Jangan Khuatir Rezeki Mu

Jangan Pernah Khuatir Akan Rezeki-Mu Sedang Kamu Melakukan Apa yang Dituntut oleh Tuhan-Mu

Jangan Pernah Khuatir Akan Rezeki-Mu Sedang Kamu Melakukan Apa yang Dituntut oleh Tuhan-Mu
Photo by Clark Young on Unsplash

Pernah anda khuatir dengan rezeki yang bakal anda perolehi?

Kesibukan manusia sekarang adalah pada perkara yang telah dijamin dan kecuaian mereka pada perkara yang dituntut. Itulah petanda kaburnya mata hati seseorang.

Bahasa mudahnya, manusia tinggalkan perkara yang lebih penting dan sibuk kepada perkara yang telah dijamin oleh Allah SWT sejak mereka dalam kandungan ibu.

Mereka cuai pada perkara yang dituntut, iaitu beribadah dengan sebenar-benarnya. Demikian itulah petanda bahawa tiada cahaya iman dalam hati mereka.

Seseorang bertanya kepada Dr Omar Abdul Kafi, “Adakah kita tidak perlu meminta apapun daripada Allah?”

Beliau menjawab, “Allah amat menyukai hamba yang merayu-rayu kepada-Nya dalam doa mereka.”

Katanya lagi, Allah telah ciptakan janin dalam perut ibu, kemudian selepas 120 hari, janin tersebut ditiupkan ruh, dicatatkan umurnya dan rezekinya, lalu perkara itu diketahui oleh Allah SWT.

Jika kita yakin dan tidak cuai pada perkara yang dituntut, iaitu mengesakan Allah, rezeki itu telah tertulis. Rezeki itu tidak dicapai oleh usaha sesiapapun dan tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Ditanyakan lagi kepada beliau, “Jika seorang wanita yang berhijab, pekerjaan itu mendesaknya menanggalkan hijab, jika tidak dia diberhentikan. Apa yang boleh dia buat?”

Beliau menjawab “Allah memberi rezeki itu kepada yang tidak berhijab, Namun adakah Allah menghalang rezeki wanita yang berhijab? Tidak!”

Tambahan beliau berkenaan wanita tidak berhijab, “Betul atau tidak apa yang mereka lakukan? Tidak! Kerana mereka cuai apa yang dituntut kepadanya iaitu mentaati perintah Allah.”

Katanya lagi berhijab itu juga ibadah bahkan ia adalah satu kewajipan.

Beliau memberi perumpamaan, rezeki itu ibarat kita memiliki 10,000 muka surat ensikiopedia, rezeki itu di muka surat terakhir, bab terakhir iaitu pada muka surat ke-10,000.

Imam Syafi’e mengatakan: “Ya Allah Kau berikan padaku Islam tanpa aku minta, maka berikanlah aku syurga yang sememangnya aku minta.”

Kata Dr Omar Abdul Kafi: “Sedangkan kita tidak meminta pun Allah telah memberi, apatah lagi kalau kita meminta. Maka sebab apakah lagi kita tidak berdoa?” Beliau menyimpulkan bahawa rezeki yang paling besar dikecapi adalah dimana Allah memberikan Islam kepada seseorang itu.

Jom belajar di : Akademi Kun Anta, nak tahu lebih lanjut klik link ini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: