Anda Perlu Baca Artikel Ini Sebelum Menghukum Orang Lain

Kita sebagai orang yang beriman tidak boleh cepat menghukum orang lain. Jangan tertipu dengan apa yang kita lihat. 

Photo by Aziz Acharki on Unsplash

Kisah anak perempuan Imam Ahmad yang cepat menghukum dan bersangka buruk.

Diceritakan kisah dimana ‘Aisyah anak perempuan Imam Ahmad berumur 9 tahun.

Dia mendengar Imam Ahmad dalam setiap solat mendoakan untuk Imam Syafi’e. “Ya Allah berkatilah Muhammad Bin Idris! Ya Allah berkati umurnya! Ya Allah berkatilah ilmunya!”

Soal anak perempuan itu: “Siapakah orang yang kau doakan pada setiap solat ini?”

Imam Ahmad menjawab: “Wahai anak perempuanku, yang namanya Syafi’e ini umpama matahari kepada dunia dan umpama kesihatan pada tubuh badan”. 

Ketika Imam Syafi’e pergi menziarahi Imam Ahmad, anak perempuan itu, Aisyah ada di rumah Imam Ahmad.

Dia ingin melihat siapakah Imam Syafi’e ini? Bagaimanakah qiyamullailnya?

Apabila Imam Syafi’e mendirikan solat isyak kemudian pulang bersama Imam Ahmad. Anak perempuan itu melihat Imam Syafi’e dihidangkan satu hidangan di depannya.

Dia makan sehingga habis. Kebiasaannya para ulama, wali dan orang-orang soleh, mereka hanya makan sedikit sahaja. Tetapi Imam Syafi’e pula makan banyak.

Berbeza dengan kita. Kita makan banyak, tidur pun banyak. Tetapi apabila kerja sedikit dan malas.

Kemudiaan Aisyah melihat setiap selang beberapa minit, Imam Syafie duduk sambil kepala bertongkat tangan kemudian dia baring kesebelah sisi kanan dengan tangan.

Ketika hampir masuk subuh, Imam Syafi’e bangun dan terus pergi mendirikan solat tanpa mengambil wudhuk lain. 

Selepas pulang daripada solat subuh, si anak perempuan itu berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, ada perkara pelik, saya hairan bagaimana ayah selalu sebut Syafi’e, Syafi’e, Syafi’e selepas solat sedangkan makan malam semua dia habiskan, kemudian dia tidur sepanjang malam padahal kamu selalu pesan ayat quran ini, ‘mereka merenggangkan diri dari tempat tidur. ’ Namun ketika dia solat pula, dia solat tanpa wuduk.”

Kata Imam Ahmad kepada anak perempuannya: “Kita sudah mengumpat sheikh, dia tetamu kita. Ayah akan beritahunya.”

Photo by NeONBRAND on Unsplash

Jangan menghukum seseorang selagi tidak dengar penjelasannya.

Lalu mereka pergi bertanyakan kepada Imam Syafi’e.

Apabila ditanyakan tentang itu, Imam Syafi’e menjawab: “Aku makan sehingga habis kerana makanan yang halal adalah ubat bagi segala penyakit. Ada lagikah makanan yang lebih halal selain makanan Ahmad Bin Hambal?”

Ditanyakan pula mengenai selepas tidur dia bangun mendirikan solat tanpa wudhuk. Imam Syafie menjawab: “Kepalaku dipenuhi dengan 41 masalah fiqh, tetapi kerana keberkatan berada di rumah kamu, aku temui solusi dan jawapan bagi 39 masalah itu. Aku berfikir sehingga dapat selesaikannya sehingga azan,kemudian aku bangun solat.” 

kisah ini memberi iktibar dan peringatan agar kita tidak cepat menghukum orang lain dengan apa yang kita lihat. Sepertimana anak perempuan itu cepat menghukum, begitu jugalah kita jika kita seorang yang cepat menghukum.

Janganlah terlalu cepat menghukum orang lain berdasarkan apa yang kita lihat pada mereka kerana sangkaan itu mungkin salah. Ada kemungkinan ia membuka jalan kepada berlakunya fitnah. Wallahua’lam.

Baca juga: Inilah Azab Api Neraka Yang PALING RINGAN Yang Perlu Anda Ambik Iktibar!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: