Lakukan beberapa perkara ini jika anda sudah berumah tangga

Lakukan HAL Ini Jika Anda Mahu Rumah Tangga Anda Kekal Bahagia

Antara yang penting dalam fiqh ketamadunan adalah sikap “saya mestilah memahami orang lain”. Di negara Arab, banyak kes penceraian berlaku.

Antara faktor utamanya adalah dimana satu pihak tidak memahami satu pihak yang lain.

Photo by Brooke Cagle on Unsplash

Cuba fahami pasangan kita

Kebiasaannya isteri tidak memahami suami terutamanya apabila si suami itu sedang marah. Ketika itu dia lebih suka berseorangan dan bersendiri. Si suami selesa menyendiri sekejap untuk meredakan kemarahannya.

Berbeza pula dengan si isteri jika mereka sedang merajuk, mungkin mereka menelan masa yang lebih panjang untuk bersendirian.

Cendiakawan barat juga ada mengatakan: “Suami itu ibarat dinosaur yang masuk gua”. Dugaan bagi dinosaur ini adalah sebaik sahaja dia keluar gua, dia kena marah. Dia pun hairan mengapa.

Si suami menyangka apabila mereka sudah tidak menyendiri, semuanya akan jadi baik. Maka si isteri, janganlah marah si suami apabila mereka sudah ‘keluar gua’.

Biarkan suami menyendiri seketika

Ingatkanlah anak-anak perempuan kita, apabila suaminya sedang marah, tinggalkanlah sehingga dia tenang. Tidak dinafikan kebanyakan isteri apabila marah, dia suka meinggikan suaranya, kemudian dia menangis.

Selagi si suami tidak tahu kenapa dia tidak bercakap dan menangis, maka pujuklah dia. Bertoleransilah dalam alam rumah tangga, masing-masing perlu mengalah sesama sendiri.

Apabila si suami itu menyendiri, perhubungan antara mereka menjadi sedikit renggang. Maka pujuklah, bercakaplah sedikit kepada isteri dan sebagainya.

Apabila kita saling memahami antara suami dan isteri, rumah tangga kita akan jadi tenang dan tenteram. InsyaAllah. Maka berhati-hatilah, kadang-kadang aib dan kecacatan itu ada pada diri sendiri, tetapi kita tidak sedar.

Kisah suami menyangka aib itu ada pada isterinya

Diceritakan satu kisah oleh Dr Omar Abdul Kafi. Seorang suami pergi mengadu kepada Doktor ENT dengan mengatakan isterinya mengalami masalah pendengaran. Lalu doktor itu menyuruhnya untuk membawa isterinya masuk.

Si suami itu mengatakan dia tidak mampu membayar caj perkhidmatan doktor itu dan membeli ubat. Maka doktor itu menjawab: “Tidak mengapa, mari kita buat beberapa ujian pendengaran.”

Photo by Irfan Surijanto on Unsplash

Lalu si suami itu membawa isterinya masuk. Kemudiannya doktor itu menyuruh isterinya berdiri di pintu dengan jarak 10 meter dari jarak si suami itu. Suami itu diminta untuk menyebut satu ayat. Jika isterinya tidak dengar, kurangkan jarak 2 meter dan ulang ayat yang sama.

Suami itu berkata: “Wahai ibu, apa yang kamu masak hari ini?” Isterinya tidak dengar. Maka si suami itu dekat lagi 2 meter kemudian ulang sehinggalah cukup 4 kali dia ulang ayat yang sama. Akhirnya, dia berada betul-betul di tepi isterinya.

Apabila dia berada di tepi isterinya, dia berkata lagi ayat yang sama: “Wahai ibu, apa yang kamu masak hari ini?” Maka isterinya menjawab: “Saya sudah menjawab pada kamu 4 kali. Ayam, ayam, ayam, ayam.”

Artikel berkaitan: Manfaatkan masa berkualiti bersama keluarga

Begitu jugalah kita, kita menyangka aib itu pada orang lain, tetapi hakikatnya kita tidak sedar bahawa aib itu ada pada diri kita sendiri. Maka berhati-hatilah. Wallahua’lam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: