Jangan kecewa saat anda gagal capai apa yang anda impikan

Anda Pernah Gagal? Tiada Sebab Untuk Anda Kecewa Selepas Membaca Artikel Ini

Photo by Rachid Oucharia on Unsplash

Terdapat satu hadis yang masyhur dalam riwayat Imam Muslim, Imam Ahmad dan lain-lain. Yang mana Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap 100 tahun, Allah akan utuskan seseorang yang akan menghidupkan semula ummah ini”

Mereka itulah yang akan memperbaharui agama, mengingatkan umat Islam perkara-perkara yang mereka telah lupa.

Diceritakan ada seorang Syeikh bertanya kepada pelajar-pelajarnya mengenai hadis berkenaan: “Apakah persoalan yang keluar dari minda minda kalian?” Lalu mereka pun menjawab: “persoalannya adalah siapakah orang itu (mujaddid) pada zaman kita?”

Maka Syeikh itu berkata: “Itulah kesilapan kamu! Kamu sudah pun menetapkan bahawa orang lain yang akan berada di puncak. Kenapa tidak kalian yang berdoa kepada Allah supaya kalian yang akan menjadi pembaharu (mujaddid) itu yang akan datang setiap 100 tahun?”

Kemudian Syeikh itu bertanya lagi: “Mengapa kalian menerima kelemahan yang ada pada diri sendiri? Memanglah akan ada seseorang di tempat itu. Kenapa kalian tidak mahu untuk mendapatkannya?”

Tidak capai sesuatu itu tidak bererti kita gagal

Mungkin kita tahu, walaupun kita tidak mencapai perkara itu kerana pada akhirnya hanya seorang sahaja yang akan mendapatkan perkara itu iaitu menjadi seorang Mujaddid. Maka kita perlu realistik.

Adapun hanya seorang sahaja yang akan menjadi Mujaddid ummah, tetapi kita tidak boleh menyerah kalah untuk mendapatkannya. Biarpun kita tidak dapat mencapai yang tertinggi dan menjadi seorang pembaharu itu pada era ini.

Ketahuilah, apabila kita menjadikannya sebagai satu target dan kita lakukan yang terbaik untuk ummah. Saat kematian kita, walaupun kita tidak dapat mencapai di atas sana (menjadi seorang mujaddid), tetapi kita sudah pergi jauh dan sangat tinggi untuk mencapainya ibarat satu bidalan.

Artikel berkaitan: Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik

Photo by Andrew Palmer on Unsplash

Impikanlah sesuatu walau sebesar mana pun

Impikanlah untuk menggapai bintang walaupun kita hanya akan sampai ke bulan. Tetapi ketahuilah, saat itu kita telah mencapai sesuatu.

Walaupun hanya sampai ke bulan dan bukan bintang, tetapi kita sudah mencapai pelbagai perkara untuk sampai ke tahap itu. Itulah apa yang ummah harapkan untuk kita lakukannya.

Cuba kita fikirkan persoalan mudah ini, “Apa yang kita mahu dengan hidup ini? Apa visi kita? Apa yang kita impikan?”

Apabila kita ingin menjawab persoalan-persoalan itu, tetapkanlah target yang paling tinggi yang boleh kita bayangkan. Sesuatu yang sangat kita impikan untuk mendapatkannya. Kemudian, cubalah bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Ingatlah, bukan semua kegagalan itu adalah kegagalan yang teruk. Jika kita gagal menjadi seorang Mujaddid itu, jangan kecewa saat kegagalan itu kerana kita telah cuba bersungguh-sungguh. Mungkin kita sudah pun melepasi lebih daripada ribuan atau jutaan orang lain dalam ummah ini.

Demikian itu juga satu target yang hebat dan besar. Maka dengan itu, ‘berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan.’ Kita impikan kemenangan dan menjadi salah seorang yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: