Anda akan peroleh sesuatu yang lebih baik jika anda melakukan perkara ini.

Anda akan peroleh sesuatu yang lebih baik jika melakukan perkara ini.

Photo by Tim Bogdanov on Unsplash

Anda akan mendapatkan sesuatu yang lebih baik jika anda meninggalkan sesuatu yang dilarang untuk mencapai redha Allah.

Ibn Qudamah menceritakan satu kisah yang menakjubkan dalam kitab “At-Tawwabin”. Ada seorang lelaki bernama Mahdi. Dia seorang yang jahat, hidup mewah, bergaya dan seorang kaki perempuan. Hidupnya bergelumang penuh dengan dosa.

Semua jenis jenayah yang pernah kita dengar, semuanya pernah dilakukannya. Dia pernah meniduri ramai wanita dan minum arak serta meninggalkan solat zohor, asar dan maghrib.

Apabila matahari terbenam dan mula mendekati Isyak, salah seorang hamba perempuannya berasa bertanggungjawab. Lalu dia mengatakan pada dirinya: “Aku mesti buat sesuatu untuk sedarkan tuanku ini…”

Maka dia buat satu rancangan dimana dia mendapatkan bara api yang membakar. Kemudian, dia pergi menghampiri kaki tuannya. Tuannya itu berasa rimas dan terganggu. Dengan sedikit rasa terkejut, tuannya pun bangun dan berkata: “Apakah ini?”

Photo by Aziz Acharki on Unsplash

Hamba perempuan itu menjawab: “Inilah secebis daripada api di dunia. Bagaimana pula kamu dengan api di Akhirat kelak? Ketahuilah, neraka akan membakarmu dengan api sebesar istana.”

Peringatan hamba perempuan itu menusuk tepat pada hatinya. Tuannya itu berasa seperti sudah tiba waktunya untuk dia berubah. Dia perlu ubah gaya hidupnya yang penuh dosa itu.

Maka dia bertekad untuk tinggalkan kehidupannya yang sebelum ini bergelumang dengan dosa. Dia ingin hidup dengan sederhana. Demikian adalah hasil dorongan oleh kesedaran terhadap Allah.Lalu, dia pun menghambakan dirinya kepada Allah.

Artikel berkaitan: Takut hilang rezeki?

Apabila didengarkan berita itu, maka datang 2 orang ulama muktabar untuk melawatnya. Mereka itu adalah Fudhail Bin Iyadh dan Sufyan Bin Uyainah. Mereka merupakan ulama hadith yang terkenal di Makkah ketika itu.

Apakah Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik?

Mereka mendapati dia hidup dalam keadaan sederhana dan kelihatan seperti orang biasa sahaja. Dia tinggalkan segala kemewahan, keistimewaan dan pengaruhnya. Lalu mereka mendekatinya dan berkata:

“Allah tidak akan menghilangkan sesuatu melainkan Dia akan menggantikan sesuatu yang lain. Jadi, apakah yang Allah gantikan bagi apa yang kamu tinggalkan ini?”

Lumrahnya, apabila seseorang mengorbankan sesuatu demi mencapai redha-Nya, maka Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Namun apakah yang Mahdi itu dapat setelah dia tinggalkan kehidupannya yang penuh dosa itu?

Mahdi berkata:

“Ketenangan yang aku rasai hari ini. Sebelum ini, aku hidup dengan dosa dan kemewahan. Demi Allah, Akulah orang yang paling tertekan yang pernah kalian jumpa. Walaupun aku tinggalkan kemewahan dan dosa serta hidup dengan penuh taat dan sederhana, tetapi akulah orang paling bahagia yang pernah kalian jumpa.”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: