Inilah KESAN perbuatan maksiat terhadap ilmu dan daya ingatan anda

Inilah KESAN Perbuatan Maksiat Terhadap Ilmu dan Daya Ingatan Anda

Kita idamkan minda yang mampu menghafal dan peroleh ilmu dengan mudah?

Mari kita selami kisah Imam Syafi’e serta ambil iktibar daripada kisahnya.

Kisah Imam Syafi’e dalam menghafal sesuatu

Imam Syafi’e seorang yang terkenal dan diketahui bahawa hafalannya sangat menakjubkan. Ketika kecil lagi dia memiliki daya ingatan dan hafalan yang sangat baik.

Dia mampu menghafal sesuatu dengan sekali pandang. Ketika dia berumur 9 Tahun, dia sudah menjadi Imam kepada orang ramai.

Adapun Imam Malik juga menjadi makmumnya sedangkan dia adalah guru kepada Imam Syafi’e.

Apabila Imam Syafi’e membaca satu kitab, dia akan mengangkat labuh lengan baju kirinya untuk menutup muka surat kiri. Maka dengan itu, mindanya tidak akan bercelaru dengan hafalannya.

Photo by Ksenia Makagonova on Unsplash

Jika dia terpandang pada muka surat kiri, dia akan terhafal muka surat kiri sebelum kanan tersebut. Begitu sekali kehebatan hafalannya.

Kehebatan dan kelajuan Imam Syafi’e untuk menghafal sesuatu seperti sebuah kamera. Sedang hafalan kita pun tidak mampu mencapai seperti itu. Kadang-kadang kita pun boleh terlupa nama kawan sendiri. Belum lagi perkara lain yang sering kita lupa.

Pada suatu ketika Imam Malik yang sedang mengajar. Imam Syafi’e datang kepadanya. Ketika itu Imam Syafi’e baru berumur 14 tahun.

Tinggalkan perkara maksiat

Kebetulan ketika itu Allah izinkan angin kuat. Maka terselaklah tumit kaki seorang wanita. Mata Imam Syaf’ie terpandang pada tumit wanita itu. Kemudian dia pulang. Dia dapati kelajuan hafalannya tidak sama seperti sebelum ini.

Apabila dia merasakan kelajuan hafalannya tidak seperti dahulu. Maka dia pergi menziarahi gurunya, Al-Waki’. Dia menceritakan tentang musibah hafalannya yang semakin kurang baik.

Lalu gurunya itu menasihati Imam Syafi’e supaya meninggalkan maksiat. Al-Waki’ mengatakan bahawa ilmu itu adalah cahaya dan ilmu Allah itu tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.

Maka begitu juga kita perlu hindari segala pintu yang membuka jalan kemaksiatan. Jagalah pandangan, tutur kata, dan perkara-perkara lain agar kita dijauhkan daripada musibah itu.

Bukan sekadar mendapat hafalan yang kuat, tetapi juga mudah menuntut ilmu jika kita tinggalkan maksiat. Wallahua’lam. Semoga kita dapat menjadi seorang yang hebat seperti Imam Syafi’e. InsyaAllah.

Baca juga: Anda Akan Peroleh Sesuatu Yang Lebih Baik Jika Melakukan Perkara Ini.

1 thought on “Inilah KESAN Perbuatan Maksiat Terhadap Ilmu dan Daya Ingatan Anda”

  1. Pingback: Inilah MANFAAT Jika Anda Memahami dan Menghayati Ayat Suci Al-quran

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: