Ingin Rezeki Bertambah? Anda akan ketahui caranya selepas membaca artikel ini

Ingin Rezeki Bertambah? Anda Akan Ketahui Selepas Baca Artikel Ini

Adakah terdapat cara-cara yang disebutkan dalam Al-quran agar rezeki bertambah?

Seperti yang kita tahu, manusia sikapnya tamakkan sesuatu agar dia dapat teruskan kehidupan dengan selamat dan sempurna.


Allah SWT berfirman di dalam Al-quran:


“Sekiranya mereka berjalan betul di jalan (Islam), pasti Kami limpahkan mereka dengan hujan lebat. Untuk Kami uji mereka.”

Surah Al-jin: 16-17
Photo by Rachid Oucharia on Unsplash


Antara sebab pertama bertambahnya rezeki adalah dengan melaksanakan perintah Allah secara berterusan dan istiqomah.

Mungkin kita terhalang daripada beberapa pintu rezeki kena perbuatan maksiat.


Rumah dan tempat niaga yang terjaga pandangan dan lisan serta didirikan solat di dalamnya. Demikianlah tempat niaga yang akan diberikan rezeki dan diberkati Allah.


Sebagaiman firman Allah diatas. Antara salah satu sebab paling besar bertambahnya rezeki adalah istiqomah melakukan perintah Allah.


Firman Allah lagi:


“Mereka yang berkata ‘Allah Tuhan kami’ kemudian tetap teguh di jalan betul, akan turun malaikat kepada mereka: “Janganlah kamu berasa bimbang dan berasa sedih. Terimalah berita gembira bahawa kamu beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong kamu dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Di syurga, tersedia apa yang nafsu kamu inginkan. Di syurga, tersedia apa yang kamu cita-citakan”

Surah Fussilat: 30 – 32


Mustahil wujud perasaan sedih sedangkan kita beriman kepada Allah. Semua perkara adalah dalam kekuasaan-Nya.

Sesungguhnya Dia ada bersama-sama kita. Allah mendengar, melihat dan mengetahui segala sesuatu.

Photo by Zac Durant on Unsplash

Bergantunglah kepada Allah dalam semua urusan


Apabila dikatakan semua perkara adalah dalam kekuasaan-Nya. Jadi pastikan kita sentiasa kekal berada di jalan Allah.

Maka dengan itu kita akan sedar bahawa Allah sentiasa ada bersama kita. Tinggalkanlah apa-apa sahaja yang menjadikan kita tamak.

Artikel berkaitan: Jangan khuatir tiada rezeki selagi masih melakukan tuntutan tuhan.


Apabila Allah memberikan sesuatu, tiada sesiapa pun yang boleh menghalang-Nya. Tiada yang dapat memberikan sesuatu jika Allah tidak mengizinkannya.


Maka letakkanlah pergantungan amal kita kepada Allah dan istiqamah dalam mentaati-Nya. InsyaAllah itulah salah satu sebab atau cara bertambahnya rezeki. Wallahua’lam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: