Harta Zakat Perbaiki Hubungan Suami Isteri

Harta Zakat untuk Suami Yang Tidak Menjaga Kebersihan Diri
Photo by Evgeny Nelmin on Unsplash

Ramai yang tak tahu bahawa harta zakat pernah digunakakn untuk memperbaiki hubungan suami isteri. Ia pernah berlaku dalam sejarah umat Islam yang penuh gemilang.

Kisah seorang wanita telah mendatangi Saidina Umar Al-Khattab RA dan meminta agar memisahkannya dengan suaminya.

Lalu Saidina Umar RA menyoalnya: “Apakah kamu pasti? Apakah tiada langsung kebaikan padanya?”.

Kemudian wanita itu berkata: “Aku menilai dia dari aspek keutuhan rumah tangga (soal suami dan isteri saja) perbandingan antara orang yang setaraf dengannya.

Aku dapati suamiku yang paling rendah antara mereka, paling hodoh, paling kotor dan paling busuk antara mereka.”

Apabila mendengarkan itu, Umar agak terkejut lalu Saidina Umar RA menyuruh wanita itu pulang. 

Saidina Umar RA mengambil berat tentang aduan tersebut. Kemudian didatangkan suami itu kepada Umar RA. Beliau mendapati lelaki itu memang sama seperti yang dikatakan oleh wanita tersebut. Wanita itu bercakap benar dan tidak menipunya.

Lalu, Saidnia Umar RA memanggil Bilal: “Wahai Bilal!” Bilal menjawab:”Ya Amirul Mukminin.” Umar mengarahkan Bilal RA dan berkata: “Bawalah dia ke Baitulmal bersama Ibn Mas’ud, berikan dia air panas, gosok bersihkan badannya, berikan dia layanan baik”

Suami kusut mendapat bantuan zakat
Gambar sekadar hiasan

Kemudian umar berkata lagi: “Selepas selesai, berikan dia pakai minyak wangi, potong rambutnya, potong janggutnya, berikan dia pakaian baru daripada pakaian baitulmal”

Saidina Umar RA menganggap menjaga keutuhan rumahtangga juga memerlukan kepada perbelanjaan baitulmal.

Dr Omar AbdulKafi berkata: “Hati-hati dengan isu ini, mungkin kamu dengan saya tidak tahu mengenainya sebelum ini tetapi yang penting Saidina Umar RA nak tegaskan antara tujuan zakat adalah menjaga keutuhan rumahtangga”.

Beliau juga berpendapat dan mengatakan kepada orang-orang kaya supaya mengahwinkan orang-orang yang memerlukan sebelum memberi kepada kebajikan atau masjid kerana ia juga merupakan zakat harta.

Umar Abdul Aziz juga pernah berkata: “Siapa tidak mampu kahwin, maka baitulmal akan menanggung perkahwinannya.”

Pada zaman tersebut, harta diberikan sebaiknya, gandum dan bijirin sampai ke kemuncak bukit sehingga burung boleh makan begitu saja. Sehingga tidak pernah disebutkan bahawa ada burung yang lapar pada zaman umat Islam.

Apabila selesai, suami itu datang dan duduk. Lalu Saidnina Umar berkata: “Wahai Bilal, panggilkan isterinya.” Apabila isterinya masuk dan duduk, suami itu pegang tangan isterinya.

Kemudian isteri tersebut datang kepada Saidina Umar dan berkata: “Assalamualaikum Amirul mukminin.” Sambil berdiri kaku dan keliru.

Apabila lelaki itu memegang tangannya, dia tarik tangannya dengan cepat dan berkata: “Wahai orang tidak sedar diri! Di hadapan Amirul Mukminin, malulah sedikit!”

Lalu Saidina Umar RA berkata: “Lihatlah betul-betul wahai makcik!” Wanita itu berkata: “Demi Allah, lelaki ini mirip muka suamiku”. 

Saidina Umar pun berkata: “Selesai, semua telah dibaiki.” Lalu Ibn Abbas setelah melihat bagaimana jiwa peribadi yang positif, dia berkata: “Demi Allah, aku akan berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku.”

Mungkin, pusat-pusat zakat di Malaysia boleh digunakan untuk digunakan dalam memperbaiki hubungan suami isteri sekiranya terdapat keperluan.

Artikel menarik kami: 7 Sebab Inilah Yang Menjadikan Bumi Palestin Penuh Barakah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: