Tiada sebab untuk anda bimbang selepas membaca artikel ini

Tiada Sebab Untuk Anda Bimbang Hari Esok Selepas Membaca Artikel Ini

Kita risau dan bimbang hari esok? Serahkanlah segala urusan kita kepada Allah.

Takdir itu bukanlah berdasarkan aturan dan impian kita. Walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan di dunia, takdir itu tetap urusan Allah.

Adakalanya kita impikan cuaca elok dan sejuk sepanjang tahun seperti 20 darjah selsius.

Sedangkan aturan atau impian itu boleh membuatkan pokok kurma dan beberapa tumbuhan lain tidak tumbuh. Ia hanya tumbuh dalam cuaca yang sangat panas.

Photo by Will Bolding on Unsplash

Kisah burung pipit menyerang negeri China

Pada tahun 1958, ketika itu terdapat burung-burung pipit yang merosakkan semua sawah padi, tanaman dan hasil agrikultur China. Maka jutaan rakyat China keluar mengetuk kuali sepanjang hari.

Mereka keluar di setiap ceruk negeri China sehinggakan burung-burung pipit itu tidak dapat rehat di pokok dan sarangnya. Gangguan itu membuatkan burung-burung pipit kekal terbang di awan dan kemudiannya jatuh mati semuanya.

Selepas beberapa hari, belalang pula menyerang dan memakan semua hasil tanaman di China. Mengapa? Kerana burung pipit makanannya ialah belalang.

Apabila tiada populasi burung pipit, maka bertambah banyak bilangan populasi belalang. Maka dengan sebab itulah kita hanya perlu biarkan ekosistem itu seimbang sepertimana aturan Allah.

Kita tidak tahu apa yang Allah tahu. Ilmu-Nya teramatlah luas. Maka serahkanlah urusan itu kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui

Photo by Reiner Knudsen on Unsplash

Tua itu juga satu rahmat

Diceritakan terdapat sepasang suami isteri yang tua dan semakin beransur tua, isterinya pergi kepada doktor rawat kulit dan meminta nasihat doktor itu mengenai kulitnya yang semakin menua.

Dia menganggap dan merasakan tua itu sebagai satu kesusahan. Sedangkan tua itu adalah satu kelapangan.

Mengapa? Kerana ketika itu, minda kita semakin tenang, ibadah kita juga semakin bertambah, adab kita bertambah baik, tutur kata lebih terjaga dan sebagainya. Ketika itu kita lebih mengingati mati berbanding ketika usia muda.

Sedangkan ketika usia muda kebanyakan daripada kita risau dengan pelbagai perkara.  Maha suci Allah, tua itu sememangnya adalah satu rahmat.

Ingat, takdir itu bukan berdasarkan aturan kita sekalipun apa yang kita rancang dan pilih. Allah yang mencipta segala sesuatu yang dikehendaki-Nya. Pilihan Allah jualah segala-galanya.

Kita hanyalah tetamu, tak perlu bimbang

Sepanjang kita hidup di dunia ini, kita perlu ingat kita semua hanyalah tetamu Allah di dunia ini. Kita adalah tetamu di negeri Allah. Maka sebagai tetamu, kita tidak perlu bimbang dengan urusan tuan rumah.

Rezeki dan umur seseorang itu semuanya telah tercatat. Adapun perompak yang mencuri atau penipu yang berdusta atau orang penting yang menerima rasuah dengan mengambil jutaan wang.

Sekiranya mereka bersabar dan menjauhi untuk tidak melakukan hal demikian, pasti rezeki akan datang secara halal dan berkat. Wallahua’lam.

Baca juga: Anda Pernah Gagal? Tiada Sebab Untuk Anda Kecewa Selepas Membaca Artikel Ini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: