dan menghayati ayat Al-quran. Wallahua’lam.

Baca juga: Kesan Perbuatan Maksiat Terhadap Ilmu dan Daya Ingatan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: