tudung

Dua Perkara Kena Anda Buat Sebelum Menanggalkan Tudung!!!

Isu berkaitan hijab muslimah, Dr Omar Abdul Kafi telah menjelaskan dalam kajiannya, beliau membahagikan 3 jenis wanita dan anak-anak perempuan dalam persoalan hijab ini:

#1 Mereka yang yakin dan beriman bahawa berhijab itu wajib.

Jenis yang pertama, mereka yakin 100% dengan kewajipan tersebut sebagaimana disebutkan dalam Al-quran dan sunnah. Beliau mendoakan agar mereka semua diberkati Allah.

Wanita Solehah mereka sentiasa berusaha mentaati Tuhan
Photo by Hasan Almasi on Unsplash

#2 Mereka yang berbalut, bukan berhijab.

Jenis kedua pula, mereka bukannya berhijab tetapi berbalut seperti membalut hadiah. Merentangkan kertas warna atas hadiah tersebut.

Mereka menganggap bahawa mereka sudah berhijab tetapi hakikatnya tidak. Mereka membalut tubuh mereka dengan pakaian.

Hijab itu maksudnya menutup, tetapi berbalut itu seperti mereka yang memasukkan rambut mereka dalam kain atas kepalanya.

Tetapi mereka menampakan telinga dan leher mereka sehinggakan orang yang melihatnya tahu sama ada mereka itu kurus atau pun gemuk atau lain-lain.

Itu sememangnya mendedahkan aurat.

Dalam Islam, ada bab berhijab dan bab menutup aurat. Bagi lelaki, auratnya daripada lutut hingga ke pusat.

Manakala bagi wanita, auratnya adalah seluruh tubuh badan. Namun ada sebahagian ulama mengatakan kecuali muka dan tapak tangannya.

Walaupun terdapat khilaf mengenainya. Kedua-duanya bersetuju dengan asas ini.

Ada juga segelintir yang tahu bahawa itu adalah perintah Allah tetapi merasakan seperti sedikit susah untuk melakukannya.

Walaubagaimanapun demikian adalah perintah Allah dan wajib dilakukan kerana tindakan itu ibarat meragui perintah Allah.

#3 Mereka yang ingkar dengan perintah berhijab.

Manakala jenis terakhir pula, mereka yang tidak beriman bahawa berhijab itu wajib.

Disebabkan terdapat sesetengah orang yang dianggap berilmu mengatakan bahawa berhijab itu bukanlah satu kewajipan.

Dr Omar Abdul Kafi menekankan semula bahawa berhijab itu sememangnya wajib terutamanya bagi wanita yang sudah baligh dan berakal.

Beliau meminta kepada mereka yang menafikan kewajipan tersebut untuk melakukan dua perkara:

Pertama, Jika mereka solat, doalah setiap kali mereka solat supaya mereka dibangkitkan di Akhirat kelak bersama kumpulan lain yang tidak baligh dan berakal.

Hal ini kerana mereka tidak berhijab, bermaksud mereka bukan mukallaf. Ataupun dibangkitkan bersama kumpulan lain yang bertelanjang.

Kedua, memandangkan mereka ingkar kewajipan tersebut, beliau meminta supaya mereka menulis wasiat.

Apabila mereka mati, mereka dikebumikan tanpa pakaian kerana mereka tidak beriman bahawa berhijab itu wajib.

Katanya lagi:

“Sedangkan orang mati (jenazah wanita) yang dikebumikan dipakaikan 5 lapis pakaian, agak-agak kamu boleh dikebumikan tanpa sebarang pakaian?”

Golongan liberal dan sekular mengatakan bahawa mereka tidak beriman dengan Kitabullah dan mereka berkata: “kami membaca Bab dalam perlembagaan”. 

Allah SWT menetapkan dalam Surah An-Nur, diawal surah tersebut Allah berfiman: “Inilah surah yang kami turunkan dan fardhukan…” Maka seluruh ayat dalam Surah An-Nur termasuklah ayat tentang hijab wajib bagi setiap muslim dan muslimah.

Artikel menarik: Jika Anda Berkahwin dengan Wanita Tercantik Dunia Sekalipun tetapi ada 1 sikap ini, Jangan Mimpi anda akan BAHAGIA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: