10 Rahsia menjadikan masa kita seolah-olah ‘25’ jam sehari

Kata Dr Taufiq Al Wa’ei sekiranya kita dapat mengurus masa kita dengan baik maka kita dapat melakukan banyak kerja atau tanggungjawab dalam suatu masa.

As Syahid Hassan al Banna menyebutkan bahawa Mukmin mempunyai tanggungjawab lebih daripada masa yang ada.

Dua penyataan ini dapat memberi jawapan mengapa kita perlu bahkan kita seharusnya mengurus masa kita dengan baik.

Permasahannya ramai yang tidak dapat menguruskan masa mereka dengan baik. Bahkan ada yang sengaja membazirkan masa yang pada hakikatnya terlalu terhad dan bernilai. Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk kita menguruskan masa yang kita ada?

1. Merancang

Jangan kita rasa kita membuang masa apabila kita berhenti dan duduk sebentar untuk merancang penggunaan masa kita dengan baik. Mungkin kita terpaksa membeli buku untuk mendalami bagaimana cara terbaik untuk mengurus masa kita. Ingat! Jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal.

2. Refresh

Refresh atau resetting matlamat yang ingin kita capai supaya ianya benar-benar jelas dan segar supaya dengannya kita dapat bezakan antara perkara yang utama dan kurang utama. Ingat! Matlamat yang jelas akan membangkitkan semangat dan daya kreativiti untuk kita memanfaatkan segala potensi yang kita miliki.

Sekarang ini senaraikan perkara-perkara yang benar-benar utama dan kurang utama. Senaraikan juga perkara yang benar-benar segera dan perkara yang penting tetapi masih boleh kita tangguh dulu pelaksanaannya.

Contohnya: penglibatan di dalam aktiviti kelab dan persatuan sememangnya penting bagi pelajar untuk membangunkan skill kepimpinan dan kerja kumpulan (team work) tetapi apabila kita berdepan dengan peperiksaan maka kedua-duanya penting. Satunya akan meningkatkan softskill yang tanpanya ijazah yang kita miliki tidak akan benar-benar bermanfaat, keduanya perlu untuk kita memiliki ijazah atau kualiti akademik.

Walaupun kdua-duanya penting namun sebenarnya kedua-duanya itu memiliki perbezaan dari sudut muwazzonat atau timbangan kesegeraannya. Satunya masih boleh ditangguhkan manakala yang satu lagi telah pun ditetapkan tarikhnya.

Bagaimana pula kalau kita bekerja di pejabat…tiba-tiba Boss berikan satu atau beberapa tugas baru sedangkan tugasan yang sebelumnya belum lagi kita habiskan. Jadi apa yang perlu lakukan? Kita akan pening kepala untuk menentukannya kerana kita hanya melaksanakan tugasan dari orang lain dan mereka yang memberi tugasan itu lebih sedar mana yang segera mana yang tidak, mana yang penting dan mana yang kurang penting….jadi tanyakan pada boss kita mana yang dia ingin untuk disiapkan terlebih dahulu.

3. Susun! Susun!

Wujudkan atau susun “To Do List”. Mungkin daya ingatan kita tajam tetapi ada masa-masanya kita kehilangan fokus terutama apabila kerja bertimbun. Susun semua tugasan itu mengikut turutan masa. Warnakan semua tugasan itu mengikut kepentingan dan kesegeraannya.

Contohnya warnakan tugasan yang penting dan segera dengan warna merah dan yang kurang penting dan kurang segera dengan warna pink. Warnakan tugasan yang kurang penting tetapi segara dengan warna kuning manakala tugasan yang kurang penting dan kurang segera dengan warna grey dan sebagainya.

4. Merancang dengan fleksibel

Pastikan perancangan kita itu flexible….jangan terlalu rigid. Pastikan dalam perancangan kita ada ruang untuk perubahan terutamanya apabila ada gangguan. Dan apabila ada gangguan…tentukan kedudukannya dalam perancangan kita…samada penting atau tidak, segera atau boleh ditangguhkan. Contohnya kawan kita ajak kita keluar shopping. Tentukan nilai shopping pada masa itu…penting atau tidak penting.

5. Kaedah BPT

Tentukan “Biological Prime Time (BPT)”. Setiap kita dipengaruhi oleh BPT masing-masing, ada orang selesa membaca ketika malam dan ada orang suka membaca diawal pagi. Bagaimana dengan kita? Pastikan kita mengambil kira BPT ketika merancang dan menjadualkan masa kita. Jangan kita letakkan waktu membaca di waktu petang sedangkan kita tidak selesa membaca pada waktu itu. (Sebagai nasihat berkaitan membaca atau menonton: Bacalah atau tontonlah bahan-bahan yang serius bukan sekadar bersifat hiburan atau santai sahaja….kerana ini akan menentukan keluasan ilmu kita dan kematangan kita dalam berfikir)

6. Buat betul-betul

Uruskan masa kita dengan sebaiknya. Saya suka ringkaskan takrifan PENGURUSAN kepada dua penyataan :

  1. Buat perkara yang betul (Do the right thing)
  2. Buat perkara yang betul itu betul-betul (Do the thing right).

Kita akan membazirkan masa dan umur kita dengan membuat perkara-perkara yang tidak betul. Kita akan sia-siakan usaha dan tenaga kita apabila tidak membuat sesuatu tindakan itu betul-betul hingga kerja-kerja kita gagal atau terbengkalai.

7. Elakkan tiba-tiba

Elakkan perkata-perkara Urgent atau datang tiba-tiba. Jika kita tidak merancang betul-betul banyak perkara yang tiba-tiba saja kita perlu laksanakan. Ini akan menganggu perancangan kita. Jadi berikan masa yang secukupnya untuk merancang masa kita. Pastikan semua perkara diambil kira. Lihat permasalahan dari setiap sudut.

8. Jangan terlalu sempurna

Jangan terlalu sempurna. Setiap kita ada kelemahan kerana itulah sifat manusia. Jangan letakkan target yang terlalu tinggi dan jangan pula kita takut berdepan dengan kegagalan. Rancang yang terbaik dan laksanakan yang termampu, natijahnya serahkan pada Allah SWT. Kadang-kadang sifat inginkan yang terlalu sempurna menyebabkan kita jadi Allien dalam masyarakat.

9. Jangan malu untuk katakan ‘Tidak’

Belajar untuk katakan ‘tidak’. Tak semua permintaan perlu kita penuhi. Tak semua tanggungjawab perlu kita tanggung dan tak semua tugasan kita yang perlu buat. Sentiasa nilai perancangan kita, ukur kemampuan diri kita sebelum menerima tugasan atau tanggungjawab baru.

10. Muhasabah diri

Ingatlah bahawa kita akan dipanggil pulang mengadap Allah SWT. Pastikan perkara ini kita ambil kira ketika melakukan perancangan dan menentukan apa yang perlu kita lakukan dan apa yang perlu kita tinggalkan.

Pastikan perancangan kita menjangkau kehidupan dunia yang sementara dan sampai ke penghujung kehidupan kita yang sebenarnya. Pastikan kejayaan yang kita cari itu adalah kejayaan hakiki dan kebahagiaan yang cuba kita raih itu adalah kebahagiaan yang kekal abadi.

“Umur yang panjang jangan dipendekkkan dengan tidur”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: