inilah azab api neraka yang paling ringan yang perlu anda ketahui!

Inilah Azab Api Neraka Yang PALING RINGAN Yang Perlu Anda Ambik Iktibar!

Di dalam Al-quran Allah telah mengajar satu doa untuk diamalkan agar dijauhkan daripada seksaan azab api neraka.

Firman Allah SWT:

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: ‘Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami….”

Al-Furqan: 65

Golongan tersebutlah yang dikatakan istimewa di sisi Allah. Allah menyukai golongan ini kerana satu perkara. Mereka meminta kepada Allah agar tidak diperlihatkan neraka.

Mereka memalingkan diri daripada melihat neraka apatah lagi mendekatinya.

Allah berfirman lagi:

“Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk”

Al-furqan: 66

Seperti kita sedia maklum, hukumannya sangat berat dan amat pedih azabnya. Tiada siapa yang mampu memikirkan tetangnya apatah lagi menanggungnya.

Photo by Mohamed Nohassi on Unsplash

Mereka menyangka mereka mampu tinggal di neraka untuk seketika

Ketika satu program remaja dijalankan, terdapat seorang perempuan di Florida.

Dia berkata: “Aku banyak melakukan perkara haram. Jadi aku tidak akan memasuki neraka buat selama-lamanya kan? Sebab aku adalah seorang Muslim. Jika aku dimasukkan kedalam neraka sekalipun, aku tidak akan memasukinya buat selama-lamanya.”

Doa yang diajarkan dalam Al-quran itu meminta agar tidak mahu menjejaki neraka sama ada sebentar ataupun lama. Begitu juga tidak ingin melihatnya.

Allah menyukai mereka yang tidak sesekalipun ingin ke neraka sama ada hanya seketika.

Namun ada seorang muslim yang berkata: “Aku tidak ingin ke neraka buat selama-lamanya. Tetapi apa salahnya jika hanya sebentar, mungkin kita boleh lakukan sedikit perkara haram.”

Demikianlah budaya sebahagian orang yahudi. Mereka menyangka tidak apa-apa jika hanya beberapa hari. Mereka rasa mereka mampu tanganinya.

Apatah lagi mereka tahu bahawa seorang muslim tidak akan kekal di neraka buat selama-lamanya. Mereka akan masuk syurga selepas diazabkan di neraka. Jadi, mereka merasakan seolah-olah tidak apa-apa untuk merasai azab neraka hanya untuk seketika.

Bagi golongan tersebut, Allah berkata mereka bukanlah golongan ‘Ibaddurrahman’ iaitu hamba kepada Yang Maha Pemurah. ‘Ibadurrahman’ ialah orang-orang yang istimewa di sisi-Nya.

Golongan yang istimewa di sisi Allah tidak sesekali mahu ke neraka walaupun hanya sesaat. Tiada apapun yang mereka inginkan daripada neraka.

Artikel Berkaitan: 11 Golongan yang akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab

Photo by Krystle Mikaere on Unsplash

Allah menceritakan seringan-ringan azab api neraka

Perkataan neraka ‘jahannam’ banyak disebutkan dalam Al-quran. Tetapi dalam surah Al-Anbiya’ Allah menceritakan tentang seringan-ringan seksaan.

Seringan manakah? Orang yang belum merasakan api neraka menerangkan bahawa mereka hanya merasakan bahangnya sahaja.

Seperti kita tahu, apabila ada api pasti ada bahangnya. Bahang dalam bahasa arab disebut sebagai ‘Lafha’. Tetapi di dalam Al-quran Allah menyebutkan ‘Nafha’ iaitu udara sejuk (angin) bukannya bahang.

Allah mengatakan mereka hanya merasakan hembusan angin itu sahaja bukannya api. Angin itu hanya menyapa mereka beberapa saat sahaja. Itu sudah cukup melambangkan hanya sedikit sahaja cebisan azab bukan keseluruhan azab neraka.

Setelah terkena hembusan angin itu, mereka berkata: “Aku bersumpah aku belum pernah merasai seksaan seperti ini. Ini sangat teruk. Pasti aku berada didalam neraka yang paling teruk.”

Photo by Aarón Blanco Tejedor on Unsplash

Mereka menyangka mereka sudah dimasukkan dalam api neraka tetapi hakikatnya mereka baru sahaja disentuh hembusan angin itu sahaja. Ia bukanlah seksaan keseluruhan neraka lagi. Na’uzubillah.

Kita perlu faham bahawa neraka itu adalah tempat tinggal yang teruk. Kita tidak boleh mempunyai pemikiran seperti bani Israel yang mengatakan mereka tidak akan disentuh api neraka kecuali beberapa hari sahaja. Mereka menyangka mereka mampu tanganinya.

Amalkan doa tersebut. InsyaAllah kita salah seorang daripada golongan yang istimewa di sisi Allah. Wallahua’lam.

P/s: Gambar diatas adalah hiasan semata-mata.

1 thought on “Inilah Azab Api Neraka Yang PALING RINGAN Yang Perlu Anda Ambik Iktibar!”

  1. Pingback: Anda Perlu Baca Artikel Ini Sebelum Menghukum Orang Lain

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: