Jika Setiap Hari Anda Lakukan 4 Perkara Ini, Hidup Anda Pasti Berubah Sehingga 200%

1. BANGUN SEBELUM SUBUH

Bangun sebelum subuh bukannya untuk mandi dan bersiap solat subuh dan pergi masjid sahaja ya. Ada 100 perkara anda boleh buat sebelum subuh sebenarnya.

Jika kita rajin meneliti kisah-kisah orang berjaya. Kebanyakkan mereka bangun sangat awal kerana mereka mengerti nilai dan rahsia bangun awal. Antara rahsianya adalah, waktu tersebut idea akan datang  mencurah-curah. Ok itu sahaja 1 rahsia yang boleh saya nyatakan di sini. Huhu. Ada banyak lagi.

Setelah tahajjud, anda bolehlah mulakan apa-apa aktiviti yang sesuai seperti membaca Al-Quran, buku, menyusun stratergi, menghimpunkan idea dan sebagainya.

2. Bersyukur

Nak tahu kenapa islam mengajar kita membaca doa tidur? Kalau kita teliti ungkapan doa bangun tidur ada perkataan ALHAMDULILLAH.

Ini bermakna, kita perlu memulakan pagi kita dengan bersyukur terhadap segala nikmat yang kita perolehi kerana manusia akan menghadapi hidup, mati dan dikumpulkan di hadapan Allah. Sebab itu kehidupan kita perlu diisi dengan kesyukuran agar kita dikumpulkan di hadapan Allah dalam keadaan hati yang lapang insyaAllah.

Menurut ulama, jika kita memulakan hari kita dengan kesyukuran, maka kita dapat melupakan kekurangan yang ada pada hari tersebut subhanallah.

3. Zikir impian

Dalam islam, kita diajar untuk berzikir dengan nama-nama Allah seperti “Ya Allah”, “Ya Rahman” Semuanya adalah untuk kita sentiasa tidak terputus dari berhubung dengan Allah yang Maha Pemberi segalanya.

Selain itu, kita juga disarankan untuk berzikir tentang impian kita. Dr Nasih Ulwan ada menyebut dalam penulisannya, “Sebutlah setiap hari kepada anak kita semenjak dia bayi :

“Allah sedang memerhatikanku”

Sebutkan berulang kali kerana ia akan memberi kesan besar pada dirinya suatu hari nanti.

Jadi, kita juga boleh mengatakan kepada diri kita sendiri perkataan yang terkandung impian kita seperti : “Aku bakal menjadi seorang motivator” Sebut banyak kali dan fokuskan terhadap apa yang disebutkan, pasti ia akan memberi kesan kepada hidup anda.

4. Tambah ilmu

Ramai orang berjaya mengatakan bahawa membaca di awal pagi sangat mudah difahami. Sebab itu ramai cendekiawan yang membaca fakta pada waktu pagi kerana pada waktu pagi terdapat satu suasana yang memudahkan fakta atau segala jenis ilmu untuk masuk ke dalam otak kita. Jangan tidur pulak!

Moga hari anda menjadi lebih baik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: