Pelancaran Website Kun Anta 2.0

Bagi menyinarkan lagi kandungan yang telah disiarkan Kun Anta, kami telah melancarkan kembali Website kami dengan wajah baru dan juga dengan fokus yang sangat penting untuk anda semua.

Masyarakat muslim zaman sekarang makin jauh dengan islam. Tidak kira kanak-kanak, remaja dan dewasa, ramai di kalangan mereka yang telah dipermainkan dan diperangkap rapi oleh musuh islam! Akibatnya, akhlak menjadi rosak, hilang adab dalam pergaulan, tenggelam dalam hiburan yang merosakkan dan banyak lagi. Segalanya adalah berpunca dari ibubapa yang tidak peduli tentang bahayanya ancaman musuh islam terhadap mereka dan juga anak-anak mereka. Lalu apabila anak-anak mereka membesar, mereka membesar dengan membawa akhlak yang buruk dan sebagainya.

Oleh keadaan demikian yang terlalu parah, kami mengambil inisiatif untuk menjadikan Kun Anta sebagai platform utama anda untuk menerima pendidikan yang akan melahirkan insan-insan yang berakhlak dan bermanfaat untuk masyarakat.

Pelbagai perkara menarik dan penting yang telah kami rancangkan antaranya, Penulisan Artikel berfokus, Hiburan yang mendidik dan kami telah menubuhkan Akademi Kun Anta sebagai pusat latihan online yang akan mendidik anda menjadi insan terbaik supaya kelak, anda juga dapat melahirkan anak-anak yang akan mewarisi kebaikan anda insyaAllah. Di bawah ini adalah contoh isi website kami :

1) Bahagian Artikel Dengan Topik Yang Penting Lagi Menarik

2) TV sebagai tontonan dan hiburan untuk anda

3) Akademi Kun Anta

Akademi ini berperanan untuk anda mendalami secara serius tentang perkara terpenting dalam kehidupan anda ke arah menjadi insan yang terbaik!

Kun Anta akan memfokuskan beberapa perkara terpenting iaitu, Pendidikan Rohani, Rumahtangga, Kewangan dan sebagainya.

Mulai sekarang, jangan ragu-ragu untuk menjadikan website Kun Anta sebagai rujukan utama yang akan memandu diri anda dan keluarga kepada yang lebih baik insyaAllah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: