Jika anda berkahwin dengan wanita tercantik dunia sekalipun tetapi ada 1 sikap ini, jangan mimpi anda akan bahagia

Bayangkan di sana terdapat 5 tingkat bangunan.

Apabila kita berada di tingkat pertama, kita melihat keindahan yang teramat! Dalam masa yang sama, terlintas dalam hati bahawa “tingkat kedua, mesti lagi indah dan cantik” Apabila berada di tingkat kedua, ternyata ia memang lebih cantik seperti yang dibayangkan!

Lalu terlintas dalam hati mengatakan “tingkat ketiga juga mesti lebih cantik dari yang sebelumnya!”

Begitulah pada tingkat 4, 5 dan seterusnya!

Begitu juga dalam memilih pasangan. Jika kita telah mempunyi pasangan hati, pasti dan pasti ada pasangan yang lebih indah dan lebih cantik daripada dia. Jangan tipu. Siapa pun pasangan kita, dia adalah yang terindah buat kita.

Kerana sikap kitalah yang membuatkan pasangan kita tidak menjadi pilihan hati kita selamanya.

Kenapa ketika kita berada di tingkat pertama tadi, kita tidak mencantikkannya  dan menambahkan apa yang kurang?

Kenapa ketika kita menaiki tingkat ketiga supaya kita mengambil inspirasi dan terus kembali ke tingkat pertama untuk mempertingkatkan apa yang telah terinspirasi?

Wahai pemuda, tundukkanlah pandanganmu, kamu pasti akan dapati segalanya terindah hanya pada si dia sahaja”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: