Apa Sebenarnya Yang Pelarian Syria Perlukan Daripada Kita?

Raya Aidil Adha yang lepas, saya berkesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama pelarian Syria di Sanliurfa, perbatasan antara Syria dan Turki.

  •  

    Saya yang berada di kiri bersama dengan pengurus pusat ini dan seorang pelajar Malaysia (kanan)

Melihat dengan mata sendiri projek yang dijalankan oleh Haluan apabila kami daripada Kun Anta yang menjalankan promosi projek ini.

Ada beberapa perkara yang sangat penting yang saya nak kongsikan dengan anda semua.

#PERTAMA

Projek Pusat Pendidikan Komuniti Syria (Syria Community Educare Center) terletak di tengah Pekan Sanliurfa, Turkey. Sehingga Disember 2018, jumlah pelarian Syria yang direkodkan berada di pekan ini sebanyak 453,083 orang pelarian, majoriti adalah umur bawah 18 tahun. Projek ini amat penting untuk pendidikan pelarian Syria.

Anak-anak Syria dalam lingkungan 13 tahun ke bawah diajar untuk mendirikan solat secara berjemaah

#KEDUA

Pusat pendidikan ini memberi fokus kepada pendidikan bahasa arab dan pengajian Islam untuk setiap lapisan masyarakat pelarian syria.

Kenapa projek ini penting, hal ini bagi memastikan anak-anak pelarian Syria di Turki tidak terpengaruh dengan proses liberalisasi yang masih tebal dalam pendidikan formal di Turki. Malah ia juga dapat membantu kerajaan Turki dalam menguruskan konflik Syria ini.

#KETIGA

Selepas beberapa tahun mereka di Turki, ada anak Syria yang hanya mampu bertutur dalam bahasa arab kampung tetapi tidak mampu membaca dan menulis dalam bahasa Arab standard, apa tah lagi membaca Al-Quran!

#KEEMPAT

Walaupun kerajaan Turki bermurah hati dengan membenarkan Anak-anak pelarian Syria di Turki mengikuti sekolah arus perdana di Turki, tetapi pendidikan dalam sekolah-sekolah di Turki tiada bahasa arab dan pengajian Islam sebagai mata pelajaran. Semuanya dalam bahasa Turki.

Kewujudan polisi pendidikan yang dibuat oleh kerajaan Turki, membantu mereka tetapi masih terdapat kelompongan yang besar dalam pendidikan anak-anak terutama dalam mengekalkan identiti mereka sebagai bangsa Arab.

#KELIMA

Apabila saya sendiri bertanya kepada anak-anak, adakah mereka mahu pulang ke negara Syria mereka sekiranya negara kembali aman, semuanya menjerit : “ya kami mahu pulang!” Tetapi persoalannya bagaimana mereka akan pulang membangunkan semula Syria? Adakah dengan acuan berbahasa turki dan sekular akan digunakan untuk membangunkan semula Syria?

Mereka bukannya berhasrat untuk menjadi warganegara Turki yang memerlukan mereka untuk berkemahiran dalam bahasa turki.

Kelas khusus untuk anak-anak Syria bagi mendalami bahasa arab dan pengajian Islam

#KEENAM

Atas kelompongan yang disebutkan, saya melihat  sendiri bahawa kerjasama pihak HALUAN Malaysia dengan Jamiah Duaat ilal Kheir satu projek yang positif bagi membina Syria yang baru berlandaskan identiti mereka sebagai bangsa Arab dan acuan Islam.

Anak-anak ini sebagai generasi harapan yang akan membantu mendidik anak-anak Syria yang masih berada di dalam kawasan berkonflik Syria yang tercicir selama beberapa tahun dalam apa-apa arus pendidikan.

Boleh bayang tak, anak-anak kita sekiranya tiga hingga lima tahun tidak pernah mengikuti sebarang pelajaran dan pendidikan, bagaimana tahap permikiran mereka, pasti sungguh menyedihkan.

#KETUJUH

Saya merayu kepada rakyat Malaysia, untuk bersama-sama membantu menjayakan projek ini, seorang RM10 pun dah mampu memberi impak.

Tonton video di bawah apa yang pihak HALUAN usahakan :

Klik gambar di bawah untuk salurkan sumbangan ikhlas anda. Ingat, infaq anda untuk akhirat anda.

Bantu Sekarang

Sila ikuti perkembangan HALUAN melalui Media Sosial & Website di bawah :

Facebook

Website

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: