Bilakah Allah mengangkat daripada kita ujian dan dugaan yang ditakdirkan?

Bilakah semua ujian dan dugaan yang ditakdirkan ini terangkat?

Bilakah Allah mengangkat daripada kita ujian dan dugaan yang ditakdirkan?
Photo by Ben Hershey on Unsplash

Bilakah Allah mengangkat daripada kita ujian dan dugaan yang ditakdirkan?

Selalunya manusia itu apabila ditimpa musibah, sama ada sakit, kebimbangan, hutang, manusia yang membuatnya marah, pasangan suami isteri penat antara satu sama lain dan sebagainya.

Kita akan tertanya: “Bilakah Allah akan mengangkat musibah ini?”

Semua ini akan terangkat, apabila kita redha sepenuhnya dengan musibah itu. Di samping menyedari bahawa itu juga adalah nikmat daripada Allah. Ujian serta kemuliaan semuanya datang daripada Allah, maka barulah ia diangkat.

Kisah Penyerahan Dalam Sejarah Kemanusian

Buktinya adalah dimana Nabi Ibrahim AS diuji untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS. Anak yang beliau sayangi. Maka beliau menyempurnakan perintah Allah itu.

Dalam surah As-saffat ayat 102 Allah berfirman bahawa Nabi Ibrahim AS mengatakan kepada anaknya:

“Wahai anakku, aku lihat dalam mimpi tidurku bahawa aku menyembelihmu. Apa pendapatmu?” 

Persoalannya mengapakah Nabi Ibrahim memberitahu perkara tersebut kepada anaknya? Kerana Nabi Ibrahim AS ketika Allah SWT berkata “berserah dirilah” maka secara dasarnya dia telah menyerahkan segala urusannya kepada Allah.

Sama ada dalam urusan kecil mahupun besar. Maka dengan itu dia memberitahu kepada anaknya, untuk dibawa ke tempat yang kurang berpokok.

Apabila Nabi Ismail tiba di kawasan tersebut di mana Nabi Ibrahim AS berdiri, segalanya menjadi tenang. Apabila orang-orang soleh ini melihat hasil kesabaran, mereka pun menjadi tenang dengan kepahitan sakit. 

Ketika Nabi Ibrahim memberitahu anaknya perkara demikian, dia bermimpi bahawa dia menyembelihnya, lalu dia memberi pilihan kepada anaknya, Nabi Ismail AS untuk menentukannya.

Soalan tersebut menyerlahkan bahawa betapa berserahdirinya Nabi Ismail AS. Apabila Nabi Ismail AS bersetuju dan bergerak ke tempat ayahnya sedang berdiri, sambil dia berkata:

“Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan. Pasti kau akan dapati aku ini orang yang bersabar.”

Maka disini, Allah sebutkan: “Apabila mereka berserah diri…” iaitu redha dengan musibah dan ujian.

Dalam Al-Quran Allah menceritakan tentang peristiwa tersebut, “Dia meletakkan muka anaknya di tanah, lalu Kami menyeru ‘Wahai Ibrahim! Kamu telah menepati mimpi itu.”

Ketika itu, hilanglah musibah tersebut apabila dia redha.

Begitu juga apabila kita sakit, sedih atau ditimpa musibah lalu kita redha dan sedar bahawa semua itu daripada Allah.

Allah mahu mengangkat darjat bagi orang yang redha dan sabar dengan musibah itu. Ketika itu jugalah, hilanglah segala kerisauan, dan hilanglah musibah tersebut.

Adapun jika musibah itu tidak hilang, seseorang itu dikurniakan tahap kesabaran yang luar biasa, lalu dia pun tidak melihat musibah ini tidak lebih seperti setitik dakwat dalam bekas berisi ratusan gelen air.

Semoga Allah berikan kesabaran kepada setiap orang yang diuji, mengangkat musibah dan memberikan ganjaran kepada kita serta mengambil kita daripada dunia ini sebagai seorang muslim.

Artikel menarik untuk anda: Melihat kepincangan dalam rumahtangga orang lain membuatkan anda tidak mahu berkahwin, ini teguran untuk anda

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: