Nasihat PENTING untuk 4 Golongan ini.

Nasihat untuk EMPAT golongan ini:

Nasihat PENTING untuk 4 Golongan ini.
Photo by ibrahim abdullah on Unsplash

#1 ORANG ALIM YANG KEDEKUT DENGAN ILMUNYA

Orang yang Allah SWT berikan ilmu ini, mereka tidak boleh sama sekali kedekut dengan ilmunya. Malah mereka perlu menyebarkannya kepada masyarakat.

Soal kedekut ilmu ini bukan hanya apabila menyembunyikan ilmu sahaja malah termasuk juga dia bercakap sesuatu yang batil, sedangkan dia mengetahui kebenaran.

Dia menjadikan manusia berpecah-belah antara satu sama sendiri atau menyebabkan kerisauan kepada masyarakat atau pun mengeluarkan fatwa yang pelik yang tidak menepati manhaj Al-Quran dan sunnah.

Atau pun terhalang berkata benar demi menjaga hati pihak tertentu. Realiti pada hari ini masyarakat mahu mengubah agama agar menepati hawa nafsu. Sedangkan sepatutnya diubah realiti agar bertepatan dengan agama mengikut manhaj Al-Quran dan sunnah.

Bukannya agama disesuaikan dengan realiti. Orang yang alim tidak kedekut dengan ilmunya akan menyampaikan sesuatu dengan jujur.

Dia tidak malu apabila dia tersalah cakap sesuatu atau menyebut ucapan yang tidak diredhai oleh Allah, maka dia mestilah tidak keberatan untuk betulkan semula apa yang sudah dia katakan.

#2 ORANG JAHIL YANG SOMBONG UNTUK MENUNTUT ILMU

Majoriti manusia sebaik saja mereka menerima sijil akademik dengan kepujian dalam bidang tertentu seperti perubatan, kejuruteraan dan sebagainya, mereka berhenti daripada belajar asas agama.

Sedangkan ilmu tersebut yang akan menyelamatkannya pada hari kiamat kelak. Mungkin ada seseorang yang enggan dan sombong apabila kita mahu mengajar tahiyat atau bacaan tasyahud dalam solat dengan mengatakan “Aku seorang professor, bagaimanakah kau pula yang ingin mengajarku bacaan dalam tahiyat, rukuk dan sujud?”

Manusia itu apabila dia enggan dan sombong untuk mempelajari ilmu, maka demikian adalah musibah.

Abu Hurairah apabila berjumpa dengan pemuda yang berkata: “Aku takut untuk mempelajari ilmu kerana bimbangkan sia-siakannya, dia menjawab kepada mereka: “Memadai dengan tidak belajar, kau sudah sia-siakan ilmu.”

#3 ORANG KAYA YANG BAKHIL DENGAN HARTANYA

Nasihat kepada orang yang kedekut dengan hartanya, mereka adalah orang yang zalim dan pencuri. Mengapa pencuri? Kerana mereka mencuri harta orang miskin, ada hak orang miskin keatasnya.

Jika orang kaya itu tidak memberikan hak itu keatas orang miskin, maka bercampurlah harta yang halal dengan harta yang haram iaitu hak orang miskin, maka rosaklah yang halal dan rosaklah yang haram.

Kelak dia akan dibebankan dengan yang haram pada hari kiamat. Pasti dia akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Jika orang kaya mengeluarkan zakat harta ke atas orang miskin yang berhak, pasti tidak akan ada orang miskin dalam dunia Islam.

Tetapi 51% orang miskin dalam dunia ini ialah orang Islam. Demikian adalah perkara yang memalukan bagi orang kaya. Setiap orang kaya wajib menyebarkan kekayaan di dunia, kerana malu kepada Allah yang memberikannya harta jika dia tidak bersedekah, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan hak saudaranya yang miskin.

Namun tidak dinafikan bahawa bukan semua orang kaya begitu tetapi sebahagian daripada mereka itu kedekut dengan apa yang diberikan oleh Allah. Pada hari kiamat kelak mereka akan diseksa dengan besi panas bagi yang menghimpun emas dan perak tanpa mempedulikan hak orang lain.

#4 ORANG MISKIN YANG TIDAK MENSIAKAN AKHIRATNYA DEMI MEMPEROLEH DUNIA

Orang miskin selalu dihina dan dikeji oleh orang lain. Mereka merasakan orang kaya atau orang yang bertanggngjawab itulah yang dapat membantu dan menyusahkannya. Nasihat buat mereka, mereka perlu tahu dan yakin bahawa yang mengkayakan itu hanya Allah swt sahaja.

Dialah yang memberi kejayaan dan dan menjadikan seseorang dalam kemiskinan. Dia jugalah yang mengukuhkan dan membolak-balikkan sesuatu.

Secara kesimpulannya empat golongan ini, sekiranya mereka berubah kepada kebaikan, kebaikan dan manfaat terpancar kepada seluruh masyarakat. Buruknya 4 golongan ini, merosakkan masyarakat dan meruntuhkan tiang asas bagi masyarakat.

Kita memohon kepada Allah SWT agar dibetulkan kefahaman kita dan memberi hidayah kepada kita menuju jalan yang lurus. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: