Bagaimana Mendidik Anak-Anak untuk Taat Kepada Allah?

Ramai ibu bapa mengadu yang anak-anak mereka derhaka terhadap mereka.

Apa yang perlu mereka lakukan?

Dr Omar Abdul Kafi berkongsi sebuah cerita tentang hal ini.

Kisah seorang pemuda yang telah berkahwin, dia mendapat khabar gembira dimana isterinya hamil. Lantas pemuda itu pergi berjumpa syeikhnya untuk mengkhabarkan bahawa dia baru berkahwin dan bersyukur isterinya sudah hamil.

Kemudian pemuda itu meminta panduan dan tatacara untuk mendidik anaknya daripada syeikhnya. Apabila mendengarkan itu, syeikh itu menangis dan berkata kepadanya: “Kamu sudah sangat terlambat wahai anakku.”

Maka terkejut pemuda itu, mengapa dikatakan lewat sedangkan bayi pun belum terbentuk dalam perut ibunya?

Bagaimana Mendidikan Anak-Anak untuk Taat Kepada Allah?
Photo by Ramiz Dedaković on Unsplash

Sebenarnya, pemuda itu telah terlewat dalam soal meminta nasihat syeikh dalam soal pemilihan isteri iaitu dalam soal membuat pilihan yang terbaik. Kemudian selepas sampai masanya, anak itu pun lahir. 

Mendidik anak-anak dengan Al-Quran

Jika anak-anak lelaki mahupun perempuan tidak dididik dengan Al-quran sejak kecil, maka tiada jaminan sebanyak mana mereka akan menderhakai ibubapanya.

Jelas, Al-quran itu menjaga dan mendidik.  Dr Omar berkata belum pernah beliau berjumpa lelaki atau perempuan yang menghafal Al-quran sejak kecil melainkan mereka lebih dekat dengan kebaikan berbanding derhaka.

Mereka lebih dekat dengan ketaatan berbanding melawan. Mereka lebih mudah diajar dan dibentu, mudah mendapat rezeki berbanding bahagian yang sukar dan payah.

Manakala jika ditinggalkan anak-anak lelaki mahupun perempuan di hadapan cerita kartun seperti ‘mickey mouse’ dan sebagainya. Ia akan menyebabkan kerosakan yang besar.

Apabila anak itu mencapai umur 5 atau 6 tahun, dia perlu belajar melakukan amalan fardhu seperti abang dan kakaknya, tetapi dia tidak suka solat, dan dia juga tak suka agama. Mengapa?

Kerana ibunya sibuk dengan bergosip dan mengumpat orang lain manakala ayahnya pula sibuk dengan kerja dan pulang dengan letih. Maka hilanglah keberkatan daripada kedua-dua mereka, keberkatan hilang dari harta. 

Ibu bapa kena pastikan merekalah yang mendidik anak-anak mereka terutama berkaitan hal berkaitan agama, kenapa? Baca artikel ini.

Dr Omar Abdul Kafi berpesan bahawa perkara berkenaan penjagaan anak-anak di dunia yang datang daripada ‘virus’ atau ‘mikroorganisma perosak’ , akan menjauhkan anak-anak daripada realiti dan sedar diri.

Solusinya adalah daripada wahyu, dengan menjaga hubungan dengan Al-Quran serta ibu bapa mestilah menunjukkan adab peribadi yang baik untuk dicontohi. Bukanlah hanya dengan melalui kelas pembelajaran ataupun memberi arahan dan larangan atau menyerahkan kepada pihak sekolah semata-mata.

Ibu bapa mestilah menunjukkan akhlak yang baik dan menjadi tauladan kepada anak-anak. Menujukkan sifat saling sayang-menyayangi dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Maka dengan itu terbentuklah keluarga ‘mawaddah’, ‘sakinah’ dan ‘rahmah’ iaitu keluarga yang tenang, penuh kasih sayang dan rahmat.

Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka yang mempunyai anak-anak lelaki mahupun anak-anak perempuan yang derhaka dan tidak taat kerana Allah SWT Maha Pemberi Petunjuk kepada hamba-hambaNya ke arah jalan yang benar. Ameen

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: